SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 40
Riana  kesal dan berasa marah kerana Galang menunjukkan naskah yang   mengandungi kisah yang sama dengan cara dia merancangkan pembunuhan   terhadap Galang dalam kemalangannya.
Riana: Yang pentingnya aku tak mahu Galang, Aku tak mahu syuting filem ini.

Riana   meninggalkan Galang di situ. Galang menelefon Kirana dan menceritakan   bagaimana reaksi Riana setelah membaca naskah tersebut.
Galang: Helo Kirana. Dugaan kita benar. Riana tak mahu berlakon filem rancangan kita itu.
Kirana: Bererti cerita dalam naskah itu ada benarnya.
Galang: Aku juga semakin yakin, Na yang Riana dalangnya dalam kemalangan aku.
Kirana: Sekarang kau jangan kejar dia dulu.
Jangan   telefon dia. Biar dia berfikir dulu. Karna kalau kau terus memaksa dia   nanti dia fikir kau tidak hilang ingatan. Kamu tunggu di sana ya. Aku   jemput kamu sekarang.


Pada   waktu Kirana ingin keluar dari kantornya untuk menjemput Galang,  Kirana  bertemu dengan Raka dan dia terus bersikap dingin terhadap Raka  setelah  Raka menceritakan padanya apa yang berlaku pada dia dan Nadira.
Kirana: Aku memang mahu tak menyalahkan kau tapi sampai sekarang aku masih belum dapat menerima kelakuan kau.
Kirana pergi meninggalkan Raka yang berasa sedih kerana Kirana masih tidak dapat maafkannya.

Sandra: Kamu kenapa, Riana?
Riana: Mama benar, ternyata selama ini dia menipu saya. Dia tahu siapa saya.
Sandra: Kamu serius, Riana?
Riana: Maafkan Riana, ma. Selama ini Riana jahat sama mama cuma karena Galang. Tapi ternyata...
Sandra:  Itulah, kau tak nak dengar cakap mama. Inilah, Riana cuma  kerana  lelaki bodoh yang tak penting kamu hilang pekerjaan kamu. Kamu  harus  kembali kerja, Riana.
Sandra minta Riana menelefon produser  filem  dan meminta maaf untuk mohon bekerja semula tetapi produsernya,  Pak  Marlon tidak mahu mengambil Riana untuk berlakon dalam filemnya lagi   dan kata pada Riana bahawa peranannya telah diganti oleh pelakon yang   lebih baik daripadanya.
Riana geram dengan produsernya. Dia menyesal kerana telah menelefon Pak Marlon.
- Produser yang tak berguna. Berani dia cakap begitu pada aku.
Riana memberitahu mamanya dia akan membuat produser itu malu dengan membuat filem yang lebih bagus daripadanya.
Sandra: Bagaimana nak bikin filem yang lebih bagus kalau tak ada filem yang dibikin? Aneh kamu ini.
Riana kembali ke kamarnya dengan rasa kesal.
- Riana, Riana tak pernah mahu dengar cakap aku.

Galang  menelefon Riana tetapi Riana masih belum dapat lupakan tentang  naskah  itu dan dia tidak mahu memaafkan Galang. Galang minta maaf pada  Riana  kerana menyebabkan Riana tidak suka dengan naskah tersebut. Riana  tidak  mahu berkata apa-apa lagi dengan Galang kerana dia masih marah  padanya  lalu mematikan talian tersebut. Aida dan Sita risau tentang  Riana  mungkin akan tahu mengesyaki Galang tetapi menurut Galang dia  tidak  boleh undur sekarang begitu juga kata Kirana.
Kirana: Kalau Galang  undur sekarang, Riana akan tambah curiga. Yang  harus kita fikirkan  sekarang adalah bagaimana untuk menghilangkan rasa  curiga Riana.  Tiba-tiba Kirana mendapat satu idea.

Sementara   itu Galang berdiri di depan rumah Riana untuk menunjukkan sekiranya  dia  telah menyesal kerana perbuatannya yang telah membuat Riana marah.   Riana tidak mahu percaya Galang lagi tetapi satpam di rumah Riana   memberitahu Riana kalau Galang telah menunggu semalaman di depan rumah   hingga menyebabkan dia kesejukan dan kemudian pengsan. Jadi satpam   menelefon keluarganya untuk membawa Galang pulang. Riana kasihan dengar   kata-kata satpam. Riana bercadang untuk pergi menemui Galang di   rumahnya.

Setibanya   Riana di rumah Galang, dia mendapati Galang sedang memarahi penulis   naskah itu dan Galang suruh penulis itu ubah jalan cerita skrip yang   lebih sesuai untuk Riana. Kata Galang dia mahu skrip yang sempurna untuk   teman wanitanya, Riana.  Riana lega mendengar hal itu. Riana tidak  tahu  samada mahu percaya pada Galang atau mamanya.
Galang dan Kirana   bercadang untuk meneruskan langkah selanjutnya kerana Riana sudah  mulai  mempercayai kata-kata Galang. Kirana memberitahu Galang ada dua  hal yang  dibenci oleh Riana. Salah satu daripadanya adalah bunga mawar  putih.
Kirana: Kita harus menggunakan informasi itu untuk menjayakan rencana kita.



Riana   tambah percaya pada Galang lagi apabila dia menerima bunga mawar putih   daripada Galang. Riana fikirkan Galang masih hilang ingatan dan dia   percaya kalau Galang memang tidak berniat untuk membohonginya.



Galang dan Kirana gembira rancangan mereka berhasil lagi.
Galang: Ya Riana kamu dah terima kiriman bunga aku?
Kamu suka?
Riana: Ya Lang. Tetapi kenapa mawar putih?
Galang: Oh itu sengaja aku pilih warna bunga itu untuk kau. Itu menandakan isi hati aku. Aku tulus mencintai kau.
Riana: Jadi kamu memang tak ingat yang aku bencikan mawar putih?
Galang pura-pura tidak tahu bahawa Riana tidak suka pada mawar putih lalu dia segera minta maaf pada Riana.
Galang: Aku cuma mahu minta maaf daripada kau. Tak ada niat lain.
Suara hati Riana berkata: Galang sepertinya ingatannya memang belum kembali.
Riana terdiam seketika dan Galang terus tanya pada Riana.
Galang:   Riana, adakah ini bermakna aku akan kehilangan kau? Maafkan aku, Ri.   Aku tahu aku bersalah. Kalau kau tak boleh maafkan aku, aku minta maaf   sekali lagi.
Riana: Galang, Galang jangan putuskan panggilan.
Galang: Ya, Ri?
Riana: Aku mahu kita berjumpa lagi.
Galang: Benarkah Riana?
Riana: Ya.
Galang: Terima kasih sangat, ya Riana. Aku tak akan kecewakan kamu.
Riana: Okey, nanti aku telefon kamu lagi ya?
Galang gembira dan dia memberitahu Kirana rancangan mereka berhasil dan Riana berhasrat untuk bertemu dengannya lagi.

Kirana: Rancangan kita dah dekat menghampiri akhir, Lang. Sekarang kita harus melakukan satu hal lagi.
Raka  minta Benny meminta Benny untuk memberitahu kedua orang tua Khansa   bahawa dia ingin menemui mereka dan membincangkan dengan mereka tentang   hal pertunangan antara dia dan Khansa. Benny kata dia akan terus  memberitahu Linda hal itu juga.
Sandra:   Riana, masalah Galang yang kau tak ingat mawar putih bukan bererti   kalau dia benar-benar lupa. Mungkin saja kau dibohongi Galang.
Riana: Riana hairanlah. Mama suka fikirkan hal yang tak penting. Dahlah Riana letih.
Untuk  membantu  mengembalikan ingatan  Galang, Kirana membawa Galang ke  lokasi kemalangan disana.  Galang  hairan Kirana menelefonnya walaupun  mereka berada dalam kereta yang sama  tetapi Kirana minta galang jawab  saja panggilannya.



Cintaku padamu seperti hujan yang menghiasi awan.
Seperti merah, kuning, hijau yang menghiasi pelangi.
Seperti pantai dan gelombangnya.
Kerana cintaku padamu seperti malam yang dihiai bulan dan bintang.
Seperti titisan hujan dan awannya.
Seperti pelangi dan semua warnanya.
Cintaku padamu tak boleh dipisahkan.
Kerana cintaku padamu tak memerlukan alasan.
Cintaku padamu seperti matahari yang terus menyinari bumi.
Walaupun bumi menolak.
Tiba-tiba   kepala Galang terasa amat menyakitkan dan Kirana risau keadaan Galang   dan dia menjerit nama Galang yang hampir kemalangan lagi. Mujur mereka   sempat menghentikan kereta itu. Galang menjerit:
Galang: Tidak! tolong hentikan semua ini. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Kenapa selalu mimpi-mimpi itu menghantui aku?



Kirana: Tenang Galang..
Galang: Aku tak kuat.
Kirana: Maafkan aku kerana aku telah buat kau macam ini.


Aida: Kirana, kenapa dengan Galang?
Kirana: Nanti saya ceritakan. Tolong telefon Dr. Harsha, nek.
Fara: Pak Tejo, macam mana sakit gigi? Dah sembuh ke belum?
Pak Tejo beritahu Fara sakit giginya sudah sembuh.
Fara: Kami bosan ni, tak ada kerja di sini. Baim, mari kita memancing. Macam mana?
Pak   Tejo: Daripada kita memancing lebih baik kita buat pertandingan. Tiup   gula-gula getah. Yang menang dapat hadiah daripada saya.
Nasrun: Hadiah pak?
Pak Tejo: Ya, daripada saya. Rp200 ribu.
Nasrun: Mimpi apa ini, tak kedekut?
Surti: Saya pun nak masuk.
Pak Tejo: Mama masih boleh tiup?
Surti: Awak jangan hina saya. Walaupun dah begini. Dulu hobi saya tiup gula-gula getah.
Pak Tejo: Okey kalau dah sedia semuanya sediakan gula-gula getahnya.
Fara: Ini dia, pak.
Mereka memulakan pertandingan meniup gula-gula getah.



Kirana: Macam mana, doktor?
Dr. Harsha: Dia dah tenang.
Apa kamu membawa dia ke lokasi kemalangan?
Kirana: Ya, doktor.
Dr.   Harsha: Sebenarnya tindakan kamu itu ada benarnya, Tapi kamu harus  tahu  semua itu ada risikonya. Galang boleh ingat semuanya atau semua  itu  boleh membunuh Galang.





Kirana: Jadi, doktor...
Dr.  Harsha: Kamu harus hati-hati dengan semua tindakan kamu untuk   mengembalikan ingatan Galang. Jangan sampai mengancam nyawanya.


Choky: Kamu mahu bertunang? Kenapa sekarang baru beritahu? Okey, okey aku pasti datang, friend.
Nadira: Kamu kenapa, Choky? Nampak macam gembira sangat.
Choky: Macam mana aku tak senang. Akhirnya sahabat aku memutuskan untuk mengakhiri masa bujangnya.
Nadira: Maksud kamu siapa?
Choky: Raka. Dia mahu bertunang petang ini. Kau bersiaplah. Kita mahu pergi ke sana.


Nadira   keberatan untuk pergi bersama-sama dengan Choky. Dia minta Choky pergi   menghadiri majlis pertunangan Raka dan Khansa sendirian saja dengan   memberi alasan dia kurang sihat.
Choky: Tak boleh begitu, sayang.   Seganlah dengan Raka. Begini saja. Sekarang kamu minum ubat dan   istirehat sebentar. Kemudian kita pergi ke sana, ya?
Aku ganti baju dulu ya?



Nadira tidak tahu adakah dia benar-benar harus menghadiri majlis pertunangan Raka dan Khansa.





Kirana: Galang, aku minta maaf ya. Harusnya aku tak ajak kau ke tempat itu. Harusnya aku tahu yang kamu belum siap.
Galang:   Kamu jangan fikir tentang reaksi aku tadi. Aku cuma tiba-tiba terfikir   yang Riana muncul depan kereta aku dan kemalangan berlaku seperti  dalam  mimpi aku, Na. Dan aku semakin yakin kenapa Riana selalu muncul  dalam  mimpi aku. Pasti dia yang menyebabkan kemalangan aku. Apa-apa pun  yang  terjadi aku takkan biarkan dia lepas. Kerana dia telah menyakiti  aku dan  keluarga aku. Dia harus dapat balasannya.


Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 40
Labels:
CINTA KIRANA





