RSS

MARI MENARI 2010 - PROFIL 12 PASANGAN



1. Mohd Fadzlishah & Hasnita



Adik

- Berusia 19 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Pelajar UiTM bidang pengurusan seni.

Kakak

- Berusia 34 tahun.
- Bekerja sebagai pelakon dan model untuk iklan.
- Mempunyai ibu yang sama tetapi berlainan bapa.


2. Ed Rosdi & Siti Musliha



Suami

- Berusia 25 tahun.
- Berasal dari Klang, Selangor.
- Bekerja sebagai pemandu kontena.
- Seorang yang sangat kelakar dan naïf.
- Sudah berkahwin selama satu tahun.


Isteri

- Berusia 31 tahun.
- Berasal dari Klang, Selangor.
- Seorang suri rumah sepenuh masa.
- Ini merupakan perkahwinannya yang ketiga.
- Mempunyai dua orang anak hasil daripada
perkahwinannya yang pertama dan kedua.


3. Fariz Raeza & Siti Rasyikin



Suami

- Berusia 23 tahun.
- Berasal dari Terengganu.
- Bertugas sebagai Angkatan Tentera Malaysia.
- Fariz berkebolehan menari dengan baik.


Isteri

- Berusia 22 tahun.
- Berasal dari Alor Setar, Kedah.
- Berkhidmat sebagai Angkatan Tentera Malaysia.
- Merupakan penari yang baik dan sangat teruja dengan tarian.
- Mempunyai seorang anak yang baru berusia 5 bulan.


4. Mohd. Fazizul & Nordzarina



Suami

- Berusia 30 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekerja sebagai Pegawai Pemasaran.
- Seorang yang nakal dan boleh menari dengan baik.


Isteri

- Berusia 32 tahun.
- Berkhidmat sebagai Pegawai Insurans.
- Sangat suka menari dan boleh menari dengan baik.


5. Masri & Fazeyla



Suami

- Berusia 33 tahun.
- Berasal dari Kedah.
- Bekerja sebagai juruteknik di Petronas Performing Arts.
- Sangat suka menari dan ingin membuktikan bahawa dia memang berbakat.
- Seorang yang sangat bersahaja.


Isteri

- Berusia 33 tahun.
- Berasal dari Kedah.
- Mempunyai sebuah butik pakaian.
- Seorang yang pemalu tetapi sporting.
- Mempunyai asas menari yang dipelajari daripada suaminya.
- Mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.


6. Jayaretnam & Shuba Jay



Bapa

- Berusia 60 tahun.
- Mengajar golf.
- Sangat menyokong anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja.


Anak

- Berusia 34 tahun.
- Pasangan berbangsa India.
- Artis drama Tamil dan pernah juga berlakon dalam Spanar Jaya.
- Merupakan ahli perniagaan.
- Sangat bersemangat dan boleh menari pelbagai genre lagu.


7. Zulhafiz & Nurul Husna



Suami

- Berusia 27 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekerja sebagai Eksekutif Jualan.
- Menggambarkan isterinya sebagai seorang yang sangat garang.
- Mengambil alih tugas isteri memasak, membasuh, mengemas dan lain-lain.


Isteri

- Berusia 29 tahun.
- Berasal dari Kuantan, Pahang.
- Seorang suri rumah sepenuh masa dan banyak menghabiskan masanya dengan membesarkan anak-anak.
- Mengakui bahawa dia seorang `queen control' disebabkan oleh perangai suaminya yang kebudak-budakkan.


8. Raziff & Alia Nadira



Suami

- Berusia 26 tahun.
- Berasal dari Batu Pahat, Johor.
- Sangat suka menari.
- Berkebolehan menggunting rambut dalam pelbagai gaya.


Isteri

- Berusia 25 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekerja sebagai penari sambilan.
- Boleh menari dengan sangat baik.


9. Mohamad Hasri & Noryati



Suami

- Berusia 34 tahun.
- Suami dilahirkan di Singapura.
- Bertugas sebagai Polis di Singapura.
- Sangat menyokong minat isterinya.


Isteri

- Berusia 24 tahun.
- Seorang suri rumah sepenuh masa.
- Sangat suka menari dan akan menari setiap hari di rumahnya.


10. Zulfahmi & Norazlin



Suami

- Berusia 34 tahun.
- Berasal dari Perak.
- Berkerja sebagai Pegawai Pemasaran Istana Budaya.
- Sangat kelakar.
- Sangat suka memasak, mengemas rumah dan menyanyi.


Isteri

- Berusia 32 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekerja sebagai penari sambilan.
- Suka menyanyi.
- Kuat melatah.
- Mempunyai dua orang anak.



11. Shairulfazli & Rafidah



Suami

- Berusia 33 tahun.
- Berasal dari Klang, Selangor.
- Bekerja sebagai jurugambar professional dan memiliki sebuah studio.
- Sangat suka memasak.


Isteri

- Berusia 33 tahun.
- Berasal dari Sarikei, Sarawak.
- Bekerja sebagai perunding kecantikan dan memiliki sebuah salon.
- Sangat pemalu tetapi apabila ketawa sangat sukar berhenti.


12. Mohamad Faidzal & Rudita



Suami

- Berusia 42 tahun.
- Merupakan bekas polis tentera dan pengajar taekwondo.
- Bekerja sebagai Pengawal Peribadi kepada VVIP.


Isteri

- Berusia 35 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Seorang suri rumah sepenuh masa.
- Sangat menyukai seni dan mendedahkan anak-anaknya kepada aktiviti seni seperti berlakon, menyanyi dan menari.


Courtesy of ASTRO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS