RSS

SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 44


SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 44

Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 44

Galang terdengar semua ucapan cinta Raka pada Kirana. Kirana cemas ketika dia ternampak Galang beredar dari situ.


Kirana: Raka, tengoklah apa yang telah kau dah buat. Galang pasti dah dengar semuanya dan dia tentu salah sangka. Aku harus berapa kali bilang sama kamu aku tak bisa mencintai orang lain selain Galang.

Kirana berusaha mengejar Galang untuk menjelaskan semuanya pada Galang tetapi tidak berjaya.


Nenek Aida nampak Galang duduk sendirian dan dia tanya Galang apa yang sedang difikirkannya.
Nenek Aida: Apa yang kamu fikirkan? Kamu tak bisa bohong nenek, Lang. Nenek tahu kalau kamu memikirkan sesuatu. Semua ini terlihat jelas di muka kamu.
Galang: Galang cuma ingin tahu serapat mana hubungan Kirana dengan Raka.
Nenek Aida: Raka teman terbaik Kirana. Mereka sudah hampir bernikah. Tapi Kirana memutuskan pertunangan mereka karena Kirana sangat mencintai kamu, Galang. Sejak peristiwa itu kamai semua sudah berputus asa sampai akhirnya kami merelakan pemergian kamu. Tapi Kirana tidak. Dia tetap yakin kalau kamu masih hidup. Dia tak peduli apa kata orang di sekeliling dia. Kirana tetap yakin kalau kamu akan kembali, Lang.

Pak Benny menelefon Kirana memberitahunya Raka asyik mengurungkan dirinya di kamar dan dia meminta pertolongan Kirana. Kirana tiba di rumah Raka.



Pak Benny mengucapkan terima kasih kepada Kirana kerana akhirnya dia mahu datang juga
Pak Benny minta bantuan Kirana untuk menolong Raka. Pada waktu itu juga, Linda muncul dan Kirana minta izin untuk bertemu dengan Raka.
Kirana: Ibu Linda, saya mahu bertemu dengan Raka. Tapi kalau ibu tak suka saya di sini, saya akan pergi sekarang.
Linda: Kirana, tolong bantu Raka. Saya mohon. Saya tidak bisa melihat anak saya murung begini. Cuma kamu yang bisa membantu dia. Saya mengaku yang selama ini saya tidak bersikap baik sama kamu. Saya minta maaf, Kirana. Saya mengaku, saya salah.
Kirana: Saya pasti akan menolong Raka tapi ibu tak perlu bermohon seperti ini sama saya.
Linda: Terima kasih, Kirana.
Kirana: Permisi dulu, bu.



Kirana: Raka, ini aku. Aku nak bercakap dengan kamu.
Raka membuka pintu untuk Kirana.
Kirana: Raka, maafkan aku kalau aku menyakiti hati kamu. Tapi aku lakukan semua itu supaya kamu boleh meneruskan hidup kamu. Kamu terlalu baik untuk aku yang tak akan dapat membalas cinta kamu. Kamu layak mendapat orang yang lebih baik daripada aku.
Tetapi Raka memberitahu Kirana dia tidak akan mencintai orang lain selain daripada dia. Tetapi Kirana menyakinkan Raka dia pasti boleh kerana dia tahu Raka boleh sekiranya dia cuba.
Kirana: Aku percaya Khansa pasti akan mencintai kamu dan satu saat nanti kau juga akan membalas cinta Khansa. Tolong jangan hancurkan hidup kamu hanya untuk aku. Aku tak layak untuk mendapat semua itu. Kamu orang baik, Raka. Kamu layak untuk mendapat kebahagiaan. Maafkan aku kerana aku terlalu sibuk sehingga aku lupakan kamu.


Raka: Aku yang salah kerana aku terlalu lemah.
Kirana: Kamu tak lemah, kamu terlalu baik.


Jono nasihatkan Fara bahawa dia tidak seharusnya tidak sebarangan mendekati dengan lelaki lain. Fara cuba menjelaskan kepada Jono bahawa dia dan Baim cuma teman saja dan tak lebih daripada itu.
Fara: Baim tu baik orangnya. Baim selalu ada kalau Fara sedih.
Jono: Teman apa? Kamu sedar tak dia nak buat apa? Dia nak cium kamu.
Fara: Tidak mas, Baim bukan nak buat macam itu.
Jono: Kamu dengar cakap Mas Jono. Yang penting, Mas Jono tak suka kamu berhubungan dengan dia lagi. Ingat cakap Mas Jono.


Setelah Jono meninggalkan Fara bersendirian, suara hati Fara berkata " Tapi kenapa Fara malah senang ya dekat sama Baim? Fara kan tunangannya Piyu?"


Galang: Terima kasih, Kirana.
Kirana: Terima kasih untuk apa?
Galang: Terima kasih untuk cinta yang kamu telah berikan pada aku.
Terima kasih kerana kamu yakin aku masih hidup walaupun semua orang fikir aku dah mati.
Aku rasa beruntung dicintai orang seperti kamu, Na. Tapi maaf, aku tak dapat membalas cinta sebesar cinta yang kamu berikan kepada aku. Bukan kerana aku tak mahu, atau aku tak boleh tapi aku tak ingat siapa Galang, Na. Tapi aku tak akan menyerah. Walaupun aku harus kehilangan diri aku sekali lagi aku akan berusaha untuk ingat siapa diri aku dan ingat apa yang telah terjadi antara kita.





Jono nampak Kirana dan Galang dan dia berkata pada dirinya: Ini rupanya. Patutlah Fara berpaling pada lelaki lain. Rupanya kamu sibuk uruskan gadis itu. Jono berasa marah dan menyalahkan Galang. Dia juga menganggap Galang yang terlalu sibuk menguruskan Kirana hingga membuat Fra mencari perlindungan daripada Baim. Walaupun Galang cuba jelaskan bahawa dia sengaja bawa Fara ke kota kerana dia cintakan Fara, Jono tidak percaya kata-katanya itu. Akhirnya Galang rela kembali ke desa bersama Fara dan Jono.

Fara bingung dan sedih kerana dia tidak mahu dipisahkan daripada Baim. Tetapi dia tak kuasa melawan kata-kata Jono kerana Jono adalah sepupunya. Fara pergi menemui Baim dan meluahkan perasaannya pada baim. Kirana melihat Baim dan Fara dari jauh dan dia terus memberitahu hal itu kepada Jono dan Galang.



Video klip Fara dan Baim tidak mahu dipisahkan.

Apabila Jono melihat kemesraan Fara akhirnya Jono bersetuju hubungan Fara diteruskan dan membiarkan Fara bersama Baim dan Galang dekat pada Kirana.


Raka memberitahu Linda dia akan berjumpa dengan Khansa dan ingin meminta maaf atas semua kesalahannya terhadap Khansa. Raka juga berjanji pada Linda dia tidak akan membuat mamanya sedih lagi. Menurut Raka lagi dia akan berubah dan mulakan hidup baru bersama Khansa. Linda gembira mendengar semua itu.

Raka pergi menemui Khansa dan meminta maaf daripadanya tetapi:
Khansa: Hati aku masih sakit lagi. Aku susah nak percayakan kau lagi.
Raka: Tapi aku sungguh-sungguh, Khansa. Aku akan berubah. Aku mahu mencintai kamu dengan sepenuh hati aku. Aku mahu bernikah dengan kamu.
Khansa: Macam mana kalau kamu meninggalkan aku lagi? Atau kamu berubah fikiran pada hari pernikahan kita.?
Raka: Aku janji aku tak akan sekali-kali tinggalkan kamu. Semuanya yang terjadi pada aku dah memberi pengajaran yang berharga untuk aku. Aku tak mahu kehilangan kamu lagi. Okey kalau kamu tak percaya.



Khansa: Apa yang kamu buat, Raka?
Raka: Aku akan terus melutut di sini sampai kamu mahu maafkan aku.
Khansa: Jangan main-mainlah.
Raka: Aku serius. Aku tak mahu kehilangan kamu. Tolong kamu beri aku peluang sekali lagi. Aku tak akan mengecewakan kamu.
Khansa: Aku mahu penuhi semua permintaan kamu asalkan kamu berdiri. Keadaan kamu tak elok dilihat dari sini.



Linda gembira melihat Raka yang mahu bersama Khansa semula lagi.

Galang memberitahu Pak Tejo mereka akan teruskan rancangan mereka dengan syuting filem tetapi dia mahu Kirana ikut bersama sebab dia tak mahu Riana minta macam-macam lagi seperti masa lalu seperti minta pelakonlah untuk filemnya.



Kirana: Macam mana caranya. Riana kenal aku kan? Macam mana aku nak ke sana tanpa dia tahu?
Surti: Sekarang Kirana pakai macam lelaki. Pura-pura jadi assistantnya Galang. Tentu tak ada yang kenal.
Galang: Nah... itu idea yang bijak.
Pak Tejo: Mama Surti otaknya genius. Pintar.
Surti: Kamu fikir selama ini aku bodoh? Kau berani lawan saya? Jangan cari pasal dengan saya.


Proses syuting Riana hampir dihentikan kerana Galang nyaris pulang ke desa bersama Fara dan Jono. Tetapi akhirnya Galang berjaya menyakinkan Riana dia cuma ada masalah dengan Pak Tony dan semuanya sudah selesai dan Galang juga menyakinkan Riana bahawa syuting filem segera akan dimulai. Riana kelhatan sangat gembira dan semangat walaupun Sandra cuba mengingatkannya habis-habisan dan melarang Riana agar dia tidak jatuh dalam perangkap Galang. Riana tidak menghiraukan Sandra atau mempercayainya.



Video klip Kirana tukar penampilan sebagai Randy assistant Galang

Sewaktu Riana berada di lokasi syuting dia terdengar Pak Tony (Tejo) yang pura-pura jadi produser berkata:




Pak Tejo: Anda juga harus tahu yang penulis skrip ini adalah orang yang memang telah mengalami kejadian dalam cerita ini.




Courtesy of Towards The Shinystar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS