RSS

SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 22


SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 22

Kisah hari ini bermula dengan Raka kereta Raka mengalami kerosakan bateri. Raka menelefon ke bengkel.

Kirana: Kira-kira berapa lama lagi kereta tunda itu akan sampai?
Raka: Dalam setengah jam.
Ya udah, kita cari teksi saja.
Kirana: Buat apa naik teksi? Rumah kan dah dekat. Kita jalan kaki sajalah.
Raka: Jadi kereta ini?
Kirana: Kan sebentar lagi kereta tunda akan datang?


Kirana memberitahu Raka sudah lama sangat dia tak jalan kaki seperti ini. Kata Kirana lagi, dulu di kampung setiap hari dia jalan kaki. Kecuali kalau dia dan Baim mencuri pisang Pak Jalil. Pada waktu itu mereka akan berlari-lari.

Raka: Anggap saja hari ini hari nostalgia untuk kenangan masa lalu kau.
Kirana: Bererti bagus juga kereta kau itu rosak. Aku dapat merasa jalan kaki semula. Tidak lama selepas itu hujan mulai turun.





Kirana: Raka, jangan bilang kalau....
Raka: Yang ini termasuk nostalgia juga?
Kirana: Tidaklah.
Raka: Tapi kalau jalan dalam hujan begini seronok juga. Macam mana kalau kita bertaruh? Siapa yang sampai ke sana dulu boleh buat satu permintaan.
Kirana: Ya, aku setuju.
Raka: Aku kira sampai 3 ya. 1 ... 2...
(Belum habis Raka kira sampai 3 dia mula berlari)
Kirana: Raka, kau main tipu.
Tiba-tiba Kirana terjatuh dan dia mengenang kembali waktu dia bersama Galang dalam hujan. Kirana sedih dan masih tidak dapat melupakan Galang. Kirana memberitahu Raka dia teringatkan Galang. Kirana ingin berjumpa dengan Galang.



Nenek Aida dan Nenek Sita risau dengan keadaan Kirana yang pulang ke rumah bersama Raka dalam keadaan basah kuyup. Mereka tanya Kirana kenapa badan Kirana sampai menggeletar begitu. Mereka minta Kirana cepat menggantikan baju yang lain. Setelah Kirana masuk ke dalam kamar Raka menjelaskan kepada mereka bahawa Kirana teringatkan Galang. Kata Raka, Kirana amat mencintai Galang dan bukan mudah untuk Kirana melupakan semua kenangannya bersama Galang.

Sita: Nenek tahu tapi Kirana tak boleh terus begini, Raka. Hati kami berdua hancur bila tengok Kirana macam itu. Sedih.
Aida: Kirana harus lupakan semua kesedihan itu. Kau boleh tolong Kirana lupakan semua itu, kan?
Sita: Nenek Aida betul, Raka. Kami ingin kamu menjaga dan melindungi Kirana. Kami berharap kau boleh jadi tempat Kirana bergantung. Kamu mahu kan melakukan itu?
Raka: Saya mahu melakukan apa pun untuk Kiran
a.


Kirana: Galang, adakah hingga sekarang kau tetap ada di antara bintang-bintang itu? Apa kau tetap lindungi aku dari sana?

Sita: Kirana, kenapa belum tidur?
Kirana: Saya teringatkan Galang, nenek.
Sita: Kalau kamu begini terus, nanti kamu bisa sakit. Lihat tu, muka kamu kan kelihatan penat? Tidur ya, sayang.





Kirana mimpikan Galang mahu bernikah dengannya. Galang menghulurkan cincin pertunangan mereka. Apabila Kirana cuba mengambil cincin tersebut, Galang hilang dari pandangannya. Kirana terjaga dan dia memberitahu kedua orang neneknya bahawa Galang masih hidup.

Kirana: Baru sebentar tadi saya mimpikan Galang dan Galang telah menjumpai cincin pertunangan kami.
Aida: Kirana, itu cuma mimpi. Galang dah tak ada, Kirana.
Kirana: Tidak nek, Galang masih hidup. Aku yakin. Aku harus cari Galang dan aku pasti akan ketemu Galang.
Sita: Bertenanglah Kirana. Bertenang sayang.


Cinta Kirana pada Galang begitu dalam, Kirana dapat rasakan Galang masih hidup.


Juno: Sebenarnya apa yang awak fikirkan sampai tak boleh tidur?
Piyu (Galang): Aku, aku rasa tegang saja.
Juno: Tegang aku tahu kau dah tak tahan ya mahu kahwin.
Piyu: Apalah kau ni?
Juno: Sebenarnya apa yang kau takut? Apa kau takut... takut dapat anak?
Piyu: Mengarut saja kau ni.
Juno: Dahlah aku beri penyelesaian. Sekarang kau tidur dan bayangkan bakal tunang kau, Farah. Tak lama lagi kau nak bertunang dengan dia, kemudian kahwin. ya kan? Aku yakin kamu boleh tidur dengan tenang. Kau tidur sajalah.
Piyu: Cuci tayar di depan.
Juno: Yalah aku tahu. (towards the shinystar)


Piyu (Galang)



Kirana tidak tahu kenapa hingga sekian lama dia masih tidak dapat terima kalau dia sudah tiada lagi dan dia juga tidak sanggup untuk melupakannya. Nenek Aida menelefon Raka minta pertolongan Raka kerana mereka tidak mahu melihat Kirana sedih lagi mengenangkan Galang. Kata Nenek Aida Kirana harus meneruskan hidupnya. Raka ke rumah Kirana:



Raka: Cantik
Kirana: Raka
Raka: Kamu cantik sekali dengan kebaya itu.
Kirana: Galang yang pilih kebaya ini buat aku.
Raka: Cita rasa Galang bagus.
Aku yakin di mana pun Galang berada sekarang, dia ingin yang terbaik buat kamu. Iaitu kebahagiaan kamu. Kamu berhak mengingati semua kenangan kamu bersama Galang. Kamu juga tak boleh melupakan dia kerana Galang adalah sebahagian daripada hidup kamu. Tapi kamu juga tak boleh membiarkan hidup kamu berhenti bersama Galang. Kamu harus melanjutkan hidup kamu. Kamu harus meneruskan semua mimpi-mimpi kamu, Kirana. Aku yakin, itu semua juga diinginkan oleh Galang. Kamu harus melangkah ke depan, Kirana.


Kirana: Kamu benar, Raka. (Apakah boleh Kirana melakukan semua itu?)


Juno: Piyu, kalau aku lihat keadaan kau sekarang aku benar-benar tak menyangka.
Piyu: Tak sangka apa?
Juno: Aku fikir waktu itu kau tak kan hidup lagi.
Piyu: Kau memang malaikat penyelamat aku, Juno. Kalau masa itu kau tak tolong aku, mungkin aku dah mati. Ya, walaupun sekarang aku lupa masa lalu aku tapi aku ada hidup baru aku yang baru. Dan semua itu kerana kau, Juno. Terima kasih.
Juno: Sudahlah kenapa kita jadi sedih begini? Udahlah, sekarang kita lupakan semuanya. Apa yang kau fikirkan, masa depan kau. Sebentar lagi kan kamu mahu bertunang dengan Farah? Aku dah bayangkan. Kau bertunang dengan Farah dan kau hidup bahagia dengan dia. Terus, kau miliki rumah yang sederhana kau hias rumah kau guna gula-gula getah.
Piyu: Mengarut kau ini. Hati-hati jangan sampai didengar oleh Farah. Habis kau nanti. Udah, kerja.






Mama Farah: Farah, kau tu dah nak kahwin. Kenapa makan gula-gula getah macam budak kecil. Malu pada Ririn dan Piyu.
Farah: Apa hubungannya makan gula getah dengan mengahwini Piyu? Piyu itu cinta sama aku apa adanya. Jadi kalau saya makan gula getah pun dia tak kisah.
Ririn: Benar mak cik. Piyu itu sayang sangat pada Farah. Kalau saya lihat mereka berdua saya iri hati. Piyu beri cincin kan pada kau? Aku nak tengok
Mama Farah: Boleh, boleh sebentar ya.
Piyu mencari cincin itu tetapi di mana dia telah meletakkannya. Akhirnya terjumpa juga. Farah beritahu ibunya bahawa dia tidak mungkin akan menghilangkan cincin pemberian Piyu kerana ia adalah benda yang paling penting buat masa ini. Farah memberitahu Ririn dan ibunya malam ini dia akan bertukar cincin dengan Piyu.


Kirana dan Opi: Kirana pada Opi: Saya tak mahu pelanggan kita menunggu jadi kita harus beri yang terbaik untuk mereka.
Opi: Baik bos.



Kirana: Selamat siang, bu
Linda: Gadis penjual jamu. Sudah sukses kamu sekarang. Tanpa campur tangan anak saya, kamu tidak akan pernah berhasil seperti ini. Hebat ya, seorang gadis yang tidak malu berani memisahkan seorang anak dari ibunya dan sekarang akhirnya berhasil. Kalau saja anak saya tidak bekerjasama dengan kamu saya sudah lama menghancurkan perusahaan kamu.
Opi: Cukup, bu!! Jangan asal bicara ya, bu. Kirana boleh sukses begini, tanpa bantuan Raka. Tapi karena dengan usahanya sendiri.
Linda: Beraninya kamu bicara begitu di hadapan saya.
Opi: Ya, saya berani.
Kirana: Opi, cukup kita nak siapkan bahan untuk mesyuarat. (towards the shinystar)

Opi memberitahu Raka mengenai mamanya yang telah menghina Kirana sebentar tadi.

Opi: Tadi, Kirana ketemu dengan mommy kamu. Mommy kamu marah sama Kirana.
Raka: Apa?
Opi: Kirana tak balas pun. Dia diam saja. Padahal Kirana tadi telah dimalukan sama mommy kamu. Maaf ya, Raka... Opi bukannya mahu mengadu tapi Opi cuma kasihankan Kirana.
Raka: Mama benar-benar telah keterlaluan. Sampai kapan dia mahu berhenti menghina Kirana. Gue harus ketemu dan omong sama dia.
Kirana terdengar perbualan mereka dan dia melarang Raka untuk berbuat demikian. Kata Kirana:

Kirana: Bukan salah mama kamu kalau dia terus menghina aku. Di mata mama kamu, akulah orang yang memisahkan kamu dari dia. Jadi wajar kalau dia benci sama aku. Dan sekarang aku mohon sama kamu tolong jangan bertengkar lagi dengan dia kerana aku. Sekarang kamu harus temui dia dengan baik-baik.


Kirana: Temui dia sebagai seorang ibu, bukan seorang musuh. Kamu harus minta maaf sama dia. Hormati dia sebagai orang tua yang melahirkan dan membesarkan kamu. Bagaimana juga dia adalah mama kamu yang patut untuk kamu hormati dan sayangi, Raka.


Linda: Benar-benar keterlaluan perempuan itu. Kenapa dia harus muncul di hadapan saya hari ini. Dia sudah merebut anak saya satu-satunya, Dian. Perempuan itu sudah menghancurkan segala-galanya.


Raka: Sudah waktunya mama berhenti menyalahkan Kirana.
Linda gembira anaknya, Raka mahu menemuinya. Dia tanya Raka adakah dia sudah mahu pulang ke rumah dan menemaninya lagi. Linda minta Raka jangan hukumnya seperti itu dan meninggalkannya.

Raka: Maaf ma. Tapi aku tak bisa pulang.
Linda: Apa begitu besar erti perempuan itu sampai kamu tega melakukan mama seperti ini?
Raka: Aku tak pernah bermaksud untuk menyakiti hati mama. Aku sayang sama mama. Perasaan itu tak akan berubah. Aku pergi dari rumah kerana aku nak berdikari mama. Aku nak buktikan pada mama yang aku boleh. Dan sekarang aku berhasil, ma.
Linda: Mama bangga dengan itu semua. Tapi bukan bererti kau boleh terus tinggalkan mama. Kamu harus pulang, Raka.
Raka: Sekarang aku dah dewasa, mama. Sudah tiba waktunya aku bina hidup sendiri. Aku ingin seseorang yang aku cintai mendampingi aku. Aku...



...ingin melamar Kirana.
Linda: Tidak. Sampai bila-bila pun mama takkan merestui pernikahan kamu dengan Kirana.
Raka: Mama, aku sangat mencintai Kirana. Aku tak akan pernah melepaskan dia. Aku harap mama bisa mengerti keinginan aku.

Linda memberitahu Dian bahawa sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah merestui perhubungan anaknya dengan Kirana. Dian kata pada Linda bukankah sekarang Kirana sudah menjadi usahawan hebat.

Linda: Awak fikir dengan menjadi usahawan hebat dan terkenal seseorang dah jadi satu darjat dengan keluarga saya? Tidak, Dian. Sekali rakyat jelata, selamanya akan menjadi rakyat jelata. Sampai kapan pun anak saya tidak pantas bersanding dengan perempuan itu.
Dian: ya bu. permisi bu.


Surti pergi ke rumah Pak Tejo dan merawat luka pada Pak Tejo akibat kemalangan. Pak Tejo melamar Surti. Adakah Surti akan menerima lamarannya?


Pak Tejo: Awak mahu kan menjadi isteri saya. Awak mahu menerima lamaran saya?
Surti: Awak ni, ada-ada saja. (sambil memukul tangan Pak Tejo, Pak Tejo menjerit kesakitan)
Pak Tejo: Aduh sakitnya.
Surti: Maaf, Tejo.
Pak Tejo: Tak mengapa sayang. Demi cintaku padamu. Jadi seronok. Tak mengapa.
Surti: Tejo... Tejo...

Perniagaan jamu (Jamu Rama) Kirana semakin maju dan Kirana dianugerahi penghargaan sebagai pengusaha muda paling berjaya. Kirana mengucapkan terima kasih kepada Raka dan semua orang, tetapi dia tidak menyebut nama. Baim merasa kecewa dan fikirkan Kirana telah melupakannya. Dia pulang dengan hati yang sedih.

Surti: Awak tak usah sedih, Baim. Ingat kata-kata mak tadi.
Baim: Dahlah mak, usah fikirkan saya. Baik sekarang ini mak cerita. Perasaan masa tadi, mak tersenyum-senyum. Ceritalah pada saya.
Surti: Begini, Baim. Kau jangan terkejut, ya?
Baim: Ada apa ni, mak?
Surti: Si Tejo melamar mak.

Pada waktu itu Kirana muncul:

Kirana: Syukurlah, akhirnya mak cik dan Pak Tejo bersatu. Saya dan Baim jadi saksi perjuangan cinta Pak Tejo. Ya, kan, Baim?
Baim: Ya..
Kirana: Iya.. iya.. tadi habis acara kamu ke mana? Aku cari kau tapi kau tak ada.
Baim: Betul kau cari aku, Kirana? Gue kira kau dah lupa sama gue.
Kirana: Tak mungkinlah Baim. Walaupun seribu tahun lagi aku akan tetap ingat pada kau. Kau kan orang yang penting dalam hidup aku? Malam ini aku nak buat makan malam bagi meraikan majlis tadi. Kita buat sekalilah. Pak Tejo dan Mak Cik Surti akan bersama. Jadi, kita raikan sekali, mahu tak mak cik?
Surti: Bolehlah.


Pak Tejo: Lengkap ni.
Nasrun: Kalau dulu saja macam kucing dengan tikus. Sekarang melekat macam setem.
Surti: Ada-ada saja kau ni, Nasrun.
Baim: Ingat lagi tak? Pak Tejo pernah kena siram air sebab curi dengar mak nyanyi. Masih ingatkan?
Nasrun: Itu belum teruk, Baim. Kau ingat tak kes lada? Pak Tejo sampai mandi ais, sebab pedasnya lada itu.
Pak Tejo: Sudahlah tu, Jangan usik Surti lagi. Kesian dia. Sebab kemarahan dialah yang buat saya..... (Bahasa Jawa) ertinya kalau tak faham tanya orang Jawa.

Kirana risaukan Raka yang masih belum tiba lagi. Raka telah membeli cincin pertunangan buat Kirana tanpa pengetahuan Kirana. Tapi sebelum Kirana mengetahui semua itu, Raka di timpa kemalangan. Kisah selanjutnya bersambung dalam Episode 23.









Special thanks to TOWARDS THE SHINY STAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS