SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 27
Sambungan  kisah Cinta Kirana Episode 27  menceritakan tentang Kirana telah menuduh  Raka. Kata Kirana sekiranya  Raka tidak memberitahunya bahawa dia juga  telah ternampak seseorang  yang mirip dengan Galang dia tidak akan  menaruh harapan yang sebesar  itu dan dia juga tidak akan berharap untuk  bertemu dengan Galang lagi.  Kirana terus berkata semua ini disebabkan  Raka. Kirana terkejut apabila  dia melihat Raka yang berasa kecewa  dengannya kerana dia telah dituduh  begitu lalu Raka terus pergi dari  situ.  Sita dan Aida minta Kirana  faham perasaan Raka yang cuma  melakukan semua ini demi kebaikan Kirana.  Kirana akhirnya sedar bahawa  dia bersalah dalam hal ini dan bercadang  untuk bertemu dengan Raka untuk  meminta maaf. Tetapi Kirana diusir oleh  Linda yang pada itu berada di  rumah.



Linda:   Kamu minta Raka mengerti apa? Seharusnya kamu yang mengerti kalau kamu   bukan orang yang tepat buat dia. Sebelum mengenal kamu, Raka tidak   seperti ini. Yang kamu lakukan hanya menyakiti hatinya dan membuat dia   menderita.
Kirana, Sebab itu saya datang ke sini, bu. Saya datang ke sini sebab saya mahu minta maaf dengan Raka.
Linda:   Saya tidak peduli apa mahu kamu tapi saya tidak akan membiarkan kamu   menghancurkan anak saya. Sekarang juga saya minta kamu pergi dari sini   dan jangan pernah ganggu anak saya. Raka akan jauh lebih baik kalau dia   tidak mengenal siapa kamu.
Pada keesokan harinya, Raka tidak masuk pejabat kerana masih terfikirkan tentang kata-kata Kirana dan dia meminta Benny:
Raka: Pak Benny, tolong beritahu kakitangan kantor kalau hari ini saya tidak masuk kerja.
Pak Benny: Benar Mas Raka tidak mahu berjumpa dengan doktor?
Raka: Tidak perlu, pak. Istirehat sedikit lagi sudah pasti saya akan segar.
Pak Benny: Benar ni Mas Raka tak apa-apa?
Kirana   tiba di pejabat dan didapatinya Raka masih belum sampai. Dia risaukan   tentang keadaan Raka. Suara hati Kirana berkata: Apa Raka tahu kalau  aku  semalam ke rumahnya?
Opi: Opi dah jumpa dengan kedai yang murah. Bolehlah nanti jadi pembekal bahan-bahan untuk ramuan jamu kita.
Tetapi   Kirana mendengar apa yang dikatakan Opi dan dia terus tanyakan di mana   Raka. Pak Benny muncul dan menjelaskan kepada Kirana bahawa Raka tidak   masuk kerja pada hari itu kerana tidak sihat.
Kirana terkejut mendengar Raka sakit.
Kirana: Raka sakit? Dia di mana sekarang? Di rumah sakit?
Benny: Tidak, dia ada di rumah istirehat.
Kirana   minta Pak Benny menjaga dan uruskan pejabat kerana dia ingin menjenguk   Raka dengan segera. Setelah Kirana pergi Opi berkata:
Opi: Selalu macam itu. Aku selalu diketepikan bila dia ada masalah.
Kemudian, Opi memberitahu Pak Benny bahawa dia telah menjumpai kedai yang murah, jadi pembekal bahan-bahan jamu mereka.
Opi: Kenapa ketawa? Semua orang tak hiraukan aku.
Pak Benny terus pergi dari situ sambil tersenyum. Opi geram.

Baim   ingin berjumpa dengan Kirana tetapi Opi memberitahunya Kirana memang   berada di pejabat sebentar tadi tetapi kini dia sudah keluar semula. Opi   minta Baim tunggu saja sehingga Kirana datang semula sekiranya dia  mahu  kerana Kirana akan ke pasar bersama Opi juga seperti biasa.  (towards  the shinystar) Baim tidak boleh keluar pada waktu itu kerana  Raka juga  tiada di pejabat kerana sakit.
Opi: Rasanya Kirana pergi menjenguk dia. Baim, kau nak dengar cerita aku tak?
Baim: Cerita apa?
Opi: Gue jadi malu. Begini. Tadi aku jumpa gadis itu sekali lagi di pasar.
Baim: Gadis yang jual sayur itu?
Opi: Kau jangan main cakap saja. Dia bukan penjual sayur tahu. Dia itu makhluk tuhan yang paling cantik pernah Opi lihat.
Kirana pergi menemui Raka di rumahnya lalu meminta maaf pada Raka:
Kirana: Raka, kata Pak Benny kamu sakit ya? Kamu kenapa?
Raka: Tak ada apa-apa. Cuma letih.
Kirana: Ini, aku bawa cheese kek kesukaan kamu.
Raka: Thanks ya.
Kirana:   Aku minta maaf ya, tentang semua yang aku cakap semalam. Aku sama   sekali tak bermaksud untuk menyalahi kamu atas semuanya.
Raka: Jadi ini usaha kamu untuk suap aku agar aku maafkan kau, begitu?

Kirana:   Tidak... tidak aku tak bermaksud begitu. Aku cuma... Aku benar-benar   minta maaf. Aku mengerti kalau kau marah dan aku akan terima semuanya.   Apa yang jelas, aku takkan berhenti meminta maaf sampai kau maafkan aku.   Atau kalau perlu, aku akan terus minta maaf dengan kamu sampai kau   bosan melihat muka aku.




Raka:  Bererti aku harus pura-pura terus marah sama kamu. Supaya kau akan   terus ada dekat aku. Mana mungkin aku bisa marah sama kamu. Apa lagi   kalau tengok muka kau itu.


Kirana: Aku ingat tadi kau marah betul.
Raka:   Kirana, sebelum kau masuk ke kamar ini pun, aku sudah maafkan kau.  Cuma  tadi aku memang pura-pura marah supaya aku boleh melihat muka kau   merayu-rayu. Lepas itu dapat chesse cake percuma lagi.





Kirana   mengajak Raka ke suatu tempat, di game center untuk merehatkan diri   sebab mereka jarang dapat bercuti. Dia sana mereka berdua   bersenang-senang dan rasa terhibur.
Lagu  sewaktu Kirana dan Raka berada di game center (apakah agaknya tajuk lagu ini?)
Lirik lagu:
Aku tak mengerti dengan perasaan
Yang ada dihatiku ini di saat ini
Aku tak mengerti apa semua ini persahabatan atau percintaan
Bagaimana.. bagaimana caranya menyakinkan dirimu bahwa yang ku rasakan
Adalah cinta yang tulus yang tak pernah ku rasa selama ini di hidupku...
Kembali ke babak sewaktu Opi menceritakan kepada Baim tentang gadis pujaannya.
Opi: Baim, bagaimana bagus cerita aku kan?
Baim: Memang bagus, malah kalah filem aksi.
Opi: Ya, tentulah. Baim, dah pukul berapa ni? Kirana masih tak sampai-sampai juga ya? Telefon saja.
Opi diberitahu Kirana dia tidak akan masuk kerja pada hari itu lagi  dan dia sedang bersama-sama dengan Raka di game center.
Opi: Baim, tadi Kirana suruh Opi ke kiosk jumpa Laras seorang diri. Akhirnya Opi boleh bertemu lagi dengan si jelita itu.
Baim: Terus, kapan dia balik ke sini lagi?
Opi:  Nampaknya Kirana tak akan balik ke kantor hari ini. Tadi dia asyik   sama Raka. Dia lagi di game center. Dia tak cakap banyak. Tak dengar.   Bising sangat. Aku tak dengar.
Baim minta diri untuk pulang sahaja  apabila dia tidak dapat berjumpa  dengan Kirana. Opi hairan dengan sikap  Baim pada mulanya dia minta Opi  beritahu Kirana bahawa dia pernah ke  pejabat ingin bertemu dengan Kirana  tetapi setelah itu Baim batalkan  rancangannya pula.
Sewaktu   Raka dan Kirana ingin beredar dari game center, Raka mendapat  panggilan  daripada papanya bahawa dia tidak sihat. Kata Raka papanya  minta tolong  untuk beli barang-barang keperluan rumah dan ubat  untuknya.
Opi  ke pasar untuk menemui Laras tetapi dia kecewa  kerana pada waktu itu  Laras tidak berada di gerai. Opi kemudian  ternampak Laras apabila dia  ingin pulang.



Opi ditimba kemalangan kerana tidak berhati-hati. Dia dibawa ke rumah sakit. Laras risau tentang keadaan Opi.
Raka  dan Kirana pergi ke supermarket sebelum ke rumah Imran. Sewaktu  mereka  sedang membeli barang keperluan Imran, Dian ternampak mereka di  situ  lalu dia menelefon Linda. Dian mengadu pada Linda bahawa dia  ternampak  Kirana dan Raka sedang berbelanja membeli barang. Tambah Dian  lagi:
Dian: Nampaknya Kirana macam menyuruh-nyuruh Raka gitu, bu.
Linda: Perempuan itu memang dah keterlaluan. Ia tak boleh dibiarkan. Dian, kamu awasi mereka.
Dian: Baik, bu.
Raka   minta Kirana menghantar ubat-ubatan kepada Imran sementara dia pergi   menjenguk Opi yang berada di Rumah Sakit Sejahtera akibat kemalangan.   Raka juga diberitahu kaki Opi cuma terseliuh sedikit sahaja. Benny juga   memberitahu Raka tentang urus niaga mereka dengan Pindo, mereka juga   perlu bincangkan hal itu. Benny mencadangkan kepada Raka untuk   berbincang dengan Opi di rumah sakit.



Kirana: Ibu Linda...
Linda:   Tak cukup lagi awak buat helah murahan pada anak saya sampai kamu   bersusah payah mempengaruhi papanya? Sebenarnya apa yang awak nak   buktikan? Awak mahu membuat saya malu? Awak nak tunjukkan yang awak   boleh merebut orang yang dekat dengan saya. Bahawa awak lebih hebat   daripada Linda Damayanti?
Kirana: Bu, saya sama sekali tidak bermaksud untuk...
Linda:   Tak payah nak cakap banyak. Saya tahu awak ni perempuan jenis apa. Apa   awak fikir apa yang awak lakukan terhadap anak saya? Awak hanya   mempergunakan dia. Setelah awak bersengang-senang dengan anak saya awak   akan membuang dia seperti barang yang tidak berguna. Macam betapa   cepatnya awak melupakan tunang awak yang meninggal. Awak memang   perempuan yang tidak mempunyai malu. Setelah Raka, siapa lagi? Lelaki   mana yang awak akan gunakan dan buang begitu saja?

Linda   menghina dan menuduh Kirana yang bukan-bukan hingga menyebabkan Kirana   meninggalkan tempat itu dengan hati yang sedih. Imran tanya pada  Kirana:
Imran: Kirana, kenapa? Kamu mahu ke mana?
Kirana: Saya harus buru-buru pergi, pak cik. Maaf saya pergi dulu.



Imran: Linda, mahu apa kamu masuk ke sini?
Pasti kamu yang telah membuat Kirana pergi dari sini, ya?
Linda: Kalau ya, kenapa? Perempuan itu tidak pantas berada di sini.
Imran:  Linda, kamu itu benar-benar keterlaluan. Kamu sedar tak yang kamu   lakukan tadi telah menghancurkan hidup anak kamu. Dengan tangan kamu   sendiri, Linda.
Linda: Kamu jangan bicara sebarangan. Saya melakukan  semua ini demi  Raka. Saya tahu apa yang terbaik buat dia. Perempuan  tidak tahu diri itu  hanya menyeksa hidup Raka.
Imran: Linda, kamu  melakukan kesalahan besar. Jika kamu berfikir  tindakan kamu boleh  kembalikan Raka di sisi kamu, sebaliknya dia akan  menjauhkan diri dari  sisi kamu. Dan sebelum kamu sadar, dia akan jauhkan  dirinya dari sisi  kamu untuk selama-lamanya, Linda.
Linda: Kamu tidak tahu apa yang kamu bicarakan. Raka tidak akan pernah meninggalkan saya. Tak mungkin.
Raka menelefon Kirana pada ketika Kirana sedang memandu dalam perjalanan pulang.
Raka: Bagaimana keadaan papa?
Kirana: Papa kamu baik-baik saja.
Raka   tanya bila Kirana akan tiba di rumah sakit untuk menjenguk Opi yang   sedang menunggu Kirana tetapi Kirana tidak dapat melawat Opi dan kata   dia letih. Kirana cuma akan pergi melawat Opi pada keesokan hari saja.   Kirana ingin terus pulang ke rumah sahaja. Sewaktu Opi di rumah sakit,   Laras menjaganya.
Opi   memanggil Raka dan dia pura-pura terjatuh. Laras cemas dan minta dia   perlahan-lahan saja bila berjalan. Menurut Opi dia cuma bergurau saja   dan dia mahu kenakan Raka dan Laras.
Raka kepada Opi: Kau tu buat aku terkejut saja. Aku tumbuk dengan handphone, nak?
Opi: Peace!

Aida   tanya pada Kirana keadaan papa Raka. Aida juga berkata pada Kirana   bahawa Raka telah menelefon ke rumah. Kata Kirana pada kedua orang   neneknya Pak Cik Imran sudah beransur pulih.
Sita: Raka juga cakap tentang Opi. Kasihan ya? Nanti kalau kamu mahu jenguk Opi, ajak nenek sama Nenek Aida, ya?
Kirana: Er.. nek aku ke kamar dulu ya, aku mahu istirehat.
Aida: Kamu mahu makan dulu?
Kirana: Tadi aku makan di rumah Pak Cik Imran.
Di kamar, Kirana masih imbas kembali kata-kata Linda padanya.
Linda:   Setelah kamu bersenang-senang dengan anak saya, kamu akan membuang dia   seperti barang yang tidak berguna. Bahkan kamu begitu melupakan  tunangan  kamu yang sudah meninggal. Kamu benar-benar perempuan yang  tidak punya  malu.
Kirana:   Tidak, aku tak pernah melupakan Galang dan aku tak akan melupakan   Galang. Tak ada orang yang boleh menggantikan Galang di hati aku.  (towards the shinystar)

Galang aku tak akan lupakan kamu.


Piyu hairan siapa yang telah datang menemuinya pada waktu selewat itu. Jam menunjukkan 11 malam.





Apabila   Piyu membuka pintu, dia terkejut melihat Kirana yang berdiri di sana.   Kenapa agaknya Kirana berjumpa dengan Piyu pada waktu malam-malam   begini? Ada sesuatu penting yang harus dia katakan pada Piyu? Semuanya   akan terjawab dalam Episode 28 yang akan disiarkan pada 20 September   2010 di Astro Ria.
Courtesy of Towards The ShinyStar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 27
Labels:
CINTA KIRANA





