RSS

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Dun Tenang - Mohd Azahar Ibrahim (Barisan Nasional – BN) Menang!

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Tenang

by kulanz on 30/01/2011



Keputusan rasmi (PAS) - BN 6,596, PAS 2,698. Majoriti BN mendahului 3,628. Peratus keluar mengundi 65.02 peratus. Jumlah pengundi 9,593.

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Tenang, Johor yang diadakan pada hari ini bakal diketahui sekitar jam 6 petang hari yang sama. Pada pilihanraya kali ini, dua calon daripada dua parti politik bertanding: Mohd Azahar Ibrahim (Barisan Nasional – BN) dan Normala Sudirman (Calon PAS).

Pada saya kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing. Mohd Azahar Ibrahim merupakan seorang bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit yang juga anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Ibrahim Daud. Normala Sudirman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala pula merupakan Ketua Muslimat PAS kawasan Labis. Latar belakang kedua-dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang kali ini mungkin akan memberikan sedikit kelebihan kepada keduanya yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi pilihan pengundi.

Bagaimanapun keputusan siapa atau parti politik mana yang bakal dipilih oleh 14,753 pengundi layak di kawasan DUN Tenang hanya akan diketahui apabila keputusan rasmi diumumkan petang nanti. Berdasarkan rekod, sehingga pukul 11 pagi tadi, peratusan keluar mengundi ialah 38.66 peratus atau 5,703 orang. Berkemungkinan peratusan yang turun mengundi agak berkurangan disebabkan pada masa ini hujan lebat turun di beberapa pusat membuang undi dan di pusat lain, pengundi terpaksa mengharung jalan yang telah dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

*Keputusan rasmi akan dikemaskini kemudian.

Kemaskini keputusan pilihanraya:

* Keputusan tidak rasmi: BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi – meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
* 7.01pm: BN 4,712, PAS 2,090, majoriti 2,622
* 6.57pm: Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99
* 6.52pm: BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387
* 6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67
* 6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207
* 6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS – 55, BN – 212.
* 6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS – 801, BN – 365
* 6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN – 365, PAS – 801.
* 6.27pm: PAS – 1,136, BN – 634
* 6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS – 209, BN – 90.
* 6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS – 123, BN – 64.
* 6.10pm: Undi pos: BN – 115, PAS – 3, rosak – 1.
* Proses pengundian telah ditutup dan pengiraan undi dijalankan. Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENGIRAAN UNDI DARI SEMASA KE SEMASA (LIVE)


Thanks and credits to the source: http://kulanzsalleh.com/keputusan-pilihanraya-kecil-dun-tenang/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS