SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 33
Galang  pulang bersama Fara.   Fara masak masakan yang enak untuk Piyu. Sasti dan Handoko senang   melihat Fara ceria semula dan juga kepulangan Piyu di kampung.  Handoko   mengucapkan terima kasih kepada Piyu yang  Sasti  lal telah pulang dan   tidak meninggalkan Fara. Kata Piyu dia tidak akan meninggalkan Fara   kerana dia mencintainya.
Sasti lalu mengusulkan agar keduanya   segera menikah seandainya mereka saling mencintai. Handoko juga   bersetuju dengan cadangan isterinya. Tetapi pada saat itu juga Jono   muncul dan berkata:



Mereka terkejut apabila mendengar kata-kata Jono
Jono: Tidak. Tiada pernikahan antara mereka berdua. Saya tidak akan biarkan semua itu terjadi.
Piyu/Galang: Apa maksud kau bercakap begitu? Kenapa aku tak boleh bernikah sama Fara?
Jono:   Galang, aku boleh lihat betapa terseksanya perempuan itu. Kirana,   tunang kau yang kau tinggalkan. Dia tetap setia menunggu kau.

-  Aku boleh lihat kepedihan di matanya. Dia telah korbankan semuanya  untuk kau tetapi untuk apa? Malah kau tinggalkan dia dan cakap kau tak  mencintainya.
Fara: Tapi itu kan tidak benar, mas. Piyu kan tidak mencintai cewek itu.
Jono:   Pak Deh, Bu Deh maaf kalau saya keterlaluan. Saya sayangkan Fara  tetapi  saya tidak boleh biarkan semua ini berlaku. Piyu tidak mencintai  Kirana  kerana dia tidak mengingati apa-apapun tentang dirinya.
Piyu: Jono, saya cuma cintakan Fara.
Jono: Adakah itu benar-benar cinta yang datang dari hati kau? Kau malah bukan Piyu tetapi Galang.
Piyu:   Okey dulu aku Galang. Tetapi sekarang aku Piyu, Jono dan aku cuma   mencintai Fara orang yang tinggal dengan kamu semua. Aku jalani semua   ini bukan pura-pura.
Jono: Aku tak kata kau berpura-pura tetapi itu   bukan jaminan untuk kau tetap di sini dan terus bersama Fara sebaik saja   kau ingat siapa diri kau. Kau akan kembali kepada kehidupan Galang dan   kembali kepada keluarga sebenar kau. Saat itu kau akan tinggalkan Fara   dengan alasan kau bukan Piyu. Kirana boleh mengatasi kesedihan hatinya   kerana dia wanita yang kuat dan disokong dengan orang-orang yang  sangat  menyayanginya. Walau pun begitu, itu masih belum mudah untuk  dia.  Pernahkah kau berfikir apa yang akan berlaku pada Fara jika apa  yang  terjadi pada Kirana terjadi padanya? Fara tak sanggup ditinggalkan  kau  walaupun cuma seminggu.
Apa yang akan terjadi kalau kau tinggalkannya buat selama-lamanya? Jawab, Piyu.



Fara: Kenapa kau diam saja? Jawablah soalan Mas Jono. Kamu tak akana tinggalkan aku kan?
Kamu tak akan pergi kan? Kau tak boleh tinggalkan aku! Piyu....!!
Galang tidak dapat menjawab pertanyaan Fara dan dia terus keluar meninggalkan mereka di situ.
Fara,  Galang dan kedua orang tua Fara terkejut apabila Jono tidak  bpersetuju  dengan cadangan pernikahan Galang dan Fara.  Jono menjelaskan  kepada  mereka alasannya kenapa dia tidak mahu itu terjadi. Ia adalah  kerana  sekiranya Piyu sedar siapa dirinya sebenar, sudah pasti dia akan   meninggalkan Fara sepertimana dia meninggalkan Kirana waktu dia tidak   ingat dirinya siapa. Walaupun dengan hati yang berat, namun Galang dapat   rasakan apa yang dikatakan Jono ada benarnya.

Sementara itu Linda mencari Kirana dan memarahinya kerana hingga waktu itu Raka masih belum pulang.
Linda: Di mana Raka?
Kirana: Ibu Linda, saya tidak tahu di mana Raka.
Linda:   Hanya itu saja yang boleh kau beritahu saya? Apa kamu tidak tahu apa   yang anak saya buat untuk kamu? Raka telah membuat semuanya untuk kamu   bahkan dia meninggalkan keluarganya untuk kamu. Tapi kamu tidak peduli   dengan perasaan dia.
Kirana: Bu...
Linda: Kamu benar-benar jahat,   Kirana. Kamu membuat anak saya menderita kerana awak mementingkan diri   sendiri. Raka menolak semua wanita yang mencintainya hanya kerana awak.
Macam   mana sukarpun saya mencari wanita yang terbaik untuknya dia tetap   menolak. Mungkin awak tak pedulikan semua ini tapi saya ibunya dan Raka   satu-satunya anak saya. Cuma dia harapan saya. Saya tidak boleh   terus-menerus melihat anak saya sedih kerana kamu.
Linda terus keluar menuju ke keretanya untuk meninggalkan rumah Kirana tetapi Sita memanggilnya dan berkata:
Sita:   Kami mengerti perasaan ibu. Kami juga tahu ibu sangat menyayangi Raka.   Kami juga tahu betapa terseksanya ibu atas semua masalah ini.
Linda: Kalina mengerti apa?
Aida:   Saya tahu apa yang ibu rasakan. Saya pernah mengalaminya. Saya  melarang  cucu saya daripada mencintai wanita pilihannya. Tetapi apa  yang saya  dapat? Bahkan saya kehilangan cucu saya dan dia tidak  ingatpun sedikit  tentang saya. Jadi saya tahu sangat apa yang ibu  rasakan.
Sita: Kami  tidak akan membela Kirana kerana kami tahu dia  salah. Tapi kami mohon  ibu tidak terus-menerus menyalahkan Kirana untuk  semua hal yang  dilakukan Raka. Kirana sudah sangat menderita, bu. Dia  tak pernah  bermaksud untuk menyakiti orang lain. Dia melakukan ini  semata-mata dia  mencintai tunangnya.



Linda tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Sita dan Aida dan dia terus masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan tempat itu.
Kata-kata  Sita dan Aida terus berada di fikiran Linda dalam perjalanan:  "Kami  tidak akan membela Kirana kerana kami tahu dia salah. Tapi kami  mohon  ibu jangan terus-menerus menyalahkan Kirana untuk semua hal yang   dilakukan Raka.
Kirana   menelefon Raka memintanya pulang dan dia juga berkata dia mahu menemui   Raka. Kirana meminta Raka untuk melupakannya sekiranya dia memang   sayangkannya menerima pertunangan yang diaturkan oleh Linda Dia juga   meminta Raka bernikah.Raka tanyakan pada Kirana adakah dia memintanya   untuk bernikah adakah kerana dia sudah kembali semula pada Galang.
Kirana:  Tidak, Raka. Saya tidak kembali pada Galang. Aku lakukan semua  ini  kerana aku tak mahu melihat kamu menderita. Kamu harus bahagiakan  papa  dan mama kamu. Mulai sekarang kamu harus lupakan semuanya dan kamu   harus bernikah dengan calon  pilihan mama kamu. Aku tahu dan aku yakin   mama kamu akan cari orang yang terbaik untuk kamu. Kau harus maju dan   teruskan hidup kamu, Raka.
Raka: Kamu suruh aku teruskan hidup? Tapi  kau sendiri? Kau ditolak  lelaki yang tidak ingat tentang kamu. Kau  terus berharap ingatannya akan  kembali. Cuba kau fikir... bagaimana  kalau ingatannya tidak akan  kembali? Apa yang akan kau lakukan? Terus  menunggunya?
Kirana: Jangan kau cakap begitu.
Raka: Kenapa? Kerana kau takut menghadapi kenyataan pahit itu?
Kirana:  Ya mungkin aku takut tetapi aku masih boleh berharap. Sedangkan  aku,  aku tak boleh janji apa-apa pada kau. Sampai bila-bila pun aku tak  akan  boleh menjanjikan hati dan cintaku pada kau. Akhirnya Raka menerima  permintaan Kirana.
Raka menelefon mamanya dan berkata dia ingin  bertemu dengan keluarga  Sastrawijaya. Linda gembira kerana Raka mahu  menerima pertunangan yang  diatur oleh Linda.  Raka sebenarnya melakukan  semua itu demi Kirana.  Kerana Raka tidak mahu memebebankan Kirana.  Linda dan Imran tahu Raka  mahu bertunang kerana setelah Kirana telah  berjumpa dan berbincang  dengan Raka tentang hal itu. Linda menyesal  kerana selalu membuat Kirana  sedih dan sering memarahinya. Kata Imran  Kirana pasti mengerti kerana  dia anak yang baik. Kirana berbuat begitu  kerana inginkan semua orang  bahagia.

Fara   mengamuk kerana dia khuatir Piyu tidak mahukannya lagi. Dia tidak mahu   Piyu pergi. Jono cuba memujuk Fara dan menjelaskan padanya bahawa dia   lakukan semua itu untuk kebaikan Fara dan Piyu. Jono tidak mahu melihat   mereka berdua terluka. Jono berjaya menyakinkan Fara dan tenangkan   hatinya.
Raka   risaukan keadaan Kirana. Dia tahu Kirana pasti dalam kesepian sekarang   dan Galang juga tiada di sampingnya. Pada waktu yang sama Kirana   memberitahu neneknya bahawa dia mengambil keputusan meminta Raka   bertunang adalah jalan terbaik buat dia dan Raka kerana dia tidak mahu   melihat Raka terus menderita. Semua ini kerana Kirana tidak dapat   melupakan Galang. Kirana memberitahu neneknya hati dan cintanya cuma   untuk Galang saja.

Kirana:   Sampai bila-bila pun aku tak boleh terima cinta Raka. Nenek Sita  begitu  sedih melihat Kirana harus menderita seperti itu dan dia tidak  dapat  berbuat apa-apa untuk meringankan kesedihan Kirana.
Fara pergi berjumpa dengan Piyu di bengkel dan memberitahunya dia memikirkan tentang mereka.
Piyu:  Kamu memikirkan tentang soal pernikahan kita? Kamu tenang saja ya.   Kita akan bernikah. Pasal Mas Jono, saya akan berbincang dengannya.  Kalau dia masih tidak yakin dengan pernikahan kita, biar aku belasah  dia.
Galang   mendapat mimpi yang sama lagi iaitu dia menemui Riana dan dia telah   menyebabkannya kemalangan. Galang terjaga dan dia tanya pada dirinya   kenapa dia tidak boleh hilangkan dia dari fikirannya.

Riana   risau kalau tiba-tiba Galang akan sembuh dan ingat semua apa yang   berlaku pada dirinya. Riana takut Galang akan mendakwa dia dan mamanya.   Riana memberitahu Sandra, mamanya dia tidak mahu dipenjarakan.
Sandra:   Tiada sesiapa pun akan masuk ke penjara. Mereka tak ada bukti apa-apa.   Jadi tiada sesiapa pun yang akan dakwa kita. Mama yakin tiada siapa  pun  yang akan sentuh kita. Jadi kau sekarang kena bangun, mandi dan  pergi ke lokasi pengambaran. Cepat!

Linda risau di mana perginya Raka.
Linda: Keluarga jodohnya sudah datang tapi dia masih belum muncul lagi.
Pada waktu Linda sedang risaukan ke mana Raka berada, Benny memberitahu Linda:
Benny: Maaf, bu. Nampaknya keluarga Sastrawijaya dah gelisah di dalam. Pak Benny, tolong cari Raka. Suruh dia balik cepat.
Benny   menelefon Raka tetapi panggilan itu dimatikan oleh Raka. Raka terus   memandu. Benny tertanya-tanya pada dirinya ke mana Raka berada. Sewaktu   memandu, Raka terus ingat kata-kata Kirana memintanya lupakan dia   sekiranya Raka sayangkannya. Sebenarnya Raka belum bersedia untuk   melepaskan Kirana. Raka tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Raka  juga bimbang samada  dia harus menemui wanita yang  dijodohkan dengan  dia atau tidak.


