RSS

CINTA KIRANA EPISODE 11 - SINOPSIS KHAS



SINOPSIS KHAS EPISODE 11 Part 1

Episode 11

Galang yang tidak tahan lagi dengan sifat Riana yang sebenarnya lalu memtuskan pertunangannya dengan Riana dan perhubungan mereka juga putus mulai saat itu . Riana terkejut dengan keputusan Galang tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia meninggalkan rumah Galang. Riana kemudiannya menelefon mamanya dan berkata bahawa semuanya sudah berakhir di antara dia dan Galang. Riana diminta mamanya pulang ke rumah dahulu untuk bincang tentang hal itu.


Kirana terus berlinangan air mata mengenangkan pertunangan Galang dan Riana. Walaupun Kirana cintakan Galang sampai bilapun dia tidak akan dapat memelikinya, suara hati Kirana terus berkata. Baim akhirnya tahu kenapa Kirana sedih dan asyik berdiam diri tempoh hari. Baim kesedihan. Baim hairan kenapa Galang dan Kirana baru berkenalan dan Kirana telah mencintainya.


Baim pada dirinya: Kenapa Kirana mengharapkan Galang dan bukannya aku? Aku yang lebih mengenali Kirana. Aku yang kenal Kirana dulu!! (Galang terus melepaskan geramnya pada pokok yang berdekatan)



Baim: Kirana dan Galang baru saja kenal. Tetapi kenapa mereka sudah saling menyukai?
Pak Tejo: Cinta itu memang sukar untuk difahami. Tiada formula yang boleh menjelaskan cinta.
Cinta itu boleh datang dalam kiraan hari, bulan, tahun bahkan sepanjang usia kita, Baim.
(Katanya lagi seperti cintanya pada Surti)
Mulai saat itu, hari demi hari hati saya cuma untuk Surti seorang. Saya terus mencintai dia dan saya akan tetap mencintai dia. Kadang-kadang saya kesal, saya cemburu kalau ada seseorang yang mendekati Surti. Walaupun Surti tidak pernah memperhatikan saya. Tapi saya tetap mencintai dia. Saya tak tahu perasaan Surti saat ini. Yang setahu saya, yang Surti belum menikah, dan saya akan tetap menunggu dia.

Baim, kamu boleh kesal kamu boleh marah tapi kamu harus tetap berada di samping Kirana. Perjuangkan cinta kamu terhadap Kirana, Baim.



Sita tahu Kirana pasti sedih mendapat tahu berita pertunangan itu. Sita salahkan dirinya kerana telah buat Kirana sedih. Surti minta sita usah usah risau kerana Kirana adalah seorang yang kuat dalam menghadapi masalah ini dan semua itu pasti boleh dilaluinya. Pada saat itu juga Galang dan Rama pergi ke rumah Ibu Surti untuk mencari Kirana.

Rama inginkan hari pertunangan Galang dan Kirana dilangsungkan dengan segera. Sita setuju saja. Begitu juga dengan Ibu Surti juga tumpang gembira. Baim sedih kerana dia tidak boleh memperjuangkan cintanya kerana Kirana tidak mencintainya


Kirana: Galang...
Galang: Seronok juga di sini walaupun agak panas. Kata Nenek Sita, kau sering ke sini. Kenapa kau di sini?
Galang: Aku mahu cari orang kampung bodoh yang ambil sesuatu dari rumah aku dan pergi begitu saja.
Kirana: Jangan sebarangan, ya Galang. Aku sama sekali tak bawa apa-apa dari rumah kau. Siapa cakap, kau ambil sesuatu daripada aku.
Kirana: Apa yang aku bawa?
Galang: Hati aku.

Babak yang lain:

Mama Riana minta dia lupakan saja Galang dan tidak berbaloi terus memikirkan tentang Galang.. tapi menurutnya berbaloi juga dan kini tanpa Galang mereka tidak mempunyai masa depan lagi. Tetapi mamanya tetap yakin yang Riana tetap akan mempunyai masa depan yang cerah walaupun tidak bersama Galang.
Babak yang lain:

Kirana: Kau nak main-mainkan aku lagi. Aku dah lihat tentang pertunangan kau. Jadi kau nak ke mana dengan pencuri hati kau yang seorang lagi?

Galang ketaw mendengar semua itu tetapi Kirana tanya Galang apa yang lucu. Kenapa dia ketawa. Kirana diberitahu Galang mukanya yang lucu. KIrana mulai marah lagi dan Kirana kata dia dah sakiti hatinya dan kini dia boleh ketawa pula.

Kirana: Kau nak aku ulang adengan menampar kau itu?


Galang: Ini, aku dah beri pipi aku ini. Sila tampar sampai kau puas.
Kirana: Orang gila.

Galang kemudian menjelaskan pada Kirana bahawa dia telah putuskan hubungannya dengan Riana.


Galang juga kata Riana bukanlah orang baik yang dia kenal selama ini. Oleh itu hubungan mereka tidak dapat diteruskan lagi. Orang yang dia perlukan adalah Kirana (Benar kata orang, masa orang yang penting kita berada jauh barulah kita sedar betapa pentingnya bagi kita) Galang mahu Kirana menjadi teman hidupnya buat selamanya. Kirana terima pertunangan Galang dengan hati yang senang.

