SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 10
Episode 10
Rama  sangat  marah dan terkejut mengetahui pertunangan Galang dan Riana.  Apalagi    berita itu didengarnya bukan dari Galang, tapi dari  television. Rama  makin   merasa bersalah pada Sita. Apalagi setelah Rama  dan Sita  mengetahui   bahwa Kirana sudah jatuh cinta pada Galang.  Sita  faham  kenapa Kirana tiba-tiba pulang ke rumah. Pasti dia telah  kecewa  dengan  Galang. Sita ingin merahsiakan berita dari pengetahuan  Kirana.  Baim  minum minuman yang Kirana hidangkan untuk Pak Rama. Pak Rama    meninggalkan rumah Sita secara mendadak. Di pejabat Pak Rama begitu    kecewa dan marah pada Galang tentang pertunangan cucunya dengan Riana.

Tiba-tiba   Pak rama berasa tidak sihat. Galang meminta maaf pada atuknya kerana   tidak menceritakan hal itu pada atuknya. Galang berterus terang dengan   atuknya bahawa perhubungannya dengan Kirana cuma pura-pura saja.   Keakraban Galang Galang dengan Kirana bukan pura-pura tetapi dia   mencintai Kirana dan mereka berdua saling mencintai tegas Pak Rama lagi.
Ibu   Aida begitu gembira tentang pertunangan yang akan dilangsungkan antara   Galang dan Riana tetapi Pak Rama meminta maaf pada ibu Riana dan  berkata  sampai bilapun dia tidak akan setuju dengan pertunangan itu.  Tetapi  menurut Ibu Aida Kirana telah pergi dari rumah itu dan dia akan   menentukan tarikh pertunangan mereka.
Ibu Aida: Jangan risau... suami saya pasti masih terkejut mendengar berita tadi.
Riana: Tapi nek, atuk memang tak suka saya sejak dulu lagi. Atuk pun dah ada calon untuk Galang.
Ibu   Aida: Eh... kau jangan risau, gadis itu dah lama pergi dari rumah ini.   Lagipun kan ada nenek. Tiada suami yang tak dapat dipujuk oleh   isterinya. Nenek yang akan tentukan tarikh perkahwinan Riana dan Galang.
Babak yang lain: - Di bengkel kereta
Kirana: Baim, Nasrun mana ni? Lama betuk dia aku dah lapar ni. (Tidak lama selepas itu, Nasrun sampai dengan membawa makanan)
Baim: Makan dulu, Kirana.
Kirana: Sudu dan garfunya mana?
Nasrun:   Kau dengar tak tu? Tuan puteri dari Kerajaan Bengkel minta sudu dan   garfu. Maafkan hamba, tuan puteri. Hamba terlupa. Sudu tertinggal di   bengkel belakang.
Baim - Kau jangan cakap sebarangan nanti tuan puteri dari Kerajaan Bengkel mengamuk.
Mendengar   apa yang dikatakan mereka, Kirana menjadi marah dan berkata dia akan   patahkan tulang Baim. Dia tanya Baim adakah dia mengejeknya. Baim   mengadu kesakitan.
Kirana: Aku dah cakap jangan main-main dengan   aku. Mujurlah tangan kau saja yang aku pusingkan. Selepas itu Kirana   ketawa dan duduk di situ.
Kirana: Baim, kenapa? Kan tadi tangan kau yang aku pusing. Otak kau tak apa-apa kan?
Baim   memberitahu Kirana dia telah menyimpan perasaan terhadap Kirana dan   sebenarnya dia sukakan Kirana. Kirana fikir itu cuma adalah gurauan   semata-mata. Tetapi Baim terus kata dia serius tentang hal itu. Kata   Baim lagi, setiap kali Kirana bersama lelaki lain, dia akan cemburu.    Baim amat berharap Kirana akan mempunyai perasaan yang sama terhadapnya   tetapi Kirana tahu semua itu tidak mungkin. Dia terdiam mendengar apa   yang Baim katakan.
Baim: Maaf ya saya salah cakap.
Kirana: Tak, kau tak salah. Cuma aku... (Kirana terus meninggalkan Baim tanpa meneruskan kata-katanya)
Kirana   pada dirinya: Kenapa kau suka pada aku, Baim? Kita kawan. Aku tak nak   persahabatan kita hancur kerana hal ini. Kau tak boleh suka pada aku   sebab sampai bila-bilapun saya tak akan membalas cinta kau. Kerana aku   dah jatuh cinta pada lelaki yang dah ada tunang... Galang.
Part 2:

Riana   beritahu ibunya semua mimpinya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.   Yang penting tada ada orang lagi yang akan halang perhubungan antara  dia  dan Galang. Riana juga kata tiada ada orang lain yang boleh   menghalangnya daripada mempergunakan Galang dan Galang boleh buat filem   untuknya termasuk atuk Galang.
Ibu Riana: Dan anak mama yang paling cantik ini akan menjadi artis yang terkemuka.
Riana kata itu sudah pasti dan usah dihiraukan tentang atuk Galang.
Ibunya   bercadang untuk shopping baju yang paling bagus, berlian yang paling   mahal dan semua itu biar Galang yang bayar saja. Di rumah Pak Rama terus   marah dan tidak setuju tentang perhubungan Riana dan Galang walaupun   Ibu Aida terus membela Riana dan maknya.
Galang pergi ke rumah   Riana dan tanya Riana kenapa dia tidak memberitahu hal pertunangan   mereka dengannya terlebih dahulu. Riana kata dia cuma mahu semua orang   tahu betapa gembiranya tentang hal ini. Riana minta agar Galang tidak   marah lagi.
Galang: Apa jua perasaan aku tidak ada guna. Semuanya dah terlanjur. Galang lalu meninggalkan mereka di situ
Ibu   Riana minta anaknya usah fikirkan hal itu kerana sekarang Galang tidak   boleh lagi berbuat apa-apa dan tidak lama lagi Galang akan menjadi   miliknya buat selamanya.
Di rumah, Ibu Aida memberitahu Galang   bahawa atuknya tidak mahu makan atau minum dan juga enggan keluar dari   bilik. Ibu Aida risau. Galang minta neneknya tenang saja dan dia akan   bercakap dengan atuk.

Dialog:   Maafkan saya, tuk. Saya tidak bermaksud untuk tidak menghargai atuk.   Saya tak nak kecewakan atuk. Saya tak tahu macam mana nak ceritakan   semua ini pada atuk. Atuk, cakaplah dengan saya. Marahlah saya kalau   saya salah. Atuk tak pernah tak bercakap dengan saya macam ini. Maafkan   saya, tuk. Saya berdosa pada atuk.
Galang meminta maaf   pada   Rama sampai bersujud di kaki Rama. Galang  juga mengakui bahwa   selama   ini kemesraannya dengan Kirana hanya  pura-pura. Rama sangat   kecewa.   Tapi Rama tak punya pilihan lain.  Akhirnya Rama pasrah dan setuju     Galang bertunangan dengan Riana.
- Dah beberapa bulan kita tak berjumpa semakin cantik jadinya.
Kirana: Jangan biadab ya? Nak aku ajar?


- tapi kalau marah semakin cantik.
Kirana menampar lelaki itu dan berkata padanya bahawa dia tidak suka dibuat begitu.
Kirana: Kau nak saya pukul kau juga?
- Tak, maaf Kirana
Kirana: Jaga kamu berdua ya? Kirana kemudian pulang ke rumah.
Kirana   memberitahu neneknya bahawa dia baru saja memukul orang sedangkan dia   telah berjanji pada dirinya supaya tidak mudah marah. Tetapi sebentar   tadi dia tidak dapat menahan diri. Nenek Kirana memujuknya dan minta dia   berehat saja agar kemarahannya akan reda.
Part 3:
Suara   hati Sita faham kenapa Kirana pulang ke rumah secara tiba-tiba. Pasti   semua itu disebabkan pertunangan antara Galang dan Riana dan harap   nasibnya tidak akan menjadi seperti dia dan Rama.
Kereta Galang   rosak di tengah jalan dan dia harus pergi ke bengkel untuk membaiki   keretanya. Baim minta Kirana lupakan apa yang telah diberitahunya   tentang cintanya terhadap Kirana dan anggap semua itu mimpi saja. Kirana   dan Baim mendapat tahu kereta yang rosak adalah kepunyaan Galang.  Riana  menyindir Kirana dan berkata selama ini gadis yang disukai atuk  Galang  ternyata tidak mempunyai sopan-santun. Dalam kereta Galang  berdiam diri  saja dan Riana kata kenapa selepas bertemu dengan Kirana  sikapnya aneh  saja.
Baim hairan kenapa Kirana diam saja sejak  tadi. Dia  fikirkan adakah kerana dia telah meluahkan perasaannya pada  Kirana. Baim  tidak tahu Kirana rindukan Galang.



Riana: Kau nak masuk dulu tak.
Galang: Boleh, mama mana?
- Maaf, encik. Selamat petang cik. Tempahan keknya dah siap. Sama seperti yang cik pesan.
Suara hati Galang berkata: Inikan kek yang sering Riana bawa untuk neneknya. Katanya buat senidri, tapi...
Riana: Tapi saya tak pesan kek, mas.  Awak salah alamat agaknya.
- Ini alamatnya Jalan Akasia 3A, atas nama Cik Riana Marwa. Cik dah lama langgan di kedai kami. Tak mungkin salah.
Riana:   Mungkin mama saya yang pesan. (ya sayang, mungkin mama yang pesan. Kan   di rumah ni ada pertemuan sosial dan nampaknya mama tak sempat masak   gitu.)
Galang: Aku pulang dulu ya. Sampaikan saja salam saya pada mama
Part 4:
Galang   terkenangkan waktu dia menjaga Kirana ketika Kirana cedera. Adakah dia   telah tersalah Riana. Riana pula berasa sedih mengenangkan Galang. Dia   memberitahu dirinya mulai sekarang dia tidak akan mengharap apa-apa  dari  Galang.  Hari pertunangan Galang dan Riana tiba. Riana tanya  kenapa  nenek tua itu yang diwawancara oleh para wartawan sepatutnya  dia. Ibu  Riana mintanya bersabar saja. Riana mencari Galang.
Galang dan Riana bertunang. Adakah Galang akan bahagia bersama Riana nanti?
Pak   Rama berharap dan mendoakan kebahagiaan Galang. Galang kata dia tidak   tahu samada dia gembira atau tidak dan katanya dia cuma dapat rasakan   Riana tiada lagi dihatinya. Pak Rama kata dia telah mengkhianati Sita,   nenek Kirana. Galang baru faham disebabkan hal itu, atuknya mahu   menjodohkan cucu Sita, Kirana dengannya.
Baim   akhirnya tahu   alasan sebenarnya Kirana berubah  pendiam, yaitu karena   Kirana   mencintai Galang. Baim langsung patah  hati.
Sementara  itu,    Galang sedikit-demi sedikit mengetahui kebohongan   Riana. Tapi  Riana    selalu berhasil membela diri. Sampai akhirnya,   Galang melihat   sendiri   Riana menghina Rama. Galang kecewa dan   memutuskan   pertunangannya dengan   Riana.
Part 5:
(Sementara   itu,   Galang sedikit-demi sedikit mengetahui kebohongan  Riana. Tapi   Riana   selalu berhasil membela diri. Sampai akhirnya,  Galang melihat   sendiri   Riana menghina Rama. Galang kecewa dan  memutuskan   pertunangannya dengan   Riana.)
Riana:   Saya tahu atuk tak sukakan saya. Tapi semua itu tiada gunanya sebab   Galang cucu tunggal atuk sudah memilih saya sebagai isterinya. Nampaknya   saya perlu ajar atuk bagaimana menerima bakal isteri di rumah ini.   Sebab tak lama lagi saya akan tinggal di rumah ini. Atuk kenapa diam?   Atuk memang anggap saya ini tak ada? Atau jangan-jangan atuk takut kerna   Galang lebih memilih saya daripada mendengar kata-kata atuk?

Suara   hati Galang: Keterlaluan. Riana begitu lancang pada atuk. Padahal saya   tak putuskan hubungan dengan dia semata-mata kerana atuk.
Riana:   Sekarang apa lagi yang atuk nak buat untuk pisahkan saya dengan  Galang?  Atuk nak jodohkan Galang dengan gadis kampung itu? Galang tak  akan  mahu, tuk. Dia bukan pemuda bodoh. Kenapa? Atuk tak suka saya?   Mengadulah pada Galang. Dia pasti akan membela saya.
Galang: Tidak akan sama sekali lagi.


Riana: Galang, kau dah lama di sini?
Galang: Tiada sesiapapun yang boleh hina atuk. Termasuk kau.
Riana: Aku tak hina atuk, Galang. Betul kan atuk. Saya cuma...
Galang: Aku dah dengar semuanya. Kau tak boleh tipu aku.



Galang: Maafkan saya, atuk.
Pak Rama: Tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan.

Sekarang kita pergi jumpa Kirana.
Galang tersenyum  dan bersetuju dengan cadangan atuknya.
Courtesy of Towards The Shiny Star
SINETRON CINTA KIRANA SINOPSIS KHAS EPISODE 10
Labels:
CINTA KIRANA