Baim   tahu Kirana masih bersedih dan dia menghiburkan Kirana dengan   menceritakan tentang Surti dan Tejo yang berasa takut dengan tikus.   Kirana tertawa-tawa mendengar Baim bercerita.
Kirana: Jadi kaki Pak Tejo yang terkena perangkap tikus?
Baim:   Ya, tapi bukan cuma satu, tapi dua. Kau tahu tak, kaki Pak Tejo   sekarang kena direndam air garam kerana bengkak. Kesian kan?
Kirana: Tapi kelakuan Pak Tejo memang pelik begitu, Baim.
Baim: Kirana, kalau tak pelik, bukanlah Pak Tejo namanya. Lagipun kalau kelakuan Pak Tejo tak pelik pasti sunyi nanti.
Kirana: Benar juga, Baim.
Baim:   Begitulah, ketawa saja. Aku gembira dengar kau ketawa begitu. Kau nak   terus ketawa tak? Kalau mahu aku akan ceritakan kejadian lucu lain, ya?
Kirana: Ya, ya apa?



Galang   asyik fikirkan wanita (Riana) yang muncul dalam mimpinya dan dia  hampir  melanggar sesuatu. Pada waktu itu mujur Jono ada di situ dan...
Jono: Kau tak apa-apa?
Galang: Tidak, Jono.
Galang:   Aku selalu mimpikan kemalangan itu. Tiap-tiap malam aku tak boleh  tidur  kerana mimpi itu. Aku tak tahu nak buat apa lagi.
Jono: Kau harus ke rumah sakit dan teruskan rawatan.
Fara terdengar perbualan Jono dan Galang tanpa diketahui Galang dan Jono
Jono: Mungkin dengan cara itu semua mimpi kau akan hilang dan kau akan hidup dengan lebih tenang.
Galang: Aku tak mungkin kembali. Aku tak mahu tinggalkan Fara. Dia perlukan aku.
Jono: Tapi kau tak boleh berdiam diri. Kau harus lakukan sesuatu. Aku tak mahu kau derita begini. Mimpi kau tak akan hilang.
Galang:   Lebih baik semuanya begini, Jono. Aku tak mahu melihat Fara sedih.   Lebih baik aku yang menderita. Sudahlah, aku hantar barang kepada Pak   Yan dulu.
Jono: Piyu, hati-hati ya. Terima kasih.
Melihat  Kirana tertawa begitu, Sita dan Aida memberi cadangan kepada   Kirana  untuk bernikah dengan baim kerana cuma Baim saja yang boleh    mengembalikan keceriaan Kirana.
Namun begitu, Kirana berkata pada  kedua orang neneknya dia tidak boleh terima cinta Baim kerana padanya  Baim merupakan seorang sahabat yang paling baik dan sampai bila pun Baim  cuma adalah sahabat baiknya dan sampai bila-bilapun Kirana tak akan  berubah perasaan itu.  Kirana minta mereka berdua usah khuatirkannya  kerana dia boleh mengatasi semua itu. Sita  dan Aida tidak berkata  apa-apa lagi mendengar Kirana cakap begitu.

Fara pergi berjumpa dengan Galang di bengkel tetapi:
Galang: Tak nampakkah aku sedang bekerja? Aku sibuk.
Fara terkejut kerana Piyu meninggikan suaranya apabila bercakap dengannya.
Kemudian Galang/Piyu sedar dia telah meninggikan suaranya terhadap Fara dia meminta maaf padanya. Kata Piyu dia tidak sengaja.
Galang: Maaf aku juga tidak tahu kenapa dengan aku sekarang. Aku juga rasa yang aku ini aneh.
Fara:   Aku tak boleh lihat kau begini. Aku akan bawa kau ke bandar. Aku akan   bawa kau bertemu dengan Ibu Kirana supaya kamu boleh sembuh. Biar Ibu   Kirana boleh bawa kau berubat, ya?




Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 33
Labels:
CINTA KIRANA