Baim yang tanpa sengaja mendengar berita ini, patah hati. Kirana lalu menemui Baim dan mengatakan kalau ia sangat menyayangi Baim. Namun hanya sebagai sahabat. Baim mencoba menerima semua itu.



Kirana: Aku cari kau di bengkel. Nasrun kata kau keluar tiba-tiba. Aku dah agak kau ada di sini. aku ingat masa kita masih kecil. Kita suka sangat bermain di taman ini. Kita suka tulis impian kita di layang-layang dan kemudian kita terbangkan dengan harapan Tuhan melihat tulisan kita dan kabulkan permintaan kita. Aku rindukan masa-masa itu.
Baim, buat aku, kau akan selalu menjadi orang yang paling rapat di hati aku. Seseorang yang tidak akan pernah terganti. Kau adalah sahabat aku yang terbaik. Aku sayang sangat pada kau. Tapi maaf, sebab perasaan aku tak boleh lebih daripada itu. Maaf ya Baim, kalau aku mengecewakan kau.
Baim, sekarang aku dah tentukan pilihan hatiku sendiri. Aku dan Galang, kita mahu tunangan.
Aku harap kau boleh mengerti ya. Sekali lagi maafkan aku kerana mengecewakan kau.

Baim: Kirana, bukan senang untuk aku semua perasaan yang tumbuh untuk kau. Tapi aku bakal berusaha sedaya upaya untuk mencubanya.

Kirana: Terima kasih banget ya Baim. Aku sayang sangat pada kau. Aku balik dulu ya, Baim.



Baim begitu sedih tetapi dia harus dan cuba menerima kenyataan bahawa Kirana cuma cintakan Galang.










Hari pertunangan pun dilaksanakan. Sita dan Rama sangat bahagia melihat kedua cucu mereka bersatu dan apa yang mereka harapkan selama ini menjadi kenyataan. Sementara itu Aida hanya terdiam dan tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dalam hatinya berat untuk menerima Kirana. Rama minta Aida belajar menerima Kirana kerana Kirana akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka kerana dalam hati Galang cuma Kirana saja yang dicintainya.


Suara hati Aida kata dia tidak pernah melihat Galang ketawa segembira ini.




Galang memberitahu Kirana dia akan pergi beberapa hari keluar kota bersama atuknya kerana urusan bisnes. Dalam perjalanan, Galang menelefon Kirana kerana rindukan Kirana. Tiba-tiba Galang terlibat dalam kemalangan dengan kereta lain yang menuju ke arah mereka dengan laju. Rama mengalami kecederaan yang parah sementara Galang terjaduh ke dasar bukit dan tidak di temui.























Kirana tidak dapat menghubungi Galang dan dia khuatir sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Polis tiba di rumah Galang dan memberitahu khabar buruk pada Aida dan Kirana.

Polis: Kereta encik mengalami kemalangan.

Aida terkejut mendengar berita itu.
Aida: Macam mana keadaan suami saya?
Polis: Encik Rama sekarang berada di hospital. Nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Aida: Apa? Tak mungkin, encik tentu bohong. Mereka baru saja pergi. Encik tentu bohong. Tak mungkin mereka meninggal. Kirana, tak mungkin mereka meninggal. Atuk tak mungkin meninggal.
Kirana: Galang? Macam mana keadaan dia? Kami tak jumpa orang lain di dalam kereta itu. Yang kami temui cuma Encik Rama. Tapi kami telah cuba cari di sekitar lokasi kemalangan.

Aida tidak percaya "Tak mungkin" begitulah jeritannya apabila mendengar berita kematian Rama dan cucunya yang masih belum ditemui.

Di rumah sakit:


Jururawat: Encik sudah sedar? Telefon bimbit ini selalu encik pegang sejak masuk ke rumah sakit ini. Ini telefon bimbitnya. Encik yang mengalami kemalangan dengan saya itu di mana dia sekarang? Keluarganya sudah membawa jenazah dia pulang. Saya minta diri.


Ramiro minta alamat kediaman keluarga Rama daripada jururawat.

Ramiro berasa amat bersalah dengan kematian Rama. Dia pergi ke rumah mereka dan dia ingin mengembalikan telefon bimbit Galang pada Kirana. Tetapi apabila dia melihat kesedihan yang dialami Kirana dan Aida dia membatalkan niatnya untuk mengembalikan telefon bimbit itu.

Riana mendapat tahu tentang kemalangan Galang di television berasa amat gembira dan memberitahu Sandra mereka akan menjadi kaya raya tidak lama lagi kerana dia boleh menggunakan tiga cek kosong dengan tanda tangan Galang



(Pendapat shinystar dalam kisah ini: saya tidak faham langsung kenapa ada orang yang masih boleh begitu gembira di saat begini. Adakah mereka berperikemanusiaan?)


Kirana minta Baim tolong mencari Galang yang masih hilang. Walaupun dinasihati Baim untuk berehat. Kirana terlalu rindukan Galang dan Rama dan setiap kali dia tutup mata dia cuma dapat terbayangkan atuk Rama dan Galang. Baim terus minta Kirana berehat kalau tidak dia akan sakit.



Courtesy of Towards The Shiny Star

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS