SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 15
Pak Tejo: Saya dah baiki kereta awak jadi apa lagi?
Pelanggan: Bapak harus bertanggungjawab kereta saya asyik rosak saja.
Pak Tejo: Awak yang guna kereta awak. (towards the shinystar) Saya tak bertanggungjawab dalam hal ini.
Pelanggan: Jadi bapak nak berkeras dengan saya.
Pak Tejo: Terpulanglah awak nak buat apa.
Pak Tejo dipukul oleh pelanggan tersebut dan Baim tiba.
Baim   minta pelangan tersebut jangan guna cara kasar. (towards the  shinystar) Perkara tersebut boleh  dibawa berunding dan selesai secara  baik dan tidak perlu bergaduh.  Akhirnya hal itu dapat diselesaikan  tanpa mengguna kekerasan.
Dian memberitahu Linda:
Dian:   Saya dah siasat semuanya bu. Ternyata Raka masih berada di Rumah Sakit   Harapan dengan keluarga mangsa yang dengan kemalangan dengan dia hari   itu.
Linda: Apa? Jadi mereka? Apa yang mereka mahu?
Di   rumah sakit, Pak Hilman meminta maaf pada Kirana kerana tidak dapat   menjaganya di sana kerana dia ada mesyuarat penting di pejabat pada   keesokan hari. (towards the shinystar) Kirana faham tentang situasi Pak  Hilman. Begitu juga Ibu  Surti. Dia meminta diri kerana susah nak dapat  van awam pada waktu  malam. Ibu Surti minta Raka menemani Kirana hingga  Baim tiba.
Di rumah Pak Hilman, Eva terus berkata sejak Sita dan  keluarganya  tinggal di rumah mereka, Hilman lebih uruskan hal mereka  daripada  keluarganya sendiri. Sehingga menyebabkan Hilman selalu pulang  lambat.  Sita minta maaf pada Eva tetapi kata Eva pada Sita senang saja  nak minta  maaf. Permintaan maafnya tidak dapat ganti semua kesulitan  yang Sita  serta keluarganya timbulkan. Eva menelefon Hilman.
Eva:  Awak ke mana saja? Masih menguruskan saudara-mara awak di rumah  sakit?  Menguruskan saudara-mara yang tidak tahu diuntung itu? Bagus ya,   keluarga sendiri tidak dipedulikan.
Hilman: Jaga ucapan kamu. Kak Aida lagi sakit.
Eva: Sekarang juga awak harus pulang. Kalau tidak saya tidak akan buka pintu untuk awak.
Hilman: Ya, ya aku pulang sekarang. Minta diri dulu Ibu Surti.
Surti: Ya, Pak Hilman. (Surti kata pada dirinya Pak Hilman benar takut sama isterinya)
Surti kasihankan Kirana dan Sita kerana ternyata isteri Pak Hilman tidak suka mereka tinggal bersama mereka.
Di   rumah sakit, Raka setia menemani Kirana di situ. Kirana sangat   berterima kasih pada Raka atas kebaikannya. Raka minta Kirana tidak   perlu berterima kasih  dengannya kerana Galang bukan orang lain baginya.  (towards the shinystar)  Kata Kirana tentang wang pembayaran operasi  tersebut dia akan  memulangkan pada Raka setelah dia mendapat kerja  nanti. (towards the shinystar) Tetapi menurut  Raka dia tolong Kirana  secara ikhlas. Adalah lebih baik sekiranya pada  waktu itu mereka  tumpukan pada penyembuhan Nenek Aida.
Pak   Tejo dan pelanggannya telah capai kata sepakat. Pihak bengkel akan   baiki kereta pelanggannya itu tetapi dengan syarat dia harus membayar 50   peratus dulu. Dia bersetuju dan akhirnya masalah diselesaikan.
Linda  pergi ke rumah sakit menjemput Raka. Di rumah sakit dia  menegur Raka  kenapa Raka menemani Kirana. Kata Linda, mereka tiada  urusan dengan  keluarga mereka lagi. Raka cuba menerangkan pada mamanya  bahawa dia  harus bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku. Nenek  Aida   sedang dioperasi dan dia tidak boleh berbuat apa-apa kecuali  menanggung  kos pembedahan. (towards the shinystar) Linda tidak percaya dengan apa  yang  didengarnya iaitu Raka juga telah menanggung bil pembedahan.

Linda: Kamu sedar tak? Mereka cuma ingin memperalatkan kau? Memeras kau? Kau tak fikir itu semua?
Raka: Sia-sia saja saya jelaskan pada mama.
Linda:  Maksud kamu mama bodoh? Sebenarnya kau yang diperbodohkan oleh mereka.  Mama cuma ingin menyelamatkan kau, Raka. (towards the shinystar)
Raka: Sudahlah ma, tak elok ditengok orang.
Linda: Mama akan lebih malu lagi kalau kau terus membela keluarga mereka dan tak pedulikan Nadira.
Raka: Ma... udah.
Linda: Kalau kamu tidak maaf sama Nadira mama tidak akan pernah maafkan kamu.
Raka: Besok aku akan ke rumah Nadira dan aku akan minta maaf sama dia, ya.. Sekarang kita pulang, mama.

Kirana   memberitahu Baim dia tidak faham kenapa Raka pergi begitu saja. Kirana   fikirkan mungkin kerana dia dengan tidak sengaja telah tidur di bahu   Raka jadi dia tersinggung dan terus pergi dari situ.
Kirana: Takkan begitu saja pun nak marah.
Baim: Kau tertidur di bahu Raka? (towards the shinystar)
Kirana:   Ya, jadi aku mengantuk sangat, jadi aku tak sedar. Tak tahulah, aku  tak  faham. Aku ke kamar mandi dulu, ya, Kamu di sini ya, temani nenek.
Baim: (Kenapa Kirana tertidur di bahu Raka?)

Raka   mulai mempunyai perasaan cinta terhadap Kirana. Dia asyik mengenangkan   Kirana. Benny  menelefon Raka memberitahunya bahawa dia sudah berhasil   menyelidiki siapa yang telah membuat aduan kepada polis tentang  Kirana.  Selepas itu, Raka menghubungi Choky untuk membantunya dalam  sesuatu hal. (towards the shinystar)
Choky pergi ke rumah Raka:
Linda: Ada apa Choky? Kenapa kamu menjerit-jerit.
Choky:  Saya dah  dengar semuanya daripada Nadira. Rak tak boleh dibiarkan  berterusan  begini. Seharusnya Raka tak boldh tak hiraukan Nadira macam  itu. Ini dah  keterlaluan, mak cik.
Linda: Mak cik setuju, sekarang  kau ajak Raka ke rumah Nadira. Dan kau  ajarkan dia bagaimana nak  bersikap baik terhadap calon istrinya.
Raka pura-puran tanya  kenapa Choky menjerit begitu di rumah mereka.  Choky pula turut berlakon  di depan Linda meminta Raka mengikutnya ke  rumah Nadira. (towards the  shinystar) Choky memaksa Raka mengikutnya. Linda minta Choky pastikan   Raka bertemu dengan Nadira dan jangan biarkan Raka bertemu dengan   Kirana. Raka mengucapkan terima kasih pada Choky kerana telah   menolongnya. Choky kata dia buat semua itu demi Raka. (towards the  shinystar) Raka memberitahu  Choky dia sudah tahu siapa yang telah  masukkan Kirana ke penjara tempoh  hari. Mereka pergi menemui Pak Benny  untuk mengetahui maklumat yang  lebih lanjut. Kata Raka ada seseorang  yang ingin menghancurkan hidup  Kirana dan Galang.

Baim: Tentang soalan semalam kau dah ada jawapannya?
Kirana: Pertanyaan yang mana?
Baim: Soalan lamaran aku tanya pada kamu. Kamu terima tak?
Kirana   marah pada Baim apabila Baim tanyakan soalan lamaran pada Kirana.   Katanya Nenek Aida masih dirawat di rumah sakit dan sampai sekarang   Galang masih belum ditemui. Kirana masih stress. Kirana tanya Baim mana   perasaannya. Kirana juga tidak faham kenapa Baim  tiba-tiba Baim jadi   egois memikirkan dirinya sendiri. Baim menjelaskan pada Kirana bukan   kerana dia egois tetapi dia fikirkan Kirana. Baim kata dia sayangkan   Kirana dan dia ingin melindungi Kirana. Dia juga ingin menjaga Kirana   selama-lamanya. (towards the shinystar) Kirana rasa bersalah tetapi Baim  telah beredar dari  situ.



Benny:   Namanya Riana. Dia seorang artis dan sedang menyiapkan sebuah filem   dengan belanja berbillion rupiah hasil  wang memeras Galang.   Pertanyaannya sekarang bagaimana artis yang bernama Riana ini boleh   memindahkan semua harta Galang padanya.
Raka: Apa mungkin kalau Galang masuk perangkap dia tak? (towards the shinystar)
Benny:   Untuk mengetahui keadaan seterusnya itu menjadi tugas saya. Saya akan   pastikan samada semua dokumen pemindahan harta Galang kepada Riana ini   sah atau palsu.
Baim   rasa bersalah dan dia tidak meninggikan suara pada Kirana sebentar  tadi. Kata  Baim pada dirinya ternyata cinta itu membuat dia tidak boleh  berfikir.



Akhirnya   Ibu Aida sedar. Doktor menasihai Aida agar banyak berehat. Kirana  terus  pergi memberitahu Raka mengenai keadaan Nenek Aida. Dia sudah  sedar dan  keadaannya semakin membaik. Kirana amat berterima kasih pada  Raka dan  memeluknya kerana terlalu gembira. Kata Kirana tanpa Raka dia  tidak tahu  apa yang akan terjadi. (towards the shinystar) Baim ingin  meminta maaf pada Kirana tetapi pada  waktu itu dia ternampak Kirana  sedang memeluk Raka (bagaimana perasaan  Baim ketika itu agaknya)

Kirana memberitahu Baim bahawa Nenek Aida sudah sedar. Kirana mengajak Baim menjenguk Nenek Aida. (towards the shinystar)


Raka semakin memikirkan Kirana.
Linda: Mama ingin kamu melihat ini.
Raka: Apa itu ma?
Linda: Ini contoh undangan pernikahan kamu. Kamu pilih yang mana?
Raka: (Dengan tidak rela tetapi tidak ingin mengecewakan mamanya) Yang ini saja ma..
Linda:   Pilihan kamu sama dengan mama. Mama sudah menyuruh mama Nadira untuk   mengurus pernikahan kalian. Kamu dan Nadira tak perlu risau apa-apa.
Pembantu: Maaf bu, Ibu Widya dah menunggu di luar.
Widya:   Aneh ya, kenapa dia sering mengurungkan diri di kamar? Bukankah dulu   dia sering keluar, jalan-jalan dan lebih ceria. (towards the shinystar)  Masa kemalangan dulu tu,  kepala dia terhantuk apa, puan?
Linda: Raka  masih rasa bersalah pada  orang yang dia langgar. Dia selalu ingin  membantu keluarga mereka. Saya  tak keberatan, itu bermakna dia  bertanggungjawab orangnya. Tapi, tunang  orang yang dia langgar itu  semakin melampau. Dia selalu ingin mendekati  Raka.
Widya: Hati-hati dengan perempuan seperti itu, puan.
Linda: Kenapa?
Widya:   Perempuan seperti itu selalunya tak akan mudah melepaskan mangsanya   begitu saja. Mereka akan gunakan perbagai cara supaya mangsanya   terperangkap dan jatuh ke tangan mereka. Saya cuma tak mahu Raka   dipergunakan mereka.
(Linda fikir ada kebenarannya kata-kata Widya dan dia ingin melakukan sesuatu)


Sita: Aida, aku senang kamu sudah kembali.
Aida: Terima kasih, Sita. Kamu baik sangat sebab sudi tolong saya. Padahal Rama dan Galang tak ada.
Kirana:  Nek, apa jua yang terjadi, saya akan sentiasa jaga nenek.(towards the  shinystar)  Kerana aku tahu Atuk Rama dan Galang sangat menyayangi  nenek.
Hilman: Kak Aida, saya sudah menyiapkan kamar di bawah.
Kirana: Di bawah?
Hilman: Ya, saya fikir sebaiknya Kak Aida tidur di bawah sampai betul-betul sembuh. (towards the shinystar)
Kirana: Kalau begitu, saya kemaskan barang-barang nenek dulu.
Opi: Tak usah, Kirana, biar saja saya yang bawakan beg kamu.
Kirana: Terima kasih.
Baim: Saya balik dulu.
Aida: Terima kasih Baim.
Baim  minta Kirana jangan teragak-agak nak ceritakan padanya kalau ada   apa-apa pertolongan. Baim juga minta Kirana usah difikirkan tentang   masalah Baim kerana dia tidak apa-apa dan Baim minta Kirana jangan   risaukannya. Yang paling penting adalah kesihatan Kirana. Baim nasihati   Kirana makan lebih sebab dia tidak mahu Kirana sakit.
Kirana   sedih memikirkan masalahnya yang terpaksa berdepan dengan orang-orang   seperti Opi dan Ibu Eva. Kirana juga tidak tahu kenapa dia harus  meminta  maaf pada Opi sedangkan dia tidak bersalah. (towards the  shinystar) Kirana rindukan Galang dan  suara hatinya tanya kenapa Galang  meinggalkannya sendirian. Kenapa Galang pergi begitu saja. Kirana tidak  tahu bagaimana caranya untuk menghadapi semua itu.

Hilman   pergi menemui Raka dan mengucapkan terima kasih kerana telah menolong   Kirana dan kakak iparnya. Tetapi Hilman berasa hairan kenapa Raka  begitu  baik pada keluarganya. Hilman tanya pada Raka apakah alasannya  yang  sebenar. Raka serba salah tidak tahu menjawab apa.
Raka: Sebenarnya saya...
Pada waktu itu juga Linda muncul dan kata mereka semua memang orang yang tidak sedarkan diri.
Linda: Dengar ya, pak.
Raka: Ma.. biar saya yang jelaskan.
Linda: Tidak Raka, orang seperti mereka perlu dihentikan. (towards the shinystar) Kalau tidak mereka akan semakin melampau.

Hilman terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dan Linda berkata lagi...
Linda:   Anak saya memang terhutang budi pada kalian. Kerana itu dia mahu   membantu keluarga kalian. Tapi bukan bererti kalian seenak-enaknya boleh   gunakan anak saya kerana anak saya sudah membayar semua kesalahannya.   (towards the shinystar) Lagi pula, anak saya tak sengaja menlanggar  kereta Galang dan atuknya.  Itu kemalangan, anda mengerti?
Hilman terkejut mendengar kata-kata Linda.



Hilman: Apa?
Special thanks and credits to TOWARDS THE SHINY STAR 
SINETRON CINTA KIRANA SINOPSIS KHAS EPISODE 15
Labels:
CINTA KIRANA






