SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 37
Episode 37   bermula dengan menceritakan Raka pulang ke rumah setelah bersiar-siar   dengan Khansa. Raka memberitahu mamanya dia ingin kenal dengan lebih   rapat dengan Khansa. Linda kata pada anaknya dia pasti tidak akan   menyesal mengenali Khansa kerana dia adalah seorang yang baik dan Linda   yakin Khansa pasti akan membahagiakan Raka. Raka tidak mahu bercerita   panjang dengan mamanya lalu meminta diri untuk pergi ke kamarnya kerana   penat.


Raka   - Cincin yang pernah kamu pakai ini akan selalu mengingatkan aku sama   kamu, Kirana  kerana aku rasa cuma kamu yang bisa buat hidup aku   bahagia. Seandainya aku ini Galang aku pasti akan jadi lelaki paling   bahagia di dunia kerana bisa mendapatkan cinta kamu.
Kirana pulang ke rumah dan dia melihat Baim dan Fara sudah berkenalan lalu dia berkata:
Kirana: Pasti aku kelewatan sesuatu deh.
Baim: Ya, Na. Tadi aku ingat Fara itu kamu. Jadi aku cuba buat dia terkejut. Eh.. malah aku kena tampar.



Kirana ketawa mendengarnya.
Kirana: Fara menampar kamu?
Fara: Tapi tadi aku tak sengaja.

Riana menghantar Galang pulang. Kirana terkejut melihat Galang mencium Riana.
Riana; Terima kasih ya, Lang. Hari ini aku gembira sangat.
Galang: Bukan cuma hari ini, Ri. Kerana mulai sekarang aku akan sentiasa di sisi kamu.

Kirana   yang melihat dari jendela berasa cemburu dan suara hatinya berkata:   Kenapa aku harus cemburu? Galang lakukan semua ini kerana dia mahu   meyakinkan Riana. Nenek Aida dan Baim tanya kenapa dengan Kirana.


Kirana kata dia cuma berasa pening saja.
Kirana: Kenapa muka semua orang serius sangat ni? Sambunglah lagi cerita tadi.
Baim menyambungkan kisah lucu tadi:
Baim:   Tadi waktu aku membaiki kereta, sebab si Fara ni kan hobinya makan   gula-gula getah.. tak tahu bagaimana gula-gula getahnya melekat pada   playar aku.





Fara: Maaf, deh. Maaf...
Di   luar rumah Kirana, Galang memberitahu Riana bahawa sebenarnya dia  ingin  mengajak Riana masuk ke dalam tetapi Nenek Aida seperti tidak  mahu  berjumpa dengan Riana. Kata Galang, dia juga tidak tahu kenapa.
- tapi nampaknya dia sayang sangat pada Kirana itu.
Riana:  Tak apalah Galang ya biasalah nenek-nenek kadang-kadang fikirann   mereka tu aneh. Lagipun aku tak boleh lama-lama. Aku kena balik ke   lokasi syuting.
Galang: Ya udah, kalau gitu.
Riana: Aku pergi dulu, ya.
Fara gembira melihat Galang pulang.
Fara: Piyu...
Baim tanya pada Galang:
Baim: Terus, Riana macam mana? Ada kemajuan?
Galang: Nampaknya dia dah mula mempercayai aku.
Sementara   itu Sandra cuba menghubungi Riana. Pengambaran filem terpaksa   diberhentikan sementara kerana Riana pergi tanpa memberitahu kenapa dia   akan lambat. Sandra cuba menjelaskan bahawa dia baru saja cuba  menelefon  Riana. Akhirnya Riana sampai di lokasi syuting dan Sandra:


Sandra: Riana, kamu itu dari mana saja?
Riana: Riana bosan, mom. Jadi Riana keluar saja dengan Galang.
Sandra: Semua orang dah menunggu kamu.
Riana: Terus kenapa? Bukankah menunggu itu hal biasa? Lagipun kan Riana dah datang. Jadi usah panik.
Sandra   tidak terjawab apabila Riana kata begitu dan pengarah filem berasa   tidak senang hati kerana Riana datang lambat dan menyebabkan semua orang   menunggu. Setidak-tidaknya minta maaf pada krew dan pelakon lain.   Tetapi Riana bersikap seperti tidak bersalah. Kata pengarah filem lagi,   anak Sandra memang sombong.

Kirana: Ya, masuk. Galang... kamu belum tidur lagi?
Galang:   Aku mahu bercakap dengan kamu, dan kelihatannya dia tak nampak macam   bersalah pun pada aku. Nampaknya dia tak menyesal dengan apa yang dia   dah buat. Semakin aku melihat dia, semakin kesal aku sama dia. Aku mahu   buat dia menyesal kerana dia telah melukai hati Nenek Aida.
Kirana: Terus sekarang rancangan kamu apa?
Galang:  Aku nak buat dia jatuh cinta lagi pada aku. Kemudian aku mahu   tinggalkan dia. Mungkin dengan cara itu semua mimpi buruk aku bisa   hilang dari ingatan aku. Kau mahu kan bantu aku?
Kirana mahu terus menolong Galang.

Sandra   memberitahu Riana bahawa Galang akan memusnahkan kerjayanya dan dia   menyuruh Riana menjauhi Galang. Tetapi Riana enggan berbuat demikian.
Riana: Saya dah besar dan boleh aturkan hidup saya. Jadi mama janganlah sibuk menasihati saya.
Sandra berasa geram pada Galang dan dia berkata " Awas kamu, Galang!"
Galang  yang berniat membalas semua perbuatan Riana pada keluarganya   meneruskan rancangannya. Dia ingin membuat Riana menyesal atas   perbuatannya. Aida, Sita dan Fara berasa cemas tentang apa yang   dirancangkan. Namun Kirana terus membantu Galang.



Galang   berjaya mengeratkan perhubungannya dengan Riana. Riana sering   meninggalkan lokasi syuting dan ini membuat semua orang berasa tidak   senang dengan Riana dan menggantikan Riana dengan aktres lain. Sandra   terkejut mendapat tahu hal itu.
Sementara itu, Riana memberitahu Galang bahawa dia sudah lama tidak berasa sebahagia ini.
Riana:  kamu tahu tak, sejak kau tiada, mama selalu suruh aku kerja. Ya, aku  jadi bosan dengan kehidupan aku. Yang aku lakukan cuma membahagiakan  mama. Tapi mama sendiri tak pernah memikirkan perasaan aku.



Galang: Kalau kau mahu terus bersama aku, aku janji.
Riana: janji apa?
Galang: Aku akan bahagiakan kau setiap hari.

Riana: Benar, Lang?
Sementara   itu Raka pulang ke rumah dan memberitahu Linda bahawa dia tidak boleh   bernikah dengan Khansa. Linda terkejut dan tanya Raka kenapa tetapi  Raka  tidak menjawab mamanya dan terus ke laman belakang. Linda  menelefon  Imran tentang hal itu. Imran cuba menasihati Raka.
Raka:   Papa pasti mahu tanya tentang hal pertunangan saya, kan? Maafkan aku,   pa. Tapi saya tak boleh bertunang dengan Khansa. Aku terlalu mencintai   Kirana dan aku tak boleh melupakannya dan aku tak akan boleh mesti   begitu larut dengan perasaan kau? Kau harus teruskan hidup kau.
Raka:   Dulu papa pernah kata, kalau aku harus bernikah dengan orang yang   benar-benar aku cintai. Bernikah dengan Khansa akan menimbulkan satu   masalah baru, pa.


- kerana aku sama sekali tak mencintai dia.
Linda: Raka, setelah kau bernikah dengan Khansa mama yakin kamu pasti akan mencintai dia.
Imran:   Kali ini mama setuju dengan mama kamu. Walaupun begitu papa tak mahu   memaksa kamu. Tapi papa tidak rela melihat kamu melompat dalam jurang   perasaan yang tak ada batasnya.
Raka: Aku dah berusaha menerima semua itu tapi aku tetap tidak bisa. Tolong jangan paksa aku.



Raka  kemudian meninggalkan mereka di situ. Linda cuba mengejar Raka  tetapi  dihalang oleh Imran. Imran meminta Linda memberi waktu kepada  Raka  untuk berfikir. Linda sedih anaknya tidak dapat melepaskan cintanya   terhadap Kirana. Raka yang tidak bisa melupakan Kirana, terus   terbawa-bawa  perasaannya. Dia cuba sedaya upaya untuk melupakan Kirana  tetapi tidak  boleh.


Raka  mabuk dan dia pergi ke rumah mencari Choky tetapi pada waktu itu Choky  tiada di rumah. Nadira memberitahu Raka Choky tiada di rumah.
Raka:  Bagus, jadi Choky tak ada. Kamu tahu tak, nasib aku ni benar-benar  malang. Aku nak bertemu dengan Choky tapi Choky tak ada pula. Aku mahu  pulang saja.
Tetapi Nadira tidak membenarkan Raka pulang dalam  keadaan mabuk. Nadira minta Raka bermalam saja di rumah Choky tetapi  menurut Raka dia tidak mahu menyusahkan Nadira. Tetapi Nadira  memberitahu Raka dia tidak sama sekali berasa Raka itu menyusahkan.  Nadira minta Raka isitirehat saja di situ.
Raka: Terima kasih Nadira. Kau memang yang paling baik.
Raka   memberitahu Nadira dia benar-benar orang yang tewas. Dia selalu saja   membuat orang-orang di sekelilingnya menderita. Raka berkata dalam   kesedihan. Tetapi Nadira tidak mahu Raka bercakap begitu.
Raka: Aku pun pernah menyakiti kamu.
Nadira: Kamu sama sekali tak pernah menyakiti aku. Jadi kamu tak boleh cakap begitu. Sekarang kamu bertenang dulu.
Nadira memeluk Raka yang masih mabuk.


Selepas   pertemuan dengan Riana, Galang berasa sangat gembira lalu dia dan   Kirana mahu meraikannya. Galang membeli ais krim berperisa badam untuk   Kirana:
Galang: Perisa badam. Ais krim kesukaan kau.

Kirana berasa sangat gembira kerana Galang ingat apa perisa ais krim kesukaannya. Kisahnya bersambung...
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 37
Labels:
CINTA KIRANA





