RSS

LAGENDA MELAYU: Lagenda Budak Setan


Tarikh Siaran: 10 Ogos 2010 (setiap selasa)
Masa: 10.30 pm
Pelakon: Jue Aziz, Maslina Nasir, Farid Kamil, Melissa , Arifah , Nas T dan Ngasriah Ngasri.
TV : ASTRO PRIMA

Episode : 26

Kisah drama yang berjudul Lagenda Budak Setan ini bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.

Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.

Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).

Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk menonton drama Lagenda Budak Setan setiap hari Selasa mulai 10 Ogos 2010 pada jam 10.30 malam di Astro Prima Saluran 105
sumber: http://ceritadimataku.blogspot.com/


Preview Lagenda Budak Setan
sumber: perekacerita Channel


Sinopsis:

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

Penghargaan dan terima kasih kepada sumber: http://ceritadimataku.blogspot.com/
http://anizyn.blogspot.com/perekacerita Channel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS