MARI MENARI PROGRAM REALITI TERBARU
Kini Astro membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Mari Menari dan apa yang menarik, kini ia terbuka kepada semua. Program ini bertujuan mencari calon pasangan yang berpotensi dalam bidang seni tari.
Jika sebelum ini Sehati Berdansa (SB) menampilkan peserta dari kalangan artis, tetapi Mari Menari pula menyaksikan persaingan dari kalangan masyarakat umum dalam seni tarian. Program ini terbuka kepada semua dan tidak semestinya perlu mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang tarian. Namun haruslah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni tari. Namun setiap pasangan haruslah mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, program SB sudah terbukti telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan peminat dan turut memperoleh kutipan jumlah penonton yang memberangsangkan sejak disiarkan pada musim pertama. Dia berkata, sudah sampai masanya untuk program itu diubah dan memperkenalkan konsep yang lebih segar.
Seramai 30 pasangan akan dipilih dan disaring menjadikan 12 pasangan. Mari Menari akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Oktober ini. Seperti SB, peserta akan diberikan jurulatih mereka sendiri.
PROFIL 12 PASANGAN
(Sila klikkan untuk melihat profil 12 pasangan)
VIDEO KLIP PERTANDINGAN
(Sila klikkan untuk menonton video klik pertandingan)
Courtesy of ASTRO
MARI MENARI PROGRAM REALITI TERBARU - PROFIL PASANGAN & VIDEO KLIP
Labels:
MARI MENARI