SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 24
Episode 23   menceritakan Kirana mengembalikan cincin pertunangan mereka kepada   Raka. Raka terkejut dengan keputusan Kirana lalu pulang dengan hati yang   pedih dan terpukul.
Galang   dan Fara pergi berjalan-jalan. Setelah mereka pergi, Jono memberitahu   Pak Deh dan Mak Deh bahawa seorang jejaka yang bernama Raka telah pergi   ke bengkel dan dia bertanya tentang Piyu. Mak Deh tanya bila dan   siapakah dia?
Jono: Namanya Raka, dia pernah datang ke bengkel   semasa keretanya rosak. Tapi ada yang aneh. Waktu dia nampak Piyu dia   seperti kenal sangat dengan Piyu.
Pak Deh minta Jono awasi Raka   dan jangan sampai dia tahu tentang Piyu sebab mereka tidak mahu Piyu   dibawa pergi oleh Raka. Kata Pak Deh lagi semua ini demi Fara sepupu   Jono. Jono minta mereka berdua tenang saja sebab semuanya sudah selesai   dan mudah-mudahan Raka tidak akan datang lagi. Kata Mak Deh kebahagiaan   Fara terletak pada Piyu.
Nenek Sita dan Nenek Aida hairan  kenapa  Raka pergi begitu saja. Kirana  memberitahu mereka bahawa  semuanya telah  berakhir kerana dia telah  memutuskan pertunangan dengan  Raka. Kirana  kata dia masih belum melupakan Galang dan dia juga tidak  dapat berhenti  daripada mencintai Galang.


Nenek Sita: Apa kau tak fikir tentang perasaan Raka? Kau buat dia sedih dan kecewa. Kau dah patahkan hatinya.
Kirana: Kenapa aku harus menyakiti orang yang aku sayang dan orang yang sayang pada aku, nek? Kenapa?



Raka pulang dengan hati yang kecewa. Benny memanggilnya tetapi Raka tidak menghiraukan Benny dan terus masuk ke kamar.
Sita: Aku benar-benar tak faham fikiran Kirana. Kenapa dia terus larut dalam kenangan Galang?
Aida: Sabarlah Sita. Saya juga berharap dia boleh lupakan kenangan masa lalunya, kesedihannya dan kemudian meneruskan hidupnya.
Sita: Aida, apakah ini yang diingini Rama?
Aida, Maksud kamu apa, Sita?
Sita: Rama selalu ingin Kirana dan Galang bersatu. Mungkin ini menyebabkan Kirana selalu sedih, Aida. (towards the shinystar)
Benny  yang khuatir dengan keadaan Raka menelefon Linda. Linda meminta  Benny  siasat apa yang sebenarnya berlaku pada Raka dan selepas itu   beritahunya. Setelah itu Linda berkata pada dirinya:
Linda: Apa halnya si Raka itu? Pasti perempuan itu sudah rosakkan otak anak saya.
Surti   dan Baim pergi ke rumah Kirana untuk menjemput mereka sekeluarga ke   majlis pernikahan Pak Tejo dan Surti. Mereka juga ingin menjemput Raka.   Baim melihat mereka dalam kesedihan dan bertanya apa yang telah berlaku.
Baim: Nenek, nenek kenapa?
Aida: Kirana, Baim.
Baim: Kirana, dia kenapa, nek?
Aida: Kirana memutuskan pertunangannya dengan Raka.
Baim   terkejut dengan apa yang didengarnya. Mereka risaukan keadaan Kirana.   Sementara itu, Kirana terus bersedih mengenangkan Galang.



Baim: Kirana, kau ni kenapa?
Baim:   Aku ke sini bukan suruh kau berubah fikiran atau lupakan Galang. Tapi   aku cuma minta kau bayangkan dirikau sebagai Raka. Bayangkan macam mana   kalau kau jadi dia?
Pasti sakitkan, Kirana? Dia tu sayang sangat  pada  kau, bahkan kau pun dah terima lamarannya. Tapi kerana kenangan  kau  bersama Galang... kau berundur begitu saja. Cuba kau bayangkan  perasaan  dia. Pasti sakit sangat. Kau boleh untuk tidak melupai Galang  tapi kita  tak baik terus-terusan hidup dalam kenangan orang yang udah  meningggal  kerana itu cuma akan buat dia tidak tenang di sana.

Benny meminta pertolongan Coky dan Nadira untuk memujuk Raka yang masih menguncikan dirinya di dalam kamar.
Choky  memberitahu Raka pada pendapatnya Kirana tidak menutup pintu  hatinya  tetapi dia menenangkan hatinya untuk mencintai Raka tanpa  mengkhianati  cinta Galang. Raka tidak tahu berapa lama dia harus  menunggu Kirana.  Kata Choky, selama cinta Raka masih tetap ada dihatinya
Choky: Kalau kau menyayanginya mencintainya dan mengambil berat tentang dia, kau mesti buktikan kata-kata kau itu.
Nadira:   Raka, cinta itu bukan sekadar kata-kata tapi harus keluar dari hati   kita. Jadi kau kena buktikan padanya yang kau amat mencintai dia dan kau   harus berjuang untuk mendapatkan cinta dia. Ya, mungkin agak   menyakitkan tapi itu memang wajar, ya.
Baim   kata pada Kirana, selama dua tahun ini Kirana cuma memikirkan tentang   Nenek Aida, Nenek Sita dan kerjanya tetapi dia tak pernah fikirkan   dirinya. Pada pendapat Baim, sekarang adalah masa yang tepat untuk   fikirkan perasaannya sebab masih lagi banyak kesempatan untuk Kirana.   Kesempatan mencintai, dicintai dan kesempatan untuk melupai masalah   Kirana.

Raka berasa lebih lega setelah mendengar nasihat daripada Choky dan Nadira.
Nadira: Raka, macam mana? Dah rasa lebih baik?
Raka: Sekarang ni jauh lebih baik daripada masa yang teman aku bercinta dengan tunang aku. (secara bergurau)
Choky: Gimana ya, jelas aura aku lebih hebat daripada kau. Buktinya Nadira tak dapat menolak penahan cintaku.
Nadira: Eee... perasanlah kau, Choky. Hey.. aku itu mahu menerima kau kerana aku kasihankan kau.
Choky: Oh gitu, jadi cuma kasihan?
Nadira: Ya, cuba kau tengok cermin.Muka kau tu menyedihkan kalau merayu-rayu pada aku. Jadi aku tak sanggup nak menolak kau.


Choky tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian Nadira tergelak dan berkata:
Nadira:  Sayang, aku cuma bergurau. Aku tu mahu menerima kau kerana kau  baik  pada aku, kau menyenangkan, kau ambil berat tentang aku dan apa  lagi,  ya? Dan masa dia merayu dengan muka sedihnya dia comel sangat.  Yang  pentingnya aku sayang kau.
Choky ketawa kegembiraan.
Nadira: Kenapa kau ketawa macam tu?
Choky: Awalnya kau puji tapi penghujungnya tetap saja menghina.
Nadira: Tidak aku bergurau. Aku benar-benar sayang sama kamu.
Raka: Terima kasih, ya. Kalian berdua memang sahabat yang paling baik.
Choky: Kita ni memang teman yang baik tapi kau tu menyakitkan hati.
Baim:   Kau jangan putuskan apa-apa dulu. Fikirkan dengan baik. Jangan sampai   keputusan yang kau ambil buat kau menyesal. Ya, udahlah sekarang lebih   baik kau turun ke bawah. Kerana Nenek Aida dan Nenek Sita dah menunggu   kau. Mereka sangat risaukan tentang kau, Kirana.
Kirana: Terima kasih, Baim.
Baim: Sebenarnya aku juga boleh jadi suami kau tapi kau saja yang tak mahu.
Jangan  risaulah, aku cuma bergurau. Bagi aku, kalau tak kehilangan kau sebagai  teman aku dah bahagia. Ya, udahlah aku tunggu di bawah.
Benny  hairan dengan sikap Linda dan berpendapat Linda seorang ibu yang aneh   kerana dia berasa gembira apabila anaknya patah hati.

Kirana   memerhatikan photo-photo Galang yang diambil bersamanya dan berkata:   Semua yang dikatakan orang betul, Galang. Aku harus berusaha mengenang   kamu tapi aku tak boleh hidup dalam kenangan kamu.
Kirana turun   ke bawah dan memanggil kedua orang neneknya tetapi mereka tidak menjawab   dan tiba-tiba rumah itu menjadi gelap. Kirana memandang ke sana sini.

Raka muncul.
Raka: Aku tak akan sekali-kali berhenti mencintai kau. Sehingga kau boleh menerima dan mencintai aku.
Kirana: Raka...
Raka: Maafkan aku, ya.. Kirana.


Kirana: Tidak Raka. Aku yang harus meminta maaf.
Raka:   Aku inginkan kita mulakan dari awal. Aku tak mahu kehilangan kau.   Kerana itu aku akan sabar menunggu sampai panah cinta aku mengenai hati   kau dan terus menusuk di sana.


Linda:   Raka, tahniah ya. Mama dengar daripada Pak Benny yang pertunangan kau   dengan Kirana telah dibatalkan. Mama gembira, Raka. Akhirnya kau boleh   ambil keputusan yang tepat kerana mama yakin kau tak akan bahagia   bersama perempuan itu.
Raka: Maaf ya kalau aku sudah mengecewakan   mama. Kirana memang sudah membatalkan pertunangan aku tapi aku tidak.   Karena sampai kapan pun cintaku hanya untuk Kirana. Dan aku tidak akan   pernah berhenti mencintai dia.

Raka kemudian beredar dari situ. Linda tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

Pak   Tejo dan Surti akhirnya bernikah. Majlis perkahwinan diadakan dengan   meriah. Pak Tejo gembira kerana akhirnya impiannya untuk memperisterikan   Surti terlaksana juga.



Kirana   dan Opi berbelanja di pasar untuk perniagaan jamu mereka. Sewaktu  dalam  perjalanan pulang, Kirana hampir di langgar kereta. Orang yang  memandu  kereta itu mirip Galang. Kemudian, Kirana terkenang dan imbas  kembali  saat-saat dia bersama Galang.




Courtesy of TOWARDS THE SHINY STAR
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 24
Labels:
CINTA KIRANA





