SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 12
Sambungan sinopsis sinetron Cinta Kirana Episode 12
Nenek   Kirana sedih melihat keadaan Kirana. Seandainya sajalah dia boleh   memikul segala kesedihan Kirana ketika ini.. luahan suara hati Sita   lagi. Pak Tejo memberi cuti 3 hari pada Kirana untuk menjenguk dan   menghiburkan hati Kirana. Kata Tejo lagi, Baim kan kawan baik Kirana.   Tejo yakin pasti Kirana perlukan Baim sekarang. Kirana tak dapat   melupakan Galang dan katanya pada Baim terlalu singkat hari-harinya   dengan Galang. Kirana kata sebelum kemalangan itu berlaku, dia masih   sempat membaca puisi pada Galang.
Puisi daripada Galang untuk Kirana: 

Cintaku padamu seperti hujan yang mengisi awan.
Seperti merah, kuning dan hijau yang menghiasi pelangi.
Seperti pantai dan gelombang
Kerana cintaku padamu seperti malam yang dihiasi bulan dan bintang
Seperti titisan hujan dan awannya dan seperti pelangi dan semua warnyanya.
Cintaku padamu tidak boleh dipisahkan
Kerana cintaku tidak memerlukan alasan.
Cintaku akan terus bersinar seperti matahari
yang terus menyinari bumi walaupun bumi menolak.

Kirana kata baru kali ini dia merasa mencintai dan dicintai.
Tetapi sekarang semuanya sudah hilang.
Andi   pergi ke rumah Ibu Aida untuk memberitahunya tentang perusahaan   syarikat. Kata Andi perusahaan mereka mengalami masalah besar. Ada orang   keluarkan duit syarikat dengan jumlah yang sangat besar. Duit yang   diambil adalah dana syarikat. Selain itu mereka juga kehilangan banyak   tender sejak Pak Rama meninggal. Andi khuatir syarikat mereka tidak   dapat diselamatkan lagi.



Aida   tidak dapat menerima berita yang mendadak seperti itu pada saat  begini.  Semuanya terlalu berat untuk Aida menghadapinya. Aida tidak  dapat  menerima hakikat bahawa perusahaan syarikat akan muflis.  Aida  begitu  tertekan sehingga mengusir Andi dari rumahnya. Sita minta Kirana  bantu  Aida dalam menghadapi semua ini.
Kirana mengucapkan  terima kasih  pada Baim yang telah berada disamping mereka ketika mereka  amat  memerlukannya. Kirana dan neneknya memutuskan untuk tinggal di  rumah  Aida kerana Aida masih sakit dan Kirana harus menjaga dia. Baim  minta  Kirana jangan segan-segan minta pertolongan daripadanya sekiranya  perlu.

Raka   berasa amat bersalah dan asyik memikirkan tentang kemalangan yang   berlaku tempoh hari. Raka salahkan dirinya. Dia mahu melakukan sesuatu.   Kirana cuba menyuapkan Aida bubur tetapi apabila Kirana sebut saja nama   Galang, Aida asyik memanggil namanya. Aida yang sangat terpukul  menjadi  histerical. Aida pengsan. Doktor menasihati Kirana dan Sita  menjauhkan  semua benda yang boleh mengingatkan Aida tentang Galang dan  Rama. Doktor  menasihati mereka agar Galang cepat ditemui.
Kirana  tidak  sanggup untuk menghilangkan segala kenangan bersama Galang.  Kirana tidak  mahu buang semua barang Galang dan Atuk Rama. Nenek Sita  nasihati  Kirana buat demikian demi Nenek Aida. Kirana sudah berjanji  dengan  Galang akan sentiasa menjaga Nenek Aida Nenek Sita kata yang  Kirana  harus fikirkan adalah kebahagiaan Nenek Aida. Mereka melakukan  semua ini  demi Nenek Aida.  Dulu Nenek Sita terpaksa berpisah dengan  Atuk Rama,  dia juga membuang semua barang berkaitan dengan Atuk Rama  supaya  neneknya boleh tenang. Tapi dengan menyingkirkan semua kenangan  tentang  Rama tidak mengurangkan cintanya pada Rama.

Raka   yang merasa bersalah dan memberitahu sahabatnya, Choky tantang   perasaannya sejak kemalangan itu. Meski Choky mengatakan semua itu    hanyalah kemalangan saja namun Ramiro tetap tidak dapat melupakannya.
Raka: Aku tak tenang, Chok. Aku rasa bersalah.
Choky:   Ini bukan salah kau, kawan. Kejadian yang menimpa Galang terjadi bukan   kerana kau. Ini benar-benar merupakan suatu kemalangan.
Raka: Tapi aku ada di sana, Chok. Kereta itu kereta aku. Seharusnya aku boleh berbuat sesuatu.
Kalau   saja aku tak pengecut seperti ini mungkin Kirana tak akan menderita.   Sekarang, Kirana dan nenek Galang tiba-tiba hidup susah sejak kematian   Pak Rama dan hilangnya Galang. Dan semua itu disebabkan aku.
Choky: Jadi kau nak buat apa sekarang? Semuanya dah terjadi.
Raka: Aku tak tahu.



(Kirana berjanji akan menyimpan dan menjaga semua barang Galang sehingga dia pulang)



Sewaktu   Kirana mengemaskan barang Galang dia menerima suatu panggilan. Kirana   terkejut menerima panggilan dari nombor telefon Galang. Kirana fikir   Galang yang menelefonnya dia memanggil nama Galang sekuat hatinya.   Apabila Aida dengar Kirana memanggil nama Galang, dia pengsan lagi.
Doktor   memberitahu masalah yang dihadapi oleh Aida. Kata doktor kejutan boleh   menyebabkan dia mengalami kemurungan yang teruk. Kirana bingung,  kerana  dia harus menyembunyikan semua ini dari Aida yang  depresi dan  tidak mau  menerima kematian Galang dan Rama. Para wartawan pergi ke  rumah  keluarga Rama....

Pak Andi pada wartawan-wartawan itu:  Lain kali saja. Saya akan jawab tapi lain kali, ya?
Riana berasa amat lega dan gembira lagi mendapat tahu tentang hal itu.
Riana:   Dulu kau gembira sangat dapat bertunang dengan Galang. Tapi sekarang,   padan muka kau. Cuma boleh menangis saja. Mak, saya dah tak sabar. Aku   nak sangat buat penggambaran filem. Kerana itu, saya nak guna duit   Galang. Ya, mak, ya?
Sandra: Mengarutlah kau ni. Kita tidak boleh guna duit itu dulu.
Riana: Kenapa? Itu duit saya.
Sandra:   Tenang. Kau jangan risau. Semua impian kau pasti akan menjadi   kenyataan. Tetapi setelah semua masalah ini selesai. Mak tak nak orang   menjejak cek itu. Okey?
Pak Andi memberitahu Kirana bahawa Riana   telah menggunakan cek mengeluarkan semua wang dari perusahaan Rama dan   Galang. hingga mereka kehilangan semua asset perusahaan.
Kirana   memohon Riana pulangkan wang itu dengan membantu perusahaan Galang.   Tetapi tidak pedulikan rayuan Kirana. Kirana beritahu Baim Riana tidak   mahu membantu mereka. Baim sudah agak pasti Riana enggan menolong   mereka. Semua harta perusahaan dan rumah di Sita
Helman   mengajak mereka tinggal di rumahnya. Kata Helman Rama sudah banyak   menceritakan tentang Kirana padanya tetapi dia rasa bersalah kerana   tidak dapat menghadiri pertunangan Galang dan Kirana. Bahkan masa   pengembumian Rama dia tak dapat datang. Sita minta Helman usah rasa   bersalah begitu. Yang penting doanya. Kirana memberitahu Pak Helman dia   tidak mahu terlalu meyusahkannya. Biar Nenek Aida saja yang tinggal di   rumah Pak Cik Helman. Sementara Kirana dan Nenek Sita akan tinggal di   rumah Mak Cik Surti.
Isteri   Helman, Eva tidak bersetuju dengan suaminya yang mengajak kakak ipar  mereka  tinggal serumah dengan mereka. Tetapi menurut Helman cuma  tinggal mereka  saja ahli keluarga Aida.
Selama ini Eva selalu  melarang Helman  berhubung dengan keluarga Rama. Helman tetap mahu  mengajak Aida tinggal  bersama mereka walaupun isterinya tidak rela.
Kereta Galang disita.
Pak Andi - Kirana, ini peguam yang akan menguruskan semua hal penyitaan.
Peguam: Ada beberapa surat yang perlu cik tandatangan sebagai wakil Ibu Aida. Maaf saya pergi dulu.
Apabila Kirana hendak menurunkan tandatangannya: TIBA-TIBA




Courtesy of Towards The Shiny Star
SINETRON CINTA KIRANA SINOPSIS KHAS EPISODE 12
Labels:
CINTA KIRANA






