SINOPSIS KHAS EPISODE 11 Part 1
Episode 11
Galang    yang  tidak tahan lagi dengan sifat Riana yang sebenarnya lalu   memtuskan  pertunangannya dengan Riana dan perhubungan mereka  juga putus   mulai  saat itu . Riana terkejut dengan keputusan Galang tetapi dia   tidak  dapat berbuat apa-apa. Dia meninggalkan rumah Galang. Riana    kemudiannya menelefon mamanya dan berkata bahawa semuanya sudah berakhir    di antara dia dan Galang. Riana diminta mamanya pulang ke rumah  dahulu   untuk bincang tentang hal itu.
Kirana    terus berlinangan air mata mengenangkan pertunangan Galang dan Riana.    Walaupun Kirana cintakan Galang sampai bilapun dia tidak akan dapat    memelikinya, suara hati Kirana terus berkata. Baim akhirnya tahu kenapa    Kirana sedih dan asyik berdiam diri tempoh hari. Baim kesedihan. Baim    hairan kenapa Galang dan Kirana baru berkenalan dan Kirana telah    mencintainya.
Baim    pada dirinya: Kenapa Kirana mengharapkan Galang dan bukannya aku? Aku    yang lebih mengenali Kirana. Aku yang kenal Kirana dulu!! (Galang  terus   melepaskan geramnya pada pokok yang berdekatan)

Baim: Kirana dan Galang baru saja kenal. Tetapi kenapa mereka sudah saling menyukai?
Pak Tejo: Cinta itu memang sukar untuk difahami. Tiada formula yang boleh menjelaskan cinta.
Cinta itu boleh datang dalam kiraan hari, bulan, tahun bahkan sepanjang usia kita, Baim.
(Katanya lagi seperti cintanya pada Surti)
Mulai    saat itu, hari demi hari hati saya cuma untuk Surti seorang. Saya   terus  mencintai dia dan saya akan tetap mencintai dia. Kadang-kadang   saya  kesal, saya cemburu kalau ada seseorang yang mendekati Surti.   Walaupun  Surti tidak pernah memperhatikan saya. Tapi saya tetap   mencintai dia.  Saya tak tahu perasaan Surti saat ini. Yang setahu saya,   yang Surti  belum menikah, dan saya akan tetap menunggu dia.
Baim,   kamu boleh  kesal kamu boleh marah tapi kamu harus tetap berada di   samping Kirana.  Perjuangkan cinta kamu terhadap Kirana, Baim.


Sita    tahu Kirana pasti sedih mendapat tahu berita pertunangan itu. Sita    salahkan dirinya kerana telah buat Kirana sedih. Surti minta sita usah    usah risau kerana Kirana adalah seorang yang kuat dalam menghadapi    masalah ini dan semua itu pasti boleh dilaluinya. Pada saat itu juga    Galang dan Rama pergi ke rumah Ibu Surti untuk mencari Kirana.
Rama   inginkan hari pertunangan Galang dan Kirana dilangsungkan  dengan   segera. Sita setuju saja. Begitu juga dengan Ibu Surti juga  tumpang   gembira. Baim sedih kerana dia tidak boleh memperjuangkan  cintanya   kerana Kirana tidak mencintainya

Kirana: Galang...
Galang: Seronok juga di sini walaupun agak panas. Kata Nenek Sita, kau sering ke sini. Kenapa kau di sini?
Galang: Aku mahu cari orang kampung bodoh yang ambil sesuatu dari rumah aku dan pergi begitu saja.
Kirana:   Jangan sebarangan, ya Galang. Aku sama sekali tak bawa apa-apa  dari   rumah kau. Siapa cakap, kau ambil sesuatu daripada aku.
Kirana: Apa yang aku bawa?
Galang: Hati aku.
Babak yang lain:
Mama   Riana minta dia lupakan saja Galang dan tidak berbaloi terus  memikirkan  tentang Galang.. tapi menurutnya berbaloi juga dan kini  tanpa Galang  mereka tidak mempunyai masa depan lagi. Tetapi mamanya  tetap yakin yang  Riana tetap akan mempunyai masa depan yang cerah  walaupun tidak bersama  Galang.
Babak yang lain:
Kirana:   Kau nak main-mainkan aku lagi. Aku dah lihat tentang  pertunangan kau.   Jadi kau nak ke mana dengan pencuri hati kau yang  seorang lagi?
Galang   ketaw mendengar semua itu tetapi Kirana  tanya Galang apa yang lucu.   Kenapa dia ketawa. Kirana diberitahu Galang  mukanya yang lucu. KIrana   mulai marah lagi dan Kirana kata dia dah  sakiti hatinya dan kini dia   boleh ketawa pula.
Kirana: Kau nak aku ulang adengan menampar kau itu?
Galang: Ini, aku dah beri pipi aku ini. Sila tampar sampai kau puas.
Kirana: Orang gila.
Galang kemudian menjelaskan pada Kirana bahawa dia telah putuskan hubungannya dengan Riana.

Galang    juga kata Riana bukanlah orang baik yang dia kenal selama ini. Oleh   itu  hubungan mereka tidak dapat diteruskan lagi. Orang yang dia   perlukan  adalah Kirana (Benar kata orang, masa orang yang penting kita   berada  jauh barulah kita sedar betapa pentingnya bagi kita) Galang  mahu  Kirana  menjadi teman hidupnya buat selamanya. Kirana terima   pertunangan Galang  dengan hati yang senang.
Baim yang tanpa   sengaja mendengar berita ini, patah hati. Kirana lalu  menemui Baim dan   mengatakan kalau ia sangat menyayangi Baim. Namun hanya  sebagai   sahabat. Baim mencoba menerima semua itu.

Kirana:    Aku cari kau di bengkel. Nasrun kata kau keluar tiba-tiba. Aku dah   agak  kau ada di sini. aku ingat masa kita masih kecil. Kita suka sangat    bermain di taman ini. Kita suka tulis impian kita di layang-layang  dan   kemudian kita terbangkan dengan harapan Tuhan melihat tulisan kita  dan   kabulkan permintaan kita. Aku rindukan masa-masa itu.
Baim,  buat  aku,  kau akan selalu menjadi orang yang paling rapat di hati aku.   Seseorang  yang tidak akan pernah terganti. Kau adalah sahabat aku  yang  terbaik.  Aku sayang sangat pada kau. Tapi maaf, sebab perasaan  aku tak  boleh  lebih daripada itu. Maaf ya Baim, kalau aku mengecewakan  kau.
Baim, sekarang aku dah tentukan pilihan hatiku sendiri. Aku dan Galang, kita mahu tunangan.
Aku harap kau boleh mengerti ya. Sekali lagi maafkan aku kerana mengecewakan kau.
Baim:    Kirana, bukan senang untuk aku semua perasaan yang tumbuh untuk kau.    Tapi aku bakal berusaha sedaya upaya untuk mencubanya.
Kirana: Terima kasih banget ya Baim. Aku sayang sangat pada kau. Aku balik dulu ya, Baim.



Baim begitu sedih tetapi dia harus dan cuba menerima kenyataan bahawa Kirana cuma cintakan Galang.











Hari     pertunangan pun dilaksanakan. Sita dan Rama sangat bahagia melihat    kedua  cucu mereka bersatu dan apa yang mereka harapkan selama ini    menjadi kenyataan. Sementara itu Aida hanya terdiam dan tidak dapat    berbuat apa-apa walaupun dalam hatinya berat untuk menerima Kirana. Rama   minta Aida belajar menerima Kirana kerana Kirana akan menjadi   sebahagian daripada keluarga mereka kerana dalam hati Galang cuma Kirana   saja yang dicintainya.
Suara hati Aida kata dia tidak pernah melihat Galang ketawa segembira ini.

Galang   memberitahu Kirana dia akan pergi beberapa hari keluar kota bersama   atuknya kerana urusan bisnes. Dalam perjalanan, Galang menelefon Kirana   kerana rindukan Kirana. Tiba-tiba Galang terlibat  dalam kemalangan   dengan kereta lain yang menuju ke arah mereka dengan  laju. Rama   mengalami kecederaan yang parah sementara Galang terjaduh ke  dasar   bukit dan tidak di temui.




















Kirana   tidak dapat menghubungi Galang dan dia khuatir sesuatu yang tidak   diingini telah berlaku. Polis tiba di rumah Galang dan memberitahu   khabar buruk pada Aida dan Kirana.
Polis: Kereta encik mengalami kemalangan.
Aida terkejut mendengar berita itu.
Aida: Macam mana keadaan suami saya?
Polis: Encik Rama sekarang berada di hospital. Nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Aida:   Apa? Tak mungkin, encik tentu bohong. Mereka baru saja pergi. Encik   tentu bohong. Tak mungkin mereka meninggal. Kirana, tak mungkin mereka   meninggal. Atuk tak mungkin meninggal.
Kirana: Galang? Macam mana   keadaan dia? Kami tak jumpa orang lain di dalam kereta itu. Yang kami   temui cuma Encik Rama. Tapi kami telah cuba cari di sekitar lokasi   kemalangan.
Aida tidak percaya "Tak mungkin" begitulah jeritannya   apabila mendengar berita kematian Rama dan cucunya yang masih belum   ditemui.
Di rumah sakit:

Jururawat:   Encik sudah sedar? Telefon bimbit ini selalu encik pegang sejak masuk   ke rumah sakit ini. Ini telefon bimbitnya. Encik yang mengalami   kemalangan dengan saya itu di mana dia sekarang? Keluarganya sudah   membawa jenazah dia pulang. Saya minta diri.

Ramiro minta alamat kediaman keluarga Rama daripada jururawat.
Ramiro    berasa amat bersalah dengan kematian Rama. Dia pergi ke rumah mereka   dan dia ingin mengembalikan telefon bimbit Galang pada Kirana. Tetapi   apabila dia melihat kesedihan yang dialami Kirana dan Aida dia   membatalkan niatnya untuk mengembalikan telefon bimbit itu.
Riana   mendapat tahu tentang kemalangan Galang di television berasa amat   gembira dan memberitahu Sandra mereka akan menjadi kaya raya tidak lama   lagi kerana dia boleh menggunakan tiga cek kosong dengan tanda tangan   Galang



(Pendapat shinystar dalam kisah ini: saya tidak faham langsung kenapa ada orang yang masih boleh begitu gembira di saat begini. Adakah mereka berperikemanusiaan?)

Kirana   minta Baim tolong mencari Galang yang masih hilang. Walaupun  dinasihati  Baim untuk berehat. Kirana terlalu rindukan Galang dan Rama  dan setiap  kali dia tutup mata dia cuma dapat terbayangkan atuk Rama  dan Galang.  Baim terus minta Kirana berehat kalau tidak dia akan sakit.
Courtesy of Towards The Shiny Star
CINTA KIRANA EPISODE 11 - SINOPSIS KHAS
Labels:
CINTA KIRANA






