SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 42
Bersambung  dari Episode 41 dalam Episode 42 menceritakan Baim tidak  tahu kenapa  dia terus memikirkan Farah. Baim mengingatkan dirinya Fara  adalah  tunangan orang lain dan dia tidak boleh fikirkan tentang Fara  lagi.
Kirana  sedang masak. Galang terdengar bunyi kecoh di dapur  dan dia mendapat  tahu bahawa Kiranalah yang sedang memasak. Kirana  memberitahu Galang:
Galang: Kirana, kamu yang bikin ribut dapur?
Kirana:   Ya, tadi aku ingat sebelum orang lain bangun, makanan dah siap. Tapi,   nampaknya makanan belum siap, semua orang dah bangun.
Galang: Aku bantu ya?
Kirana: Kamu boleh masak?
Galang:   Tentulah boleh. Masakan aku lebih sedap daripada masakan Jono. Kalau   Jono masak selalu hangit, tak ada rasa. Aku tolong ya.





Kirana: Katanya bisa masak, tak kan kamu tak tahu bagaimana nak potong bawang supaya mata kau tak pedih?
Galang: Macam mana?
Kirana menunjukkan caranya dengan memotong sedikit bawang tersebut kemudian Galang berkata:
Galang: Kamu dah berapa lama lama tinggal di Kota?  Kamu masih percaya pada petua-petua ini? Tak mungkin jadilah.
Kirana: Dahlah jangan bising, ikuti saja.
Galang: Baiklah.
Galang  menolong Kirana dengan senang hati dan untuk sesaat Galang  seperti  sudah menjadi Galang yang dulu kalau tidak fikir dengan lebih  mendalam  bahawa Galang sebenarnya ingatan Galang masih belum pulih.


Fara   menelefon Baim tanya pukul berapa dia akan menjemput dia tetapi  memberi  alasan dia tidak senang menjemput Fara kerana dia ada urusan  dengan  teman-temannya. Fara ingin ikut tetapi dilarang oleh Baim kerana  katanya  itu adalah hal peribadi dan Fara juga tidak kenal  teman-temannya. Fara  hairan kenapa dengan tiba-tiba Baim bersikap  dingin apabila bercakap  dengannya.





Kirana lap tepung ayam goreng yang terkena muka Galang. Fara ternampak Kirana menyentuh muka Galang. Fara cemburu.


Fara: Piyu kan tak perlu Fara lagi untuk bersihkan muka Piyu yang kotor. Pergilah jumpa Kirana di sana tu.
Galang: Kamu kena marah, Fara? Aku kan cuma tolong Kirana.
Fara: Kalau bantu, tak perlu dekat-dekat macam tu.
Galang: Jadi Kirana kena bantu aku dari jarak jauh. Terus gimana kamu sama Baim?
Semalam kamu ubati luka Baim kan? Kamu juga dekat sama dia?
Fara: Kamu ke bengkel semalam?
Galang: Aku mahu jemput kamu tapi nampak kamu masih sibuk, aku pulang saja.
Fara: Apa pula kamu ni. Aku dan Baim cuma kawan saja.
Galang: Ya sama Fara, macam aku dengan Kirana. Kami juga cuma sahabat.
Udah, kamu jangan marah-marah. Tengok tu, kerutan di muka kamu bertambah.
Fara: Kamu pergi sana,  kamu jahat, aku geram.
Galang: Kamu kena senyum. Senyum itu harta paling mahal bagi perempuan.

Akhirnya Galang berjaya memujuk Fara dan dia tidak marah lagi pada Galang.


Kirana melihat Galang dan Fara dari jauh dan dia cuma boleh berdiam diri saja walaupun dia masih mencintai Galang.
Galang dan Kirana meneruskan rencana mereka untuk menjebak Riana.
Kirana: Jadi semua setuju ya kalau Pak Tejo jadi produser?
Galang: Dalam keluarga kita cuma Pak Tejo yang tak dikenali Riana. Jadi Pak Tejo adalah pelakon utamanya.
Pak   Tejo: Kalian tak perlu risau. Saya akan menjalankan pekerjaan ini   dengan baik dan saya akan menyakinkan Nona Riana bahawa filem ini akan   menjadi box office di Indonesia dan ia akan mengalahkan filem Hollywood.
Surti: Lagak awak berlebihan sangat.
Baim: Kalah produser sebenar.
Galang: Bererti semuanya dah beres ya.
Apa kata kalau sekarang kita raikan dengan makan aiskrim?
Pak Tejo: Saya setuju dengan cadangan itu karna saya suka aiskrim.
Nasrun: Bos, ingat sikit sakit gigi tu.
Pak Tejo: Sakit gigi? Dah lupa pun.
Baim: Pak Tejo memang macam tu.
Pak Tejo: Kita pergi dengan kereta saya saja. Ramai sikit boleh masuk.
Nasrun, jaga bengkel.
Nasrun: Siap, bos.
Surti: Kalau makan percuma, cepat saja.



Pak Tejo: Mari kita pergi.
Riana:   Ya, Pak Hardi hari ini saya mahu bertemu dengan bapak untuk bincang   tentang urusan kewangan saya. Di mana kita boleh berjumpa?
Okey... okey saya ke sana sekarang.
Opi gembira apabila Raka pergi ke pejabat. Dia tanya Opi di mana Kirana berada tetapi Opi tidak tahu.
Opi: Kamu macam tak kenal Kirana saja. Dia kan selalu hilangkan diri begitu.
Raka: Dia pasti mengelakkan diri daripada aku.
Opi: Kenapa dengan kau, Raka? Kau baik-baik saja kan?
Raka: Ya, aku tak apa-apa. Sebaliknya kau yang nampak tak ceria, kenapa?


Opi: Aku ada masalah dengan mommy dan pacar Opi.
Raka: Laras?
Opi: Mommy tak setuju kalau aku dengan Laras.
Menurut kamu, Opi harus gimana, Raka? Kamu ada cadangan tak untuk Opi?
Raka: Kalau tentang hati dan perasaan aku bukan penasihat yang bijak tentang itu. Karna aku sendiri pun selalu gagal.

Linda   memberitahu Imran dia amat merindui Raka. Dia ingin menemui Raka  tetapi  menurut Imran mereka harus memberi waktu kepada Raka.
Imran: Dia harus memikirkan tentang semua perbuatannya. Dia perlu tenangkan dirinya.
Linda: Tapi, Imran.. saya benar-benar risau tentang keadaan dia. Saya takut terjadi apa-apa pada dia.
Imran: Aku rasa dia baik-baik saja.
Linda: Bagaimana kamu yakin kalau dia baik-baik saja sementara kamu tak tahu di mana dia?
Err... maaf Imran. Saya tak berniat nak meninggikan suara pada kamu.
Imran: Aku faham, Linda. Kamu tak perlu minta maaf. Lagipun, betul cakap kamu juga.
Aku harus cari tahu di mana Raka berada, Linda.
Sebaiknya  nanti aku tanya sama Choky. Mana tahu dia ada dengar berita daripada  Raka. Yang penting sekarang kamu harus tenang, Linda. Jaga, jangan  sampai tekanan darah kamu naik lagi.


Galang: Itu cafe aiskrim yang terkenal di sini. Katanya perasa badam di sini enak.
Pak Tejo: Jom kita serbu beramai-ramai. Kita habiskan aiskrimnya.
Surti: Dah keluar air liunya. Gelojoh betul.
Galang, Kirana, Pak Tejo, Surti dan Baim kemudiannya masuk ke cafe aiskrim tersebut.

Jono   risaukan keadaan Fara. Dia ingin tahu bagaimana keadaannya Fara  setelah  sekian lama belum dengar berita daripadanya. Jono beritahu Aris  dia  teringatkan Fara. Aris cadangkan supaya Jono pergi berjumpa dengan  Fara  saja di Jakarta lagipun dia mempunyai alamatnya di sana.
Jono: Betul juga cakap kau. Apa salahnya aku ke sana kan?
Aris: Pergilah cepat...
Jono: Aku pergi dulu..



Mereka menikmati kesedapan aiskrim tersebut. Pada waktu itu Riana muncul dan dia hampir bertebung dengan Galang dan Kirana.



Baim   terkejut apabila dia melihat Riana dan dia menolong Galang dan Kirana   masuk ke dalam kereta untuk sembunyi dan mengelak daripada diketahui   Riana.
Baim: Kamu berdua kena menyorok.
Galang: Tapi di mana?





Galang dan Kirana terjatuh berdekatan dalam kereta itu dan mereka saling bertatapan.
Galang: Mulut kamu kotor, Na.

Baim: Dah selamat, Kirana, Galang... Riana dah...




Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 42
Labels:
CINTA KIRANA





