SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 35
Sambungan  dari Episode semalam,  Episode 34 menceritakan Aida berasa kecewa dan  sedih mendengar ucapan  Galang mengatakan dia cuma berniat untuk  hilangkan mimpi-mimpi buruknya  saja dan bukan untuk mengingati siapa  neneknya. Melihat Aida  berlinangan mata, Galang terus meminta maaf  kepada Aida.
Galang:  Maafkan saya nek. Saya cakap begitu bukan  kerana saya tak nak ingat  nenek. Saya cuma terseksa dengan mimpi-mimpi  saya itu. Perempuan itu  membuat saya gila, nek. Maafkan saya, nek.  Selama ini saya berasa diri  saya ini sebatang kara. Tadi sejak saya  bertemu dengan nenek saya rasa  saya sayangkan nenek.





Melihat   semua itu, Kirana berasa sedih kerana Galang mahu menyayangi Nenek  Aida  meskipun dia tidak mengingati siapa Aida. Sita melihat Kirana  pergi dan  dia berusaha untuk menghiburkan Kirana.

Galang: Saya bersyukur nek, walaupun saya tak ingat siapa diri saya saya masih boleh menyayangi nenek.
Kirana   memberitahu Sita bahawa Galang masih boleh menyayangi Nenek Aida   walaupun ingatannya masih belum pulih. Kirana sedih kenapa Galang tidak   dapat mencintainya.
Sita: Sayang dia pada Nenek Aida berbeza   dengan cinta kamu berdua, Kirana. Nenek Aida sudah seperti ibu buat   Galang. Kerana itu dia mudah menyayangi Nenek Aida. Kamu harus kuat ya,   Kirana. Nenek tahu kau tolong Galang kerana kau sangat mencintainya.   Tapi Galang yang sekarang bukan Galang yang dulu lagi, Kirana. Kalau   kamu tak kuat, kamu harus berhenti sebelum kamu terluka lagi, Na.

Kirana: Nenek benar. Yang aku mahu, Galang bahagia. Dan Galang bahagia tak semestinya bersama aku kan?



Galang   memberitahu neneknya bahawa siapa bilapun dan siapapun Galang dia akan   tetap cinta dan menyayangi Nenek Aida. Kemudian, Galang memujuk Nenek   Aida agar pulang ke rumah saja istirehat dan dia juga akan pulang pada   keesokan hari.

Sita: Kirana, nenek yakin apa yang kau lakukan untuk Galang pasti ada balasannya.
Pada   ketika itu juga Aida dan Galang bersama-sama Fara muncul dan Aida   memberitahu mereka bahawa malam itu biar Fara saja yang menemani Galang.   Fara tersenyum gembira tetapi Kirana dan Sita cuma dapat berdiam diri   saja dan Kirana menghantar kedua orang neneknya pulang.


Di   rumah, Nenek Aida khuartir memikirkan soal Riana. Nenek Aida bimbang   kalau Riana akan membuat Galang menderita. Apa lagi kerana Galang   mendekati Riana dengan alasan dia mencintai Riana.(towards the shinystar)
Sita: Aida, Galang tahu risiko dari tindakannya itu. Jadi kamu jangan usah terlalu memikirkannya.
Kirana:   Ini jalan terbaik, nek. Riana atak akan sakiti Galang lagi. Mungkin  ini  adalah balasan buat Riana. Dulu Riana pura-pura mencintai Galang   padahal dia cuma mahu mempergunakan Galang. Sekarang sebaliknya pula.   Galang yang mempergunakan Riana.

Di   rumah sakit, Fara juga memikirkan rancangan Galang. Fara takut Galang   akan diapa-apakan sekirannya Galang mendekati perempuan jahat itu, kata   Fara pada Galang lagi.
Galang pastikan pada Fara bahawa Riana  memang  pernah sakiti hatinya tetapi dia tidak akan membiarkan itu  terjadi lagi.  Galang minta Fara bertenang saja dan usah risaukan  tentang hal itu..mpg_snapshot_05.29_%5B2010.09.30_13.07.02%5D.jpg)
Sita tanya pada Kirana:
Sita: Kirana, kamu benar mahu menjemput Fara dan Galang
seorang diri?
Kirana: Ya nek. Saya pergi sekarang, ya?
Kata Sita pada Aida Kirana kelihatan tabah tetapi ternyata hatinya telah hancur.
Sita: Dia kuat kerana cintanya pada Galang.



Baim tiba pada saat Kirana keluar pergi menjemput Galang dan Fara. Dia terdengar perbualan mereka tanpa disedari oleh mereka.
Aida: Aku tahu Sita. Sebab itu saya mahu dia duduk di rumah tak perlu pergi ke rumah sakit tapi dia tetap nak pergi.
Sita:  Aku tak tahu samada dia hebat atau bodoh kerana dia rela saja buat  apa  pun untuk Galang. Bahkan dia ajak Fara untuk duduk di sini untuk   temankan Galang padahal itu yang akan menambahkan kesengsaraannya.
Sita berasa sedih memikirkan Kirana yang harus menempuhi semu ini. Aida cuba tenangkannya.
Baim faham sekarang kenapa Kirana tidak memberi khabar padanya.
Baim pada dirinya: Jadi Kirana tak telefon kerana ada Galang.
Jono menelefon Fara.
Fara: Mas Jono tak perlu bimbanglah.
Jono: Gimana mas tak bimbang. Kamu dan Piyu tinggal di rumah Kirana.
Fara: Memang kenapa? Mereka semua baik pada saya.
Jono: Ya, ya mereka tu baik. Tapi Kirana itu kan...
Fara:   Piyu itu kan cintakan Fara. Fara tak bimbang. Mas Jono juga tak usah   bimbang.. sudahlah Mas Jono beritahu saja pada ibu dan bapak kalau Fara   baik-baik di sini ya?
Jono: Ya, kalau begitu, Fara... kamu hati-hati ya?
Fara: Okey da.. da..

Kirana: Semua tentang Riana di sini ya. Kamu tengok saja semua maklumat peribadinya dan kerjayanya.
Galang:   Kenapa kamu melakukan semua ini? Aku tak mempunyai apa-apa hubungan   dengan kau selain daripada aku pernah bertunang dengan kau. Tapi aku dah   tak ingat semuanya. Sekarang aku dahg bertunang dengan Fara. Jadi   kenapa kamu masih menolong aku?

Kirana menyentuh muka Galang sambil berkata:
Kirana:   Bagi kau mungkin aku tak bermakna apa-apa. Tapi bagi aku kamu itu   selalu penting. Dan kerana itu aku selalu ingin melihat kamu berbahagia.   Kamu tenang saja aku tak minta apa-apa daripada kamu.

Opi   menelefon Kirana tanyakan adakah dia tidak masuk kerja kerana terdapat   beberapa dokumen yang harus Kirana tandatangan. Tetapi Kirana minta   ditunda saja tarikh tandatangan dokumen tersebut. Bukan itu saja, Kirana   juga telah lupa temu janjinya dengan Opi untuk pergi belanja di pasar   untuk ramuan jamu syarikat mereka.



Riana terkejut melihat Galang di rumahnya lalu tanya sebab dia ke rumahnya.
Riana: Galang, kenapa kau di sini?
Galang: Aku ke sini untuk jumpa kau. Ada jal yang harus aku bincangkan dengan kau.
Riana: Tapi nampaknya tiada lagi yang boleh kita bincangkan.
Galang:   Ri... aku ke sini untuk berbincang tentang masa lalu aku. Tapi kata   doktor, kemungkinan untuk aku ingat semula masa lalu amat tipis.    Mungkin tak lama lagi aku akan lupa semuanya.
Pada waktu itu juga,   Sandra ternampak Galang bersama Riana. Dia ingin tahu kenapa Galang ke   situ lagi. Sandra curiga dengan kedatangan Galang.
Galang: Aku ke  sini kerana... tiba-tiba kepala Galang terasa sakit lagi tetapi Galang  menyambungkan kata-katanya kerana wajah kau selalu muncul dalam mimpi  aku.

Riana sedikit tersentuh dengan kata-kata Galang.
Aku  rasa kita ada ikatan. Sampai akhirnya aku tahu kita pernah  bertunang.  Mungkin itu yang bezakan apa yang aku rasa dengan kau  berbanding dengan  Kirana.
Sandra: Hei kamu jangan ganggu anak saya  dengan kata-kata  kau. Kamu itu cuma sebahagian masa lalu anak saya. Masa  lalu yang tak  penting dan harus disingkirkan. Jadi kamu jangan racuni  fikiran anak  saya.
Galang: Aku ke sini bukan mahu racuni fikiran  siapapun. Aku  cuma nak jelaskan yang sebenarnya. Riana, aku tak rasakan  apa-apa pada  Kirana. Berbeza dengan kau.
Sandra: kamu ini ya.... jangan cakap apa-apa lagi. Sekarang juga kamu keluar dari rumah saya.
Galang: Tapi saya...
Sandra: Tak ada tapi-tapi lagi. Kamu keluar dari sini sekarang juga atau saya panggil satpam untuk mengusir kamu dari sini.
Galang: Saya...
Sandra: Tak ada apa lagi! Keluar!
Galang: Ri, kamu harus percaya kata-kata aku.



Sandra terus mengusir Galang.

Sandra:   Riana, kamu jangan percaya kata-kata dia ya. Kamu jangan dengar cakap   dia. Dia itu orang yang sudah hilang ingatan. Mama yakin dia cuma buat   masalah dan akan menyusahkan kita, Riana.
Riana serba salah samada mahu mempercayai mamanya atau Galang.

Fara   tanya Kirana adakah dia juga sedang menunggu Piyu. Kata Kirana dia   risau tentang Galang, begitu juga dengan Fara dia juga khuatir akan dia.   Fara berpendapat Kirana adalah seorang yang baik.  Fara mahu menjadi   teman Kirana. Kirana gembira.
Fara: Kalau kamu tak keberatan, aku mahu jadi teman kamu.


Kirana: Tapi aku mahu satu hal dari kamu.
Fara: Apa?

Kirana: Kamu harus ajar aku buat belon gula-gula getah yang besar.
Mereka ketawa gembira bersama-sama.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 35
Labels:
CINTA KIRANA






