SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 35
Sambungan dari Episode semalam, Episode 34 menceritakan Aida berasa kecewa dan sedih mendengar ucapan Galang mengatakan dia cuma berniat untuk hilangkan mimpi-mimpi buruknya saja dan bukan untuk mengingati siapa neneknya. Melihat Aida berlinangan mata, Galang terus meminta maaf kepada Aida.
Galang: Maafkan saya nek. Saya cakap begitu bukan kerana saya tak nak ingat nenek. Saya cuma terseksa dengan mimpi-mimpi saya itu. Perempuan itu membuat saya gila, nek. Maafkan saya, nek. Selama ini saya berasa diri saya ini sebatang kara. Tadi sejak saya bertemu dengan nenek saya rasa saya sayangkan nenek.
Melihat semua itu, Kirana berasa sedih kerana Galang mahu menyayangi Nenek Aida meskipun dia tidak mengingati siapa Aida. Sita melihat Kirana pergi dan dia berusaha untuk menghiburkan Kirana.
Galang: Saya bersyukur nek, walaupun saya tak ingat siapa diri saya saya masih boleh menyayangi nenek.
Kirana memberitahu Sita bahawa Galang masih boleh menyayangi Nenek Aida walaupun ingatannya masih belum pulih. Kirana sedih kenapa Galang tidak dapat mencintainya.
Sita: Sayang dia pada Nenek Aida berbeza dengan cinta kamu berdua, Kirana. Nenek Aida sudah seperti ibu buat Galang. Kerana itu dia mudah menyayangi Nenek Aida. Kamu harus kuat ya, Kirana. Nenek tahu kau tolong Galang kerana kau sangat mencintainya. Tapi Galang yang sekarang bukan Galang yang dulu lagi, Kirana. Kalau kamu tak kuat, kamu harus berhenti sebelum kamu terluka lagi, Na.
Kirana: Nenek benar. Yang aku mahu, Galang bahagia. Dan Galang bahagia tak semestinya bersama aku kan?
Galang memberitahu neneknya bahawa siapa bilapun dan siapapun Galang dia akan tetap cinta dan menyayangi Nenek Aida. Kemudian, Galang memujuk Nenek Aida agar pulang ke rumah saja istirehat dan dia juga akan pulang pada keesokan hari.
Sita: Kirana, nenek yakin apa yang kau lakukan untuk Galang pasti ada balasannya.
Pada ketika itu juga Aida dan Galang bersama-sama Fara muncul dan Aida memberitahu mereka bahawa malam itu biar Fara saja yang menemani Galang. Fara tersenyum gembira tetapi Kirana dan Sita cuma dapat berdiam diri saja dan Kirana menghantar kedua orang neneknya pulang.
Di rumah, Nenek Aida khuartir memikirkan soal Riana. Nenek Aida bimbang kalau Riana akan membuat Galang menderita. Apa lagi kerana Galang mendekati Riana dengan alasan dia mencintai Riana.(towards the shinystar)
Sita: Aida, Galang tahu risiko dari tindakannya itu. Jadi kamu jangan usah terlalu memikirkannya.
Kirana: Ini jalan terbaik, nek. Riana atak akan sakiti Galang lagi. Mungkin ini adalah balasan buat Riana. Dulu Riana pura-pura mencintai Galang padahal dia cuma mahu mempergunakan Galang. Sekarang sebaliknya pula. Galang yang mempergunakan Riana.
Di rumah sakit, Fara juga memikirkan rancangan Galang. Fara takut Galang akan diapa-apakan sekirannya Galang mendekati perempuan jahat itu, kata Fara pada Galang lagi.
Galang pastikan pada Fara bahawa Riana memang pernah sakiti hatinya tetapi dia tidak akan membiarkan itu terjadi lagi. Galang minta Fara bertenang saja dan usah risaukan tentang hal itu.
Sita tanya pada Kirana:
Sita: Kirana, kamu benar mahu menjemput Fara dan Galang
seorang diri?
Kirana: Ya nek. Saya pergi sekarang, ya?
Kata Sita pada Aida Kirana kelihatan tabah tetapi ternyata hatinya telah hancur.
Sita: Dia kuat kerana cintanya pada Galang.
Baim tiba pada saat Kirana keluar pergi menjemput Galang dan Fara. Dia terdengar perbualan mereka tanpa disedari oleh mereka.
Aida: Aku tahu Sita. Sebab itu saya mahu dia duduk di rumah tak perlu pergi ke rumah sakit tapi dia tetap nak pergi.
Sita: Aku tak tahu samada dia hebat atau bodoh kerana dia rela saja buat apa pun untuk Galang. Bahkan dia ajak Fara untuk duduk di sini untuk temankan Galang padahal itu yang akan menambahkan kesengsaraannya.
Sita berasa sedih memikirkan Kirana yang harus menempuhi semu ini. Aida cuba tenangkannya.
Baim faham sekarang kenapa Kirana tidak memberi khabar padanya.
Baim pada dirinya: Jadi Kirana tak telefon kerana ada Galang.
Jono menelefon Fara.
Fara: Mas Jono tak perlu bimbanglah.
Jono: Gimana mas tak bimbang. Kamu dan Piyu tinggal di rumah Kirana.
Fara: Memang kenapa? Mereka semua baik pada saya.
Jono: Ya, ya mereka tu baik. Tapi Kirana itu kan...
Fara: Piyu itu kan cintakan Fara. Fara tak bimbang. Mas Jono juga tak usah bimbang.. sudahlah Mas Jono beritahu saja pada ibu dan bapak kalau Fara baik-baik di sini ya?
Jono: Ya, kalau begitu, Fara... kamu hati-hati ya?
Fara: Okey da.. da..
Kirana: Semua tentang Riana di sini ya. Kamu tengok saja semua maklumat peribadinya dan kerjayanya.
Galang: Kenapa kamu melakukan semua ini? Aku tak mempunyai apa-apa hubungan dengan kau selain daripada aku pernah bertunang dengan kau. Tapi aku dah tak ingat semuanya. Sekarang aku dahg bertunang dengan Fara. Jadi kenapa kamu masih menolong aku?
Kirana menyentuh muka Galang sambil berkata:
Kirana: Bagi kau mungkin aku tak bermakna apa-apa. Tapi bagi aku kamu itu selalu penting. Dan kerana itu aku selalu ingin melihat kamu berbahagia. Kamu tenang saja aku tak minta apa-apa daripada kamu.
Opi menelefon Kirana tanyakan adakah dia tidak masuk kerja kerana terdapat beberapa dokumen yang harus Kirana tandatangan. Tetapi Kirana minta ditunda saja tarikh tandatangan dokumen tersebut. Bukan itu saja, Kirana juga telah lupa temu janjinya dengan Opi untuk pergi belanja di pasar untuk ramuan jamu syarikat mereka.
Riana terkejut melihat Galang di rumahnya lalu tanya sebab dia ke rumahnya.
Riana: Galang, kenapa kau di sini?
Galang: Aku ke sini untuk jumpa kau. Ada jal yang harus aku bincangkan dengan kau.
Riana: Tapi nampaknya tiada lagi yang boleh kita bincangkan.
Galang: Ri... aku ke sini untuk berbincang tentang masa lalu aku. Tapi kata doktor, kemungkinan untuk aku ingat semula masa lalu amat tipis. Mungkin tak lama lagi aku akan lupa semuanya.
Pada waktu itu juga, Sandra ternampak Galang bersama Riana. Dia ingin tahu kenapa Galang ke situ lagi. Sandra curiga dengan kedatangan Galang.
Galang: Aku ke sini kerana... tiba-tiba kepala Galang terasa sakit lagi tetapi Galang menyambungkan kata-katanya kerana wajah kau selalu muncul dalam mimpi aku.
Riana sedikit tersentuh dengan kata-kata Galang.
Aku rasa kita ada ikatan. Sampai akhirnya aku tahu kita pernah bertunang. Mungkin itu yang bezakan apa yang aku rasa dengan kau berbanding dengan Kirana.
Sandra: Hei kamu jangan ganggu anak saya dengan kata-kata kau. Kamu itu cuma sebahagian masa lalu anak saya. Masa lalu yang tak penting dan harus disingkirkan. Jadi kamu jangan racuni fikiran anak saya.
Galang: Aku ke sini bukan mahu racuni fikiran siapapun. Aku cuma nak jelaskan yang sebenarnya. Riana, aku tak rasakan apa-apa pada Kirana. Berbeza dengan kau.
Sandra: kamu ini ya.... jangan cakap apa-apa lagi. Sekarang juga kamu keluar dari rumah saya.
Galang: Tapi saya...
Sandra: Tak ada tapi-tapi lagi. Kamu keluar dari sini sekarang juga atau saya panggil satpam untuk mengusir kamu dari sini.
Galang: Saya...
Sandra: Tak ada apa lagi! Keluar!
Galang: Ri, kamu harus percaya kata-kata aku.
Sandra terus mengusir Galang.
Sandra: Riana, kamu jangan percaya kata-kata dia ya. Kamu jangan dengar cakap dia. Dia itu orang yang sudah hilang ingatan. Mama yakin dia cuma buat masalah dan akan menyusahkan kita, Riana.
Riana serba salah samada mahu mempercayai mamanya atau Galang.
Fara tanya Kirana adakah dia juga sedang menunggu Piyu. Kata Kirana dia risau tentang Galang, begitu juga dengan Fara dia juga khuatir akan dia. Fara berpendapat Kirana adalah seorang yang baik. Fara mahu menjadi teman Kirana. Kirana gembira.
Fara: Kalau kamu tak keberatan, aku mahu jadi teman kamu.
Kirana: Tapi aku mahu satu hal dari kamu.
Fara: Apa?
Kirana: Kamu harus ajar aku buat belon gula-gula getah yang besar.
Mereka ketawa gembira bersama-sama.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 35
Labels:
CINTA KIRANA