SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 13
Raka  mimpikan Galang berkata padanya bahawa Raka telah menyebabkan   keluarganya sensara. Setelah dia terjaga dia berjanji  akan menjaga   keluarga Galang dan dia akan menemui mereka. Nenek Aida tidak rela   pindah dari rumahnya ke rumah Hilman. Aida masih risau apa yang terjadi   pada rumah itu setelah dia pergi. Kirana terus menasihai Aida dan   berkata rumah itu perlu direnovasi. Sementara itu mereka duduk di rumah   Pak Hilman dulu. Aida khuatir sekiranya Galang dan Rama pulang  bagaimana  mereka akan tahu di mana Aida berada. Hilman beritahu Aida  Galang dan  Rama di mana rumah Hilman. Jadi mereka akan jemput Aida di  rumah Hilman.  Kirana memberi kepastian pada Nenek Aida dia akan jaga  tanamannya  kerana Atuk Rama pernah mengajarnya sebelum ini.

Raka tidak tahu Aida dan Kirana telah pindah ke mana.
Ibu    Surti menasihati Nenek Sita makan untuk menjaga kesihatannya tetapi   kata  Ibu Surti dia belum lapar. Surti kata dia harus makan walaupun   belum lapar. Kalau tidak dia akan sakit. Pada waktu yang sama, Baim juga   menasihati Kirana makan. Kirana risaukan keadaan Nenek Aida. Bolehkah   dia tenang di rumah Hilman?


Di   rumah Hilman, Aida membaling  makanan yang disediakan untuknya ke arah   Eva dan anaknya. Hilman minta Aida rehat saja di kamar sekiranya dia   tidak mahu makan. Hilman ingin hantarkan Aida ke kamarnya.
Mereka   berdua  marah dan Eva menyuruh Hilman untuk mencari penjaga untuk  Aida.  Eva kata dia bukan pembantu yang setiap saat boleh uruskan Aida.  Hilman  kata untuk mencari penjaga juga memerlukan masa. Eva  mencadangkan pada  Hilman untuk mengajak cucunya Aida, Kirana untuk  menguruskannya. Eva  tidak mahu tahu, samada menyuruh Aida pergi saja  dari rumah mereka atau  Hilman mencari penjaga. Semuanya bergantung pada  suaminya. Hilman  menjadi serba salah.

Raka terus mencari alamat Kirana dan neneknya.
Linda: Raka, Nadira telefon. Dia tanya mama kenapa sejak akhir-akhir ini kau jarang menghubunginya.
Raka: Aku lagi malas, ma.
Linda: Dia itu bakal tunang kau jadi kau tak boleh tak endahkan dia.
Raka: Tunang? Bercinta pun belum macam mana nak bertunang?
Linda:   dia itu calon yang sesuai untuk kau dan mama akan mengumumkan   pertunangan kalian. Sudahlah Raka, kau lupakan orang yang meninggal.   Mama bosan tengok kau seperti ini.
Raka: Itu kerana mama tak pernah fikirkan mereka. Yang mama fikirkan cuma diri mama sendiri.
Linda: Memang, mama tak pedulikan mereka. Tapi mama ambil berat tentang kau dan masa depan kau.
Raka: Saya tak mahu terus berdebat dengan mama lagi. Saya penat.
Linda: Raka, mama tidak mahu dengar apa alasan kau. Kau tetap harus menemui Nadira.

Hilman    pergi ke rumah Surti dan memberitahu Sita dan Kirana dia tidak tahu   hendak berbuat apa lagi kerana  Aida yang  terus mengamuk di rumah   mereka. Mendengar apa yang dikatakan Hilman, Kirana dan neneknya   mengambil keputusan untuk menjenguk Aida. Aida mengadu pada Kirana   bahawa dia  tidak suka tinggal di sana. Hilman  mengajak Kirana dan  neneknya tinggal  saja di rumah mereka untuk  kebaikan Aida.  Isteri  Hilman, Eva berniat    menjadikan mereka pembantu percuma.

Kirana   mengucapkan terima kasih atas pertolongan Pak Tejo mencari pekerjaan   untuknya di sebuah restoran. Pak Tejo kata dia tolong Kirana secara   ikhlas.  Menurut Pak Tejo Kirana seharusnya tidak memberitahu nombor   telefon resoran itu kepada ahli keluarganya di rumah kerana Pak Anton,   manager di restoran tersebut paling tidak suka kalau pekerjanya menerima   panggilan sewaktu kerja.
Pak Anton: Kirana!!!
Kirana: Ya, pak.
Pak   Anton: Kalau kerja di restoran ini kamu harus selalu tersenyum. Dan   kamu tidak boleh terima telefon dari siapa pun. Baik dari pacar, teman   ataupun keluarga.
Kirana: Ya.
Pak  Anton: Satu lagi. Kerja di restoran ini tidak ada yang namanya hari   libur. Satu hal penting sekali... yang kamu harus ingat. Pelanggan dan   tamu restoran ini selalu benar. Tidak pernah salah. Mengerti kamu?
Kirana: Ya, pak.
Pak Anton: Jadi jangan buat mereka marah.
Kirana: Ya.
Pak Anton, Ya, sudah. kenapa masih di sini? Ayuh, sana kerja.
Kirana: Ya, ya saya pergi dulu, pak.
Nadira   gembira melihat kedatangan Raka. Katanya akhirnya dia datang juga.  Raka  jawab sekiranya dia tidak jadi datang mamanya akan bising  sepanjang  bulan.
Eva  menganggap Sita pembantunya dan berkata   semua hidangan malam yang akan  disiapkannya mesti panas. Nadira dan   Raka pergi makan malam di restoran  tempat di mana Karina bekerja. Aida   menelefon Kirana mintanya pulang.  Aida ingin pulang ke rumahnya tetapi   Kirana kata rumah mereka masih  perlu diubah suai. Aida telefon Kirana   lagi. Kali ini sewaktu dia ingin  mengambil penggilan itu, dengan  tidak  sengaja dia menumpahkan minuman ke  baju seorang pelanggan.  Kirana  dimarahi pengurus restoran itu. Raka  mendapat tahu Kirana  bekerja di  situ sewaktu Kirana dimarahi. Nadira  berasa marah pada Raka  apabila

Sewaktu Kirana sedang bekerja, dia menerima panggilan dari Nenek Aida.
Aida: Kirana kamu di mana? Kenapa kamu belum pulang?
Kirana: Nenek kenapa?
Aida:   Kirana, nenek tak suka di sini. Semua orang di sini jahat. Kamu tahu   tak, anak itu selongkar barang aku, habis bersepah. Kirana kamu harus   pulang dan bawa nenek dari sini.
Kirana:n Aku dah beritahu nenek yang rumah kita belum siap lagi, nek. Nenek sabar ya.
Aida: Tapi nenek tak suka di sini. Semua orang jahat di sini, Kirana.
Kirana:   Kalau rumah kita siap, kita pergi dari situ. Aku sekarang kerja dulu.   Sebentar, nanti bila aku sudah sampai ke rumah saya janji anak itu biar   aku yang kerjakan.
Tidak lama selepas itu Kirana menerima satu lagi panggilan dari Nenek Aida.



Sewaktu   Kirana ingin menjawab panggilan Nenek Aida, dia tertumpah air minuman   ke baju salah seorang pelanggan di situ dengan tidak sengaja. Walaupun   Kirana meminta maaf tetapi pelanggan itu tetap marah. Pak Anton juga   minta maaf padanya tetapi pelanggan itu menjawab adakah bajunya boleh   diganti dengan meminta maaf. Lalu pelanggan itu meninggalkan restoran   itu dengan perasaan tidak suka. Pak Anton memarahi Kirana, baru sehari   bekerja sudah mebuat hal, katanya.


Raka terdengar Kirana dimarahi Pak Anton.
Pak   Anton: Kamu fikir mudah saja nak minta maaf? Seharusnya saya tidak   terima kamu bekerja di sini. Kalau bukan kerana Pak Tejo saya sudah   pecat kamu.
Nadira: Raka... ka.. apa yang kamu pandang?
Raka: Tak ada apa-apa.
Nadira: Bagaimana kalau sekarang kita pergi tengok wayang?
Apabila Raka tidak menjawab pertanyaan Nadira, dia menjadi marah.
Nadira: Kalau kau tak mahu ajak aku ke sini, tak perlulah kita keluar.
Raka: Kau nak ke mana?
Dengan marah, Nadira menjawab "pulang" lalu dia beredar dari situ.
Kirana: Ya, pak.
Pak  Anton: Kamu ingat tak kata-kata saya? Pelanggan dan tetamu di  restoran  ini tak pernah salah. Selalu benar. Jadi kamu, jangan bantah  mereka.  Tadi kan saya dah mengaku salah. ya, udah, sekali lagi saya  minta maaf,  pak.
Pak Anton: Minta maaf dan mengaku salah, senang. Tapi boleh tak  awak  perbaiki kesalahan awak? Kalau awak masih mahu bekerja di  restoran ini,  awak kena buang harga diri awak. Kerana awak yang  perlukan pekerjaan  ini. Hari ini, awak sudah buat saya kehilangan  pelanggan. Kalau ia  terulang lagi, saya tak akan segan-segan memecat  kamu.
Kirana: Bapak tak usah khuatir, saya akan belajar dan berusaha tapi sampai bilapun saya tak akan buang harga diri saya.
Pak Anton berasa terkejut dan marah mendengar apa yang dikatakan Kirana.
Babak yang lain: Di rumah Sandra
Riana: Mama fikirkan apa?
Sandra: Mama fikirkan gadis kampung itu. Dia kan dah mengancam kau. Macam mana kalau dia panjangkan hal ini?
Riana: Maksud mama?
Sandra:  Kalau sampai dia beritahu peguam tentang syarikat Galang, mereka  akan  curiga. Dan hal pegeluaran duit ini akan disiasat. Apa lagi atuk  Galang  pernah membantah pemindahan duit untuk filem kau, kau ingat kan?
Riana: Tidak, tidak mereka tak akan fikir hingga ke situ.
Sandra,  Ya, harap-harap begitulah tapi kita masih perlu buat sesuatu  sebelum  perkara yang merisaukan mama menjadi kenyataan. Mama tak nak  semuanya  hancur.
Riana: Tapi tenang saja, mama. Saya akan buat apa saja asalkan kita tak kehilangan duit itu.
Sandra lega mendengar apa yang dikatakan Riana.
Sementara   itu, Nadira yang kesal dengan sikap Raka sewaktu  makan di restoran  sebentar tadi    lalu dia mengadu  pada Linda  Sewaktu  makan Nadira  kata Raka asyik memandang gadis lain di situ. Malah Raka  juga tidak  kejar dia apabila dia keluar dari restoran itu dan cuma  berdiam diri  begitu saja. Linda meminta Nadira usah risau tentang hal  itu. Linda  akan  bercakap dengan anaknya nanti.
Raka ingin menemui Kirana di  restoran  tetapi rakan sekerjanya minta  Kirana jangan kerana Kirana  baru ditegur oleh Pak Anton. Dia khuatir  kalau Kirana bercakap dengan  Raka nanti. Kirana akan dimarahi Pak Anton  lagi. Dia minta Raka  bercakap dengan Kirana saja setelah Kirana habis  kerja. Raka kecewa  tidak dapat bercakap dengan Kirana.
Pak Tejo memberitahu Baim,  Pak Anton mengadu tentang Kirana padanya dan  minta Pak Tejo cari kerja  yang lain saja untuk Kirana kerana Kirana  telah membuat Pak Anton marah  sebab menjawab cakap Pak Anton.
Pak Tejo: Kamu tahu, Anton itu orangnya sombong. Dia senang saja pecat orang tanpa alasan.
Baim: Ya, tapi kalau Kirana tak salah, dia tak akan pecat, kan?
Pak  Tejo: Itu cuma, alasan-alasan Anton. Sudah lebih baik awak jumpa   Kirana sekarang. Cakap dengan dia, Pak Tejo akan cari pekerjaaan yang   lain untuknya.
Baim: Ya, pak. Terima kasih, ya. Saya akan beritahu dia.
Baim   memberitahu Kirana tentang apa yang Pak Anton gadukan pada Pak Tejo.   Kirana berharap semoga dia akan mendapat pekerjaan di tempat lain. Baim   tanya Kirana adakah dia mengamuk lagi. Kirana jawab dia cuma bantah   cakap Pak Anton kerana dia menyuruh Kirana lupakan harga dirinya semasa   berdepan dengan tetamu dan dia tidak boleh terima hal itu. Kirana tidak   tahu nak buat macam mana lagi. Dia dah terlalu sibuk dengan   penderitaannya sehingga dia lupa macam mana nak marah. Lagipun Kirana   nak marahkan pada siapa? Marahkan pada hidupnya? Atau pun pada   takdirnya? Tidak kan? katan Kirana lagi pada Baim. Baim cuma dapat   menasihati supaya Kirana bersabar saja.
Linda tanya Raka kenapa dia biarkan Nadira pulang seorang diri.
Raka: Ya, ampun, anak  itu cakap apa dengan mama lagi? Dia yang nak pulang dulu jangan salahkan saya.
Linda: Raka mama...
Raka: Mama, saya penat. Mama nak marah saya, esok sajalah saya penat.
Raka menelefon Benny.
Raka:   Hello Pak Benny. Tolong segera ke rumah itu dan awasi Kirana. Dan   beritahu saya apa-apa saja yang berlaku. Baik, terima kasih, pak.
Kirana minta keizinan untuk daripada Nenek Sita untuk membawa Nenek Aidak pergi jalan-jalan.
Sita: Ya, hati-hati ya, nak.

Kirana: Nek, saya buka pintu dulu ya.
Polis: Selamat pagi, ibu. Apa di sini ada yang bernama Nona Kirana?
Kirana: Ya, saya sendiri. Ada apa, pak?
Polis: Nona Kirana ikut kami ke kantor polisi.
Kirana: Apa?


Hilman: Ada apa ini,  pak?
Polis: Nona Kirana dilapurkan oleh saudari Riana telah melakukan ancaman pada Nona Riana.
Kirana: Saya tak pernah melakukan semua itu, pak.
Polis: Kalau inginkan penjelasan lebih lanjut, nona ikut kami ke kantor polisi.
Aida: Eh... jangan bawa Kirana....
Kirana: Nenek, nenek tenang saja ya. Aku pasti pulangnya cepat.
Aida: Kirana jangan pergi. Kamu jangan tingggalkan nenek.


Courtesy of Towards The Shiny Star
SINETRON CINTA KIRANA SINOPSIS KHAS EPISODE 13
Labels:
CINTA KIRANA






