SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 34
Aida  dapat rasakan Kirana terganggu dengan kata-kata dia dan Sita  apabila  mereka minta Kirana pilih Baim sebagai teman hidupnya. Menurut  Sita  semua itu cuma untuk kebaikan Kirana dan dia yakin Kirana akan  faham.
Benny gembira melihat Raka.
Raka: Maaf pak, tadi ada kesesakan lalu lintas jadi saya sedikit lewat.
Benny Tak mengapa, yang penting Mas Raka sudah di sini.

Linda memperkenalkan Raka kepada Pak Irfan dan Ibu Lucy. Raka diberitahu oleh mereka bahawa Khansa berada di belakang.
Suara hati Raka berkata: Kirana sekarang aku akan bertemu dengan wanita pilihan mamaku.
Sita  dan Aida minta Kirana duduk di rumah sahaja menemani mereka  walaupun  Kirana masih ada kerja yang harus diuruskan di pejabat. Sita  kata  mereka ingin menghiburkannya setelah selalu membuat Kirana marah selama  ini. Kirana terpaksa bersetuju.


Raka: Helo. Awak pasti Khansa. Aku Raka.
Khansa:   Kalau bukan kerana mama kamu dan orang tua aku, aku tak akan tunggu  kau  selama ini. Awak pakai jam tak? Sedar tak awak tu dah terlalu  lewat.
Raka minta maaf pada Khansa kerana kesesakan jalan. Tetapi Khansa minta Raka jangan jadikan itu sebagai alasan.
Khansa:   kalau kamu tahu ada kemungkinan sesak sepatutnya awak bertolak dengan   lebih awal. Jadi saya dan orang tua saya tak perlu tunggu kau.
Raka:   Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku yang salah. Aku janji aku tak   akan biarkan kamu atau keluarga kamu tunggu lebih lama lagi.
Khansa: Baguslah kalau kamu dah sedar.
Pak  Irwan, Ibu Lucy dan Linda harap semoga mereka ada jodoh. Linda   menelefon Imran mengenai Raka dan Khansa. Dia berasa gembira kerana Raka   suka dengan Khansa. Imran juga turut gembira apabila dia mendengar   berita tersebut. Imran dan Linda berharap agar mereka boleh melihat   satu-satunya anak mereka bernikah nanti dan berkeluarga.

Kirana   yang baru saja ingin pergi ke pejabat bertemu dengan Galang dan Fara   yang telah pergi ke rumahnya. Pada mulanya Kirana senang sekali melihat   Galang tetapi pada waktu yang sama juga dia kelihatan sedih apabila  Fara  turut bersama Galang dan kedekatannya dengan Farah.



Kirana mengajak mereka masuk ke dalam sementara dia memanggil neneknya.
Fara   minta pertolongan Kirana untuk mengubati Piyu. Katanya Piyu kerap   bermimpi buruk hingga tak dapat tidur dengan nyenyak. Kirana minta Fara   jangan risaukan tentang hal itu. Kirana membawa mereka ke rumah sakit   dengan segera untuk sambung rawatan Galang.

Kirana  sedih kerana kepulangan Galang kali ini bukannya kembali ke  sisinya  tetapi cuma untuk meminta pertolongannya dalam rawatan  semata-mata.  Namun begitu, Kirana tetap bersabar. Aida dan Sita cuma dapat berdiam  diri saja walaupun mereka kasihankan Kirana yang terpaksa bersabar  melihat orang yang dicintainya bersama orang lain. Sita minta Aida usah  risaukan Kirana kerana dia pasti dapat harungi semua ini.
Dr.  Harsya meneruskan pemeriksaan perawatan terhadap Galang. Kirana  minta  Fara bertenang saja kerana pasti Galang akan diperiksa dengan  baik.  Raka menelefon Kirana. Kirana memberitahunya dia kini berada di  rumah  sakit kerana hantar Galang. Kata Kirana tadi Fara dan Galang telah   pergi berjumpanya di rumah dan mereka telah memutuskan untuk teruskan   dengan rawatan lanjutan.
Raka memberitahu Kirana bahawa:
- Tadi aku dah jumpa dengan wanita pilihan mama. Namanya Khansa. Dia seorang yang baik dan menyenangkan.
Kirana:  Baguslah aku senang mendengarnya. Kau dapat jumpa seseorang yang  baik  macam dia. Semoga dia boleh membahagiakan kau, Raka.
Raka: Terima kasih, Kirana. Nanti aku telefon kau lagi.
Kirana: Ya, da..



Raka   sebenarnya masih mencintai Kirana dan dia melakukan semuanya demi   Kirana, Raka juga mencoba melawan perasaaanya dan melupakan Kirana.   Choky pergi menemui Raka. Benny memberitahu Choky bahawa:
Benny: Semalam Raka menemui klien Ibu Linda dan anak perempuannya. Rancanganya Ibu Linda mahu menjodohkan mereka.
Choky: Dijodohkan? Raka tak memberitahu apa-apa di telefon tadi. Di mana Raka?
Benny: Di kamar.

Raka menjelaskan pada Choky bahawa Kirana tidak dapat mencintainya sebagaimana dia mencintai Galang.
Raka: Mungkin aku harus jalani hidup aku tanpa Kirana.
Choky:   Aku tahu ia tak mudah, friend. Tapi aku yakin, suatu saat nanti kau   pasti dapat melaluinya dan menemui kebahagiaan kau. Yang pasti, aku akan   sentiasa di sini untuk kau.
Sewaktu menjalani perawatan, Galang  teringat pada Riana. Doktor  mengatakan pada Kirana bahawa Riana adalah  kunci dalam penyembuhan  Galang.


Fara tanya pada Nenek Aida:
Fara: Boleh Fara tanya, Piyu tu... Maksud saya, Galang... macam mana orangnya?
Aida:   Galang itu anak yang baik. dia tu cucu kebangaan nenek. Dia tu sangat   mengambil berat dan sangat menyayangi arwah atuknya. Dia juga sangat   menyayangi nenek. Nenek rasa sangat bahagia pada masa Kirana berada di  rumah kami.

Sita: Tapi dulu kamu tak suka Kirana. Kamu kalau bertemu dengan Kirana, masam saja.
Aida: Kamu benar ya, Sita. Tapi aku juga hairan. Kenapa Kirana tahan dengan sikap saya yang menjengkelkan itu.
Sita: Ya, kerana Kirana amat mencintai Galang dan dia juga menghormati kamu sebagai orang yang disayangi Galang.
Aida: kamu tetap masih benar, Sita. Mereka itu saling menyayangi dan mencintai.
Suara hati Fara: "Apa mereka begitu saling mencintai"?
Sita: Fara, kau tak minum?
Fara: ya, ya.. Fara beli dulu deh..
Galang:  Kalau memang dia tunang aku, kenapa dia boleh sejahat itu? Malah, masa  kali pertama kali dia lihat aku, kenapa dia terkejut? Dia seperti  percaya aku masih hidup. Dia berbeza dengan kau dan Nenek Aida. Reaksi  yang aku terima daripadanya berbeza dengan reaksi kau padaku.

Kirana: Sebab itu saya mahu kamu fikirkan sekali keputusan kau.
Galang: Aku harus selesaikan masalah ini.
Kirana: Maksud kamu?
Galang: Aku akan jumpa Riana dan dekati dia semula.
Kalau perlu aku akan menjadi Galang yang pernah mencintainya.
Kirana terkejut dengan apa yang Galang mahu lakukan.
Kirana memberitahu Nenek Aida tentang apa yang telah dicadangkan oleh Galang. Nenek Aida tidak bersetuju. Katanya:
Aida: Tak boleh Kirana, Galang tak boleh buat begitu. Riana tu sangat jahat, Nenek khuartir Riana akan menyakiti Galang lagi.
Kirana:   Galang berkeras untuk melakukannya nek. Saya dah cuba nasihatkannya   tapi dia tak mahu dengar. Nek, sekarang Galang minta aku cari informasi   tentang Riana. Mahu tak mahu saya terpaksa melakukan semua itu.
Aida: Nenek akan mengubah semua keputusan Galang...
Nenek Aida pergi berjumpa dengan Galang.
Aida:  Galang, nenek tak akan biarkan kamu bertemu dengan  Riana. Dia itu  sangat berbahaya. Kau tak perlu ambil risiko dengan  berpura-pura ambil  berat tentang dia.
Galang: Maaf nek, saya tak akan ubah keputusan saya.
Aida: Masih ada cara lain untuk mengembalikan ingatan kamu.
Doktor di sini juga boleh membantu. Jadi kamu tak perlu nekad begini.
Galang:   Saya melakukan semua ini kerana saya mahu mimpi-mimpi buruk saya  hilang  dari fikiran saya. Saya cuma ingin hidup tenang. Saya tak peduli  kalau  saya tak ingat siapa diri saya yang sebenarnya.



Galang   tetap mahu teruskan rancangannya untuk bertemu dengan Riana walaupun   dinasihati oleh Nenek Aida. Kata Galang dia melakukan semua itu adalah   untuk mengusir semua mimpi yang menghantui dirinya. Dia tidak peduli  sama memorinya akan kembali atau tidak.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 34
Labels:
CINTA KIRANA






