SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 49
Setelah  Galang mendengar kata-kata Pak Tejo, tiba-tiba dia teringat  pada  kakeknya. Galang berasa sedih. Kirana, Tejo dan Baim terus  berusaha  membuat Galang tenang. Pada waktu yang sama juga, Riana  menelefon Galang  yang dia ketakutan. Walaupun keberatan, Galang  termasuk menemani dan  menenangkan Riana dengan harapan juga Riana akan  mengaku segala  kesalahannya. Apabila Galang memeluk Riana, Kirana  berasa cemburu.





Baim dan Pak Tejo dapat merasakan bahawa Kirana cemburu tetapi Kirana menafikannya.
Kirana: Siapa bilang aku cemburu? Aku tak cemburu. Sama sekali tak cemburu.
Pak   Tejo menjelaskan pada Kirana bahawa Galang melakukan semua itu cuma   pura-pura sahaja. Pak Tejo: Jadi kalau ada adengan berpeluk... itu cuma   sandiwara saja.
Kirana: Aku tahu dia cuma pura-pura tapi dia tak sepatutnya peluk Riana.


Fikiran Riana masih terganggu dan dia tidak mahu bersendirian di rumahnya. Galang terpaksa menemaninya hingga dia tidur.



Melihat   Kirana yang masih merajuk pada Galang, dia ajak Pak Tejo pulang   bersamanya dengan menaiki teksi saja. Galang pulang bersama Kirana   sementara Baim dan Pak Tejo tunggu teksi tetapi tiada teksi yang lalu   pada waktu itu. Kemudian Baim dan Pak Tejo mempunyai cadangan iaitu   menakutkan Riana lagi agar dia cepat mengaku. Mereka sepakat dan berjaya   membuat Riana takut.

Riana  menjerit sekuat hati ketakutan dan fikirannya terganggu akibat  ternampak Pak Tejo yang disangkanya adalah Atuk Rama. Riana menelefon  Galang lagi dan minta dia pergi ke rumahnya dengan segera untuk  menemaninya.
Sampai di rumah, Kirana masih marahkan Galang. Nenek  Sita  dan Aida menolong Galang untuk memujuk Kirana dengan menyuruhnya   bernyanyi di depan kamar Kirana.
Video klip Galang menyanyikan lagu untuk Kirana




Kirana: Kau dah gila ya? Kau buat apa di situ?
Galang: Lebih baik aku duduk di sini daripada kau tak maafkan aku. Paling tidak aku cuma jatuh saja nanti.
Kirana: Terus bergayut di situ hingga esok pagi.
Galang sengaja jatuhkan guitarnya dan meminta tolong seperti dia akan terjatuh begitu. Kirana cemas dan memanggil nama Galang.
Galang: Guitarnya jatuh, Na.
Aida: Itulah yang selalu Rama buat kalau dia nak hiburkan saya semasa saya bersedih, Sita.
Sita: Dan sekarang, Galang buat perkara yang sama macam atuknya.
Kirana akhirnya luluh dan memaafkan    Galang.
Riana   yang panik ketakutan menelefon Galang dan mendesaknya untuk    datang   ke rumah menemaninya. Galang terpaksa menemani Riana. Galang keberatan   untuk pergi tetapi Aida menasihati Galang untuk menemani Riana saja   kerana menurutnya sekiranya Galang tak ke sana nanti akan timbul   kecurigaan Riana. Nenek Aida minta Kirana izinkan saja Galang pergi.

Galang: Terima kasih ya, nanti aku beritahu kau.
Linda meminta Raka untuk mengajarnya semua yang diketahui Raka tentang perniagaan di kantor Raka.
Raka: Jangan risau, ma. Saya akan jadi guru yang baik untuk Joana. Aku pergi dulu ya, ma.
Di   kantor, Joana terus terang memberitahu Kirana bahawa dia tertarik pada   Raka dan dia meminta bantuan Kirana supaya hubungannya dengan Raka  akan  menjadi lebih rapat.
Joana: Itu bukan sesuatu yang susah untuk  aku  buat. Sebab aku memang tertarik pada Raka. Aku juga tahu kamu teman   dekat Raka. Jadi aku mahu kamu memberitahu aku cara untuk mendekati   Raka. Sorry, sorry aku terlalu jujur, ya?
Kirana: Aku gembira kamu terus terang. Aku akan beritahu kau semua yang aku tahu tentang Raka.
Suara hati Joana: Satu lagi sasaran yang sudah dicapai. Ternyata semua ini tak sesusah yang aku sangka.
Choky menelefon Raka memberitahunya dia akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.
Choky: Aku akan menjadi seorang ayah. Aku akan mendapat seorang anak.

Raka: Aku turut gembira untuk kau dan Nadira. Tahniah, ya.
Choky:   Thanks. Rancangannya nak buat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Yang   datang cuma keluarga dan rakan terdekat. Aku nak kau datang. Kau mesti   datang.
Raka: Kalau kau tak jemput pun aku akan datang.
Choky: Nanti aku beritahu lagi, ya.
Aku akan menjadi seorang ayah begitulah kata-kata Choky pada Raka sekali lagi.
Raka pada dirinya: Orang yang aneh (sambil tersenyum)

Nadira: Tadi aku dengar seperti kamu bercakap dengan seseorang. Siapa?
Choky: Aku baru saja telefon Raka. Aku mahu jemput dia ke majlis kesyukuran kita.
Nadira:   Kamu jemput Raka? Choky, majlis kesyukuran ini cuma untuk orang yang   rapat dengan kita. Rakan sekerja kita, keluarga kita, kenapa kamu jemput   dia pula?
Choky: Kamu fikir Raka itu siapa? Dia itu sahabat aku,  Nad  dan aku dah anggap dia sebagai saudara aku sendiri. Sekarang apa   salahnya aku kongsi kegembiraan dengan dia? Aku mandi dulu, ya?
Suara hati Nadira: Seandainya kamu tahu apa yang telah terjadi, Choki?
Galang dan Kirana tiba di lokasi dan Riana mahu Galang terus menemaninya.
Galang: Sudahlah kamu tenang di sini dulu, ya. Kau duduk aku ke belakang dulu.
Riana: Tidak. Kamu tak boleh pergi. Kamu harus di sini, Lang.
Galang:   Ri, ini siang. apa-apa pun yang kau takut itu takkan muncul di siang   hari begini. Mungkin dia tak muncul di siang hari tapi malam nanti dia   pasti datang ganggu aku. Yang pasti kamu tak boleh pergi. Kamu harus   temankan aku 24 jam.
Galang: Ri, tak mungkinlah aku terus temankan kau 24 jam.
Riana: Memangnya kenapa? Aku tunang kau, kan? Yang pasti pulang ke rumah nanti kau harus temankan aku. Muktamad!

Galang:   Aku tak boleh tinggal di rumah kamu. Kalau sampai wartawan tahu aku   menginap di rumah kamu, kita akan terima macam-macam gosip. Kau nak   kerjaya kau hancur? Tentu tidak, kan?
Riana: Aku tak pedulikan wartawan. Aku juga tak pedulikan orang ramai. Yang pasti kamu harus ikut aku pulang ke rumah.
Galang: Aku tak boleh tinggal di rumah kamu. Kita belum bernikah.
Riana yang panik itu lalu meminta Galang menikahinya pada hari itu juga. Galang terkejut mendengar kata-kata Riana.



Begitu juga Kirana yang terdengar perbualan antara Galang dan Riana. Kirana turut terkejut.
Courtesy of TOWARDS THE SHINYSTAR
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 49
Labels:
CINTA KIRANA





