RSS

AKADEMI FANTASIA MUSIM KELAPAN - Pengetua & Tenaga Pengajar AF8



Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah tujuh musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kelapan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.


Courtesy of AstroOAP

Komposer, produser dan usahawan berjaya, Norman Abdul Halim atau Norman KRU dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Pengetua Akademi Fantasia kelapan (AF8) dengan memikul cabaran baru memantapkan lagi program realiti nombor satu tanah air itu.

MANTAP...(dari kiri) Jimmy, Fatimah, Adnan, Sarimah, Norman, Siti Hajar, Linda dan Que.


Pengumuman itu dibuat pada majlis berlangsung di sebuah hotel, di ibu negara malam tadi. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Amirullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.

Turut diumumkan pengacara AF8 menggandingkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang sebelum ini mengacarakan rancangan Trek Selebriti, manakala tenaga pengajarnya pula terdiri Siti Hajar Ismail (guru vokal teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan), Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris), dan Que Haidar (jurulatih drama). Menurut Norman, dia tertarik menerima tawaran sebagai Pengetua AF8 kerana pihak Astro menjanjikan pasukan kerja terbaik.

“Ini bukan kerja saya seorang tetapi secara berpasukan. Kami akan memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar AF musim ini dan semoga mereka dapat membina kerjaya seni yang bagus untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Apapun mereka sendiri perlu bekerja keras untuk berjaya. “Saya berbangga kerana ramai bintang realiti berjaya menjadi pengacara, pelakon dan penyanyi. Pertandingan Juara Lagu pun ramai disertai bakat baru dilahirkan menerusi AF. Saya dan tenaga pengajar lain akan memberi mereka bimbingan dengan harapan mengubah masa depan mereka menjadi lebih baik. Ada yang datang uji bakat meminjam baju kawan dan semoga dengan menyertai AF dapat memberi sinar baru dalam hidup mereka.


“Mereka terlalu muda untuk membuat keputusan jadi kami bertanggungjawab membantu mereka tidak hilang punca. Pun begitu, sama ada akhirnya akan berjaya atau tidak terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.


AF8 akan mula bersiaran jam 9 malam 13 Mac ini menerusi Astro Ria dengan menyiarkan konsert pengenalan (prelude) memperkenalkan pelajar musim ini, dihoskan Sarimah dan Jimmy.

Seterusnya bermula 15 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam, Jimmy akan mengendalikan Diari AF memaparkan perkembangan pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga pengajar dan rutin kehidupan seharian di akademi. Julung kalinya juga Sarimah dan Jimmy berkongsi pentas mengacarakan konsert minggu AF8. Bagaimanapun kelainan pada musim ini apabila keputusan siapa tersingkir tidak diumumkan akhir konsert, sebaliknya pada Ahad, jam 9 malam menerusi siaran langsung Debaran AF.

Pengetua AF8 Norman Abdul Halim



Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8) - Norman Abdul Halim

Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8) - Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley

Tenaga Pengajar:

Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)

Program AF8/Jadual Waktu

Tirai AF8 - 13 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria selama 90 minit
Hos: Sarimah/Shanley

Sebuah konsert pengenalan (prelude) yang memperkenalkan pelajar AF8

Diari AF8 - Isnin – Jumaat pukul 7.30 malam selama 30 minit bermula 15 Mac 2010
Hos: Jimmy Shanley

Diari AF memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga—tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanajang hari di akademi

Konsert AF8 - Setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam selama 90 minit bermula 20 Mac 2010
Hos: Sarimah Ibrahim/Jimmy Shanley

Siaran Langsung Konsert AF menampikan persembahan pelajar-pelajar AF8 dalam usaha untuk kekal ke minggu seterusnya.

Debaran AF8 - Setiap hari Ahad pukul 9.00 malam selama 30 minit bermula - 21 Mac 2010
Hos: Sarimah Ibrahim

Debaran AF mengumumkan keputusan konsert mingguan. Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

Apa Kata M? - Setiap hari Rabu pukul 4.00 petang selama 30 minit bermula - 8 Februari 2010
Hos: Ajieb

Program web TV pertama berkaitan AF yang mengupas gosip AF8 serta memberi peluang penoton make-over serta menerima hadiah sumbangan Maybelline.





KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PROFIL PESERTA AF8

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON VIDEO KLIP KONSERT AF8

KLIK DI SINI UNTUK MENONTON VIDEO KLIP DIARI AF8

TUGAS PELAJAR MINGGU KELIMA


TUGASAN PELAJAR MINGGU KETUJUH

TUGASAN PELAJAR MINGGU KELAPAN


Terima kasih dan kredit kepada sumber maklumat: http://helloskyblu.blogspot.com & http://www.hmetro.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS