SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 43
Baim  membuka pintu kereta kerana ingin memberitahu Kirana dan Galang   semuanya sudah selamat, Riana sudah masuk ke dalam cafe. Kirana dan   Galang dengan secepatnya memisahkan diri, mereka kelihatan sedikit   canggung dengan apa yang sudah berlaku. Kemudian Kirana mengalihkan   perbulana dengan bertanyakan pada Galang apakah agaknya yang dilakukan   Riana di dalam resto.

Galang   kurang pasti dan tidak lama kemudian Galang menerima panggilan  daripada  Riana membuat temu janji di Cafe Bintang Laut dengannya untuk  bersua  muka kerana ingin memberitahunya sesuatu.
Kirana: Kalau Riana mahu bertemu dengan Pak Tejo sekarang, bererti kita harus berbelanja. Kita harus ubah penampilan Pak Tejo.
Pak   Tejo pada istrinya: Ini yang paling seronok, ma. Papa bakal didandan   menjadi segak. Nanti papa seperti bos besar. Pakai kot dan tali leher.   Tapi pakai seluar.
Setelah   Kirana dan Galang membeli belah bersama Pak Tejo menukarkan   penampilannya supaya kelihatan seperti produser, Galang memperkenalkan   Pak Tejo kepada Riana dalam pertemuan mereka sebagai Pak Tony yang akan   membantu mereka dalam pembikinan filem baru mereka. Riana mempercayai   Pak Tejo adalah produser benar dan dia memberikan cek kepadanya untuk   memprodusi filem mereka. Galang berasa senang karna langkah pertama   rencanya berjalan dengan lancar.



Baim dan Kirana turut senang mendapat tahu berita itu.



Choky membawa Raka yang sedang mabuk pulang ke rumahnya. Nadira tidak senang dengan hal itu dan dia:
Nadira: Akhirnya kamu sudah sedar juga, Raka.
Raka: Kenapa aku bisa di sini?
Nadira: Semalam kamu mabuk. Choky yang membawa kamu pulang.
Raka: Aku tak ingat apa-apa.
Nadira:   Raka, aku benar-benar mahu minta tolong daripada kamu. Tolong jangan   pernah ganggu hubungan aku dengan Choky. Aku minta tolong sama kamu ya,   Raka.
Raka: Apa maksud kamu?
Nadira: Ya, cukup saja kita dah laku   kesalahan dulu. Aku tak mahu kamu ada lagi dalam kehidupan aku dan   Choky. Aku ingin kamu jauhi hidup aku dan Choky. Itu saja.
Raka: Tapi aku tak bermaksud...

Nadira:   Raka.. aku minta tolong pada kamu. Tolong jauhi daripada hidup aku dan   Choky dan jangan pernah rosak semua yang telah aku bina bersama Choky.   Okey! Aku minta sekarang kamu pergi dari sini.
Raka pada dirinya: Aku dah rosak segala-galanya kerana cinta aku pada Kirana.


Jono   tiba di rumah Kirana dengan harapan dia dapat bertemu dengan Fara   tetapi Ibu Aida memberitahu Jono bahawa Fara sedang berada di bengkel.   Jono mengucapkan terima kasih kepada Ibu Aida untuk alamatnya lalu   meminta diri lalu dia terus pergi ke bengkel tempat Baim bekerja.

Dibengkel   Fara menolong Baim. Baim meminta maaf daripada Fara kerana telah   bersikap dingin terhadap Fara. Katanya dia tidak bermaksud apa-apa   cuma...
Baim: Yang pasti aku nak minta maaf pada kamu dan aku ingin   kamu datang ke sini lagi dan tolong aku rasa kesepian kalau kamu tiada   di sini.
Fara berasa gembira setelah Baim mengajaknya ke bengkel lagi untuk menolongnya.
Fara: Yay, kalau gitu apa-apa kerja yang Baim buat, Fara tolong.

Fara dan Baim membaiki kereta itu bersama-sama.
Fara   terjatuh dan Baim megurut kaki Fara yang telah terseliuh kesakitan.   Pada waktu itu Jono muncul dan dia salah sangka ingatkan Baim berlaku   tidak sopan terhadap Fara lalu memukulnya dengan teruk.
Baim: Sakit tak?
Fara: Sakit di sini.
Fara tanya Jono bagaimana dia ada di sini.
Jono: Jangan ganggu sepupu saya.
Fara: Apa Mas Jono ni?
Baim bangun.









Tetapi   Jono tidak peduli walaupun Fara cuba menghalang Jono daripada  menyakiti  Baim, dia terus membawa Fara keluar meninggalkan Baim yang  masih dalam  kesakitan akibat dipukul oleh Jono.
Raka ingin  bertemu dengan Kirana tetapi Kirana tidak ada di kantor  pada waktu itu.  Raka menyangka Kirana sengaja mahu menjaga jarak dengan  dia dan  menjauhi dia. Raka sedih. Sandra mendapat tahu Riana invest  uangnya  untuk filem barunya dan dia berasa amat marah tetapi Riana  teruskan  dengan candangannya dan tidak mahu mendengar nasihat mamanya.
Pada  waktu syuting, Riana mngajukan seorang pameran utama untuk berlkon   bersamanya bagi menjayakan filem itu. Tetapi kerana rencana untuk   menjadikan Galang sebagai pameran utama bersama Riana, mereka berusaha   membuat lelaki itu menolak watak. Rencana mereka berhasil dan Galang   disyorkan menggantikan tempat tersebut.

Kirana: Raka, kamu kenapa, Ka, kamu sakit?
Raka: Apa kamu masih peduli kalau aku apa-apa terjadi pada aku?
Kirana: Kenapa kamu cakap begitu? Ya, pastilah aku peduli.
Raka: Kalau kamu masih peduli sama aku, seharusnya aku tak rasa sesakit ini, Na.
Apakah aku dah tak ada peluang lagi untuk mendapatkan hati kamu?
Kirana:   Raka, kamu tahu kan bagaimana perasaan aku. Aku tak boleh mencintai   orang lain selain Galang. Raka, kau akan jauh lebih bahagia kalau kau   boleh lupakan aku.
Raka: Mana mungkin aku bisa melupai kamu. Cuma   kamu yang ada di fikiran aku. Aku dah cuba untuk menghapuskan   bayang-bayang kamu dari fikiran aku, tapi aku tak bisa. Aku terlalu   mencintai kamu, Kirana.



Raka: Bahkan rasa itu dah mulai menghancurkan hidup aku. Tapi aku tak pernah peduli karna aku tak bisa hidup tanpa kamu.
Sambil Raka mememegang tangan Kirana dia berkata: "Aku tak pernah bisa berhenti mencintai kamu".
Kirana,     Galang bertemu dengan Raka. Raka yang sedih mengatakan pada Kirana   kalau   dia mencintai Kirana dan tidak akan melupakan Kirana sampai   kapanpun.   Galang tertegun mendengar kata-kata Raka.



Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 43
Labels:
CINTA KIRANA





