RSS

SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 36


SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 36

Fara sedih apabila dia melihat Galang memeluk Kirana lalu dia terus meninggalkan ruangan. Galang mengejar Fara. Ini menyebabkan Kirana juga sedih kerana dia sedar bahawa Galang lebih memilih Fara dibandingkan dia.

Sita: Aku benar-benar risau, Aida. Mereka akan menyakiti satu sama lain.
Aida: Aku juga bimbang, Sita. Tapi apa kita boleh apa? Kita cuma boleh berdoa agar semua ini akan bertambah baik.
Sita: Aku selalu berdoa buat Kirana. Agar dia selalu tabah dan sabar. Aku tahu dia sangat sedih sekali tapi dia selalu berusaha untuk menghadapinya.


Galang: Fara, aku meminta maaf.
Fara: Fara kesal sama Piyu. Kenapa peluk-peluk Kirana pula?
Galang: Tadi aku cuma terlalu gembira. Kebetulan pula ada Kirana di depan aku. Tak sengaja.
Fara: Fara juga ada di situ. Tapi kenapa tak peluk aku saja?
Galang: Ya udah. aku minta maaf. Kalau kau tak maafkan aku, kita pulang saja ke kampung, ya? Piyu juga tak yakin bisa sembuh.
Fara: Fara tak mahu kita pulang. Fara mahu Piyu sembuh. Sebab aku juga tak mahu tengok Piyu menderita.
Galang: Ya udah, kalau kamu mahu lihat aku sembuh, kamu jangan marah-marah lagi.
Fara: Baiklah aku tak marah lagi.


Galang: Kamu tenang saja ya. aku mencintai kamu. Dan itu takkan bisa berubah. Dahlah jangan nangis.


Kirana fikirkan kembali Galang, dia dan Fara. Kirana tahu Galang lebih memilih Fara dan dia mengambil keputusan untuk tidak mengharap apa-apa lagi daripada Galang.
Kirana: Galang bukan milik aku lagi. Galang bukan Galang yang dulu.


Surti: Baim, kamu belum tidur? Fikirkan Kirana, ya?
Baim: Baim tidak sengaja terdengar perbualan Nenek Sita dan Nenek Aida tentang Kirana, mak.
Surti: Memang kenapa dengan Kirana?
Baim: Galang sudah balik ke sini, mak. Tapi dia bawa tunangnya dari kampung. Tentu Kirana terseksa. Baim cuma sedih saja sebab Baim tak boleh buat apa-apa untuk dia.
Surti: Dahlah kau jangan sedih. Walaupun kau tak boleh buat apa-apa untuk dia kau sekarang tetap ada di samping dia. Kau memang anak yang baik, Baim. Sepatutnya Kirana gembira ada kawan macam kau. Walaupun kau bukan anak kandung mak, mak senang sangat jadi mak kau. Sekarang kau dah jadi anak yang hebat.
Baim: Ini kan semua kerana mak?
Surti: Dahlah kau tidur sekarang. Mak juga mahu tidur.
Baim: Mak tak tunggu Pak Tejo?
Surti: Dia ada kunci satu lagi, kan? Dah tidur, ya?
Baim: Ya.


Aida tanya Kirana sudahkah dia beritahu Galang tentang Sandra dan Riana. Kata Kirana, semuanya sudah ada dalam keratan yang dibuatnya.
Sita: Apa kamu tahu Riana buat penggambaran filem baru dan dia juga disaman dengan aktor yang dipecat? Nenek tengok berita di TV
Kirana: Saya tahu.
Kirana menerima panggilan telefon daripada Raka. Raka ingin memperkenalkan Khansa kepada Kirana. Kirana minta Raka mengajak Khansa ke pejabat untuk berjumpa.


Fara minta maaf pada Kirana tentang kejadian sehari yang lalu.



Fara: Aku dah buat kau dan Galang berasa tak selesa antara satu sama lain.
Kirana: Itu bukan salah kamu tapi aku yang salah.
Tetapi menurut Kirana semua itu bukan salah Fara. Tetapi sebenarnya Kirana sendiri yang tidak dapat menerima kalau Galang bukanlah Galang yang dulu lagi dan dia kini adalah Piyu.
Fara: Kamu sudah banyak berkorban. Buat Galang dan sekrang buat aku pula.
Kirana: Aku selalu inginkan Galang bahagia. Jadi kamu jangan fikirkan apa-apa. Lebih baik kamu sekarang minta Galang bersiap. Hari ini kan kita mahu bertemu dengan Riana?


Raka memberitahu Kirana bahawa Khansa sudah tiba di ruang meeting.
Suara hati Raka berkata kini adakah Kirana dah kembali pada Galang.


Raka memperkenalkan Khansa pada Kirana. Kirana juga memperkenalkan Galang pada Khansa.
Kirana: Raka suka sangat kehujanan. Sebab itu dari sekarang kamu mesti belajar main hujan.
Raka: Enak saja bercakap kau yang suka hujan.
Kirana: Kau yang ajar, kan?
Khansa dapat rasakan Kirana lebih rapat dengan Raka berbanding dengan Galang.


Kirana memberitahu Galang bahawa penampilannya harus sehebat mungkin untuk bertemu dengan Riana. Mereka pergi ke mall untuk membeli pakaian sebelum Galang pergi ke lokasi syuting Riana.


Kirana dan Galang tiba di lokasi syuting.

Kirana: Kau nampak segak. Rancangan kita pasti berjalan lancar.
Galang: Semoga saja.
Aku masuk dulu ya. (Kirana harap semoga semuanya baik-baik saja)



Sandra nampak Galang dan dia:

Sandra: Kenapa kamu ada di sini? Saya dah cakap kan jangan dekati anak saya. Kenapa malah kamu datang ke sini hah? Sekarang juga saya minta kamu pergi dari sini.

Kisahnya bersambung...


Courtesy of Towards The Shinystar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS