SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 32


Fara   pergi ke tempat kerja Kirana untuk mencari Kirana tetapi Jono   memberitahunya Kirana tidak berada di situ dan cuma akan pergi ke sana   pada keesokan hari. Fara terus berdegil untuk menunggu Kirana di situ   sehingga menyebabkan sekuriti datang dan meminta mereka pergi. Jono   akhirnya membawa Fara pergi meninggalkan tempat itu walaupun Fara tetap   enggan.
Kirana panik apabila Galang hilang dari rumah sakit.  Raka yang tiba di  situ pada waktu itu menolong Kirana dalam pencarian  Galang. Kirana  salahkan dirinya yang menyebabkan Galang pergi dari  situ.
Kirana: Aku terlalu memaksa Galang untuk mengingati  semuanya. Sepatutnya  aku tak boleh begitu. Sekarang dia mulai takut.  Kalau terjadi sesuatu  pada Galang ini semua salah aku.
Raka: Ya, ya aku janji kita akan cari Galang sampai ketemu, okay!
Sewaktu  dalam kereta Fara terus  mengatakan bahawa Piyu adalah miliknya  selama-lamanya. Walaupun Jono  menasihati Fara dan berkata Galang itu  mempunyai keluarganya sendiri dan  juga mempunyai seorang tunang yang  telah menunggunya selama dua tahun,  Fara tidak mahu mendengar  penjelasan Jono dan histeris hingga dia cuba  keluar dari kereta itu.  Jono berusaha untuk mencegah Fara dari berbuat  demikian... Ini  menyebabkan mereka hampir ditimpa kemalangan jalan raya.

Fara   ternampak Piyu. Pada waktu yang sama, Kirana menemui Galang lalu terus   keluar dari kereta,  pergi ke arahnya dan memeluk Galang.



Piyu   berlari ke arah Galang dan terjatuh. Galang ternampak Fara dan dia   khuatir dengan keadaan Fara hingga melepaskan pelukan Kirana dan memeluk   Fara. Kirana sedih dan patah hati kerana Galang lebih mementingkan  Fara  daripada dirinya.



Raka cuba menasihati Galang tetapi apa yang dapat Galang beritahunya cuma:

Raka: Ingat atau tak, kamu itu Galang!
Kirana: Dahlah Raka, lepaskan.
Raka:   Dia ini tunang kau. Tunang yang selama dua tahun ini menderita kerana   kehilangan kau. Tunang yang selalu setia menunggu kau. Tunang yang   selalu berharap kau akan kembali.
Fara: Dia bukan Galang.
Raka: Dia Galang!



Raka:   Dan dia adalah tunang Kirana. Satu saat dia akan sedar dan masa itu  dia  akan tinggalkan awak. Dia akan kembali ke sisi Kirana kerana tempat   Galang memang di sisi Kirana. Apa kau tak dapat lihatkah pengorbanan   Kirana? Dia itu sangat mencintai kau. Dia mencintai kau dengan sepenuh   hati. Sanggupkah kau melihat dia terus menderita?
Galang: Maafkan   aku. Aku tak dapat menjanjikan apa-apa. Mungkin dulu aku pernah   mencintai Kirana. Tapi sekarang yang ada di hati aku cuma Fara. Aku tak   dapat mencintai Kirana. Aku selalu rasa takut kehilangan Fara. Aku   selalu merindui dia. Aku selalu cemas sama Fara. Maafkan aku Kirana. Aku   tak boleh biarkan kau terlalu banyak berharap. Aku tak boleh berada di   samping kamu. Aku tak dapat rasakan getaran masa berhadapan dengan  kau.  Getaran cinta yang aku rasaa cuma untuk Fara.


Jono berasa lega kerana Jono akhirnya memilih Fara dan memutuskan untuk kembali ke kampung bersama Farah.
Kirana   berasa amat kecewa dan patah hati dan pergi dari situ dengan  kesedihan.  Raka mengejar Kirana. Kirana minta Raka melupakannya kerana  dia tidak  akan dapat memberi apa-apa pun kepada Raka. Kata Kirana,  sebahagian dari  dirinya telah mati dan hilang bersama Galang.

Kirana:   Kalau kamu ada terus di sisi aku, aku cuma akan terus-menerus  menyakiti  kamu dan kamu itu terlalu berharga untuk disakiti. Kamu  terlalu baik  untuk aku, Raka.


Kirana yang berasa begitu kehilangan Galang mengurung diri di kamar.
Aida  dan Sita risaukan keadaan Kirana meminta Baim untuk menghiburkan  Kirana. Akhirnya Baim berjaya membuat Kirana tersenyum semula.
Benny menerima panggilan daripada Linda yang bertanyakan tentang khabar mengenai Raka.
Benny: Tadi dia pulang sebentar tetapi dia terus ke rumah Pak Imran pula.
Linda: Terima kasih Pak Benny.
Benny: Ya, sama-sama, bu.
Selepas itu Linda kata pada dirinya:
Linda:  Bukannya nak bercakap dengan mamanya tapi pergi ke rumah Imran pula.  Otak Raka sudah diracuni semua orang. Termasuk papanya yang lemah itu.





Kirana: Kenapa Galang, susah sangat aku nak melupakan kau.

Baim  masuk ke pejabat Kirana dan dia ternampak bingkai foto Galang yang  telah pecah. Baim tidak dapat berkata apa-apa.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 32
Labels:
CINTA KIRANA






