SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 25


Episode   25 bermula dengan mengisahkan Opi yang tertarik dengan seorang gadis   yang dijumpainya di pasar. Siapakah agaknya gadis yang diminati Opi?


Piyu: Kenapa kau termenung? kena rasukke? Kalau kau nak buat hal jangan di tengah jalan. Buat orang susah tahu tak?
Kirana: Galang...
Piyu: Kau cakap dengan siapa? Aku? Aku Piyu bukan Galang. (Meninggikan suaranya)
Kirana berasa terkejut dan berasa kecewa apabila lelaki yang disangkanya adalah Galang mengatakan dia adalah Piyu.

Piyu   kemudian pergi dari situ bersama Fara. Kirana cuba mengejar kereta  yang  dipandu Piyu sambil memanggil nama "Galang" tetapi kereta itu  terus  berlalu meninggalkan Kirana.
Kirana memberitahu Opi bahawa  dia bertemu dengan Galang dan katanya  Galang masih hidup. Namun Opi  tidak mempercayai Kirana. Opi cuba  tenangkan Kirana dan memujuknya  tetapi tidak berjaya. Opi menelefon Raka  supaya menjemput Kirana yang  masih dalam kesedihan tetapi pada waktu  itu Raka sedang bermesyuarat  dan tidak mendengar panggilan telefon  daripada Opi. Opi akhirnya  membawa Kirana ke bengkel untuk menemui Baim.

Raka   mendapat beberapa miss call daripada Opi. Dia cuba menghubungi Opi   semula. Tetapi panggilannya tidak dijawab. Raka tanya pada dirinya   kenapa Opi menelefonnya. Dia tahu sekiranya tiada masalah Opi tidak akan   menelefonnya. Raka risau. Raka tanya pada Benny apakah dia tahu di  mana  Kirana. Kata Benny dia tidak melihat Kirana sejak pagi tadi lagi.  Raka  minta pertolongan Benny untuk mencari Kirana dan Opi kerana dia  keluar  bersama Kirana. Raka juga menghubungi Nenek Sita dan tanya  tentang  Kirana.
Sita: Dia nak beli bahan-bahan jamu. Dia pergi dengan Opi tadi.
Raka: Kirana atau Opi tak telefon ke rumah?
Raka memberitahu Sita bahawa Opi telah cuba menghubunginya tadi.

Raka  memberitahu Nenek Sita dia cuma cemas samada ada apa-apa yang  terjadi  pada Kirana tetapi Nenek Sita minta Raka usah khuatir dan  mengatakan  kemungkinan Opi menelefon Raka kerana hendak menanyakan  sesuatu saja.  (towards the shinystar)
Raka: Mudah-mudahan ya, nek.
Baim  terdiam dan  terdiam seketika  apabila Kirana berkata bahawa dia  ternampak Galang. Baim bingung terus  dan serba salah apa yang harus  dilakukannya dan dia mengajak Kirana  berjalan-jalan untuk menenangkan  Kirana. Pada mulanya Baim ingatkan  Kirana cuma berimaginasi  (berhalusinasi,) dan Kirana juga berfikiran  yang sama. Tetapi setelah  dia nampak Piyu pada kali keduanya dia pasti  apa yang dilihatnya adalah  benar. Orang itu memang Galang.

Raka: Opi, Kirana mana? Kenapa kau telefon aku tadi?
Opi: Tadi aku nak beritahu tentang Kirana, Raka.
Raka: Memangnya, Kirana tu kenapa?
Opi:   Tadi Kirana kata dia nampak orang yang wajahnya mirip Galang. Tapi Opi   tak percaya, Raka. Pasti dia salah lihat orang tu. Ataupun dia cuma   perbesarkan hal itu saja.
Raka: Kirana benar, Opi. Aku juga pernah nampak orang yang mirip Galang.
Opi: Apa?? Bererti Galang masih hidup?
Raka:   Dia bukan Galang. Namanya Piyu. Dia memang benar-benar mirip sama   Galang. Wajar saja kalau Kirana menyangka dia itu benar-benar Galang.   Opi, tolong kamu handle semuanya kerja Kirana hari ini. Aku harus keluar   dengan Pak Benny.
Opi: Ya, Raka, beres... siap.
Raka  dan Benny kemudiannya meninggalkan pejabat. Pada mulanya Raka tidak   tahu apa yang harus dilakukannya, dia bingung tetapi asistennya, Pak   Benny berpendapat bahawa Raka harus menceritakan semuanya pada Kirana.   Raka membuat keputusan untuk menceritakan pada Kirana bahawa dia juga  pernah ternampak orang yang mirip dengan Galang.
Raka: Saya harus gimana, Pak Benny? Apa saya harus menceritakan semua ini pada Kirana?
Benny,  Mas Raka, kalau awak sayang Kirana, Mas Raka harus jujur. Mas  Raka  tentu tak mahu kan, kalau dia dianggap gila kerana melihat bayangan   Galang? Ada kalanya kejujuran itu susah nak diucapkan, mas. Tapi itu   jauh lebih baik. Cuba Mas Raka bayangkan seandainya Kirana tahu Mas Raka   ketemu dengan orang itu dan Mas Raka diam saja. Pasti Kirana akan  marah  besar dengan Mas Raka.
Raka: Pak Benny benar. Saya memang harus cerita pada Kirana.
Raka   dan Opi pergi ke rumah Kirana. Raka tanya pada Nenek Sita samada  Kirana  berada di rumah. Nenek Sita memberitahu Raka dia berada di  kamarnya.

Raka: Kirana, Opi sudah ceritakan semuanya padaku.
Kirana: Jadi kau mahu apa? Mahu ketawakan aku? Atau kau mahu tambah jumlah orang yang bilang aku bohong kan?
Raka: Aku percaya pada kau, Kirana kerana aku juga pernah tengok orang yang sama.
Kirana: Kamu nampak Galang, Raka? (terkejut) Kenapa kau tak beritahu aku, Raka? Kenapa? Kenapa kau sembunyi semuanya dari aku?
Raka:  Kirana kamu tenang dulu. Aku tak bermaksud untuk sembunyi semua  ini  dari kamu. Pada awalnya aku juga kaget melihat orang itu. Kemudian  aku  sedar orang itu bukan Galang. Dia hanyalah seseorang yang mirip sama   Galang.
Kirana: Mirip dengan Galang??
Raka: Kalau kamu mahu, kita temui orang itu.



Tejo:   Jamu... Jamu Kirana ni.. kebetulan badan lenguh-lenguh stamina badan   meningkat. Harus minum jamu ini. Biar segar dan kuat seperti Gatot   Kaca.Hmm.. good.
Tejo lalu minum jamu tersebut.


Tejo: Ma.. mama
Surti: Eh.. papa. Kenapa awak? Sakit pinggang?
Tejo: Papa ni sedang bergaya.
Surti: Gaya apa itu? Heh.. jangan macam-macamlah ingat umur.
Tejo: Ma, biarpun umur sudah lebih kita kan punya cara buat... buat..

Tiba-tiba   perut Tejo terasa sakit.  Kata Tejo... buat aduh... dia tidak sempat   menghabiskan kata-katanya dan perutnya terasa pulas.
Surti: Buat aduh.. maksud kau apa?
Tejo: Kenapa perut saya memulas? Sebentar ma... papa mahu ke belakang dulu. Aduh.
Surti: Kenapa lagi si papa itu?
Surti tanya pada Tejo kenapa dia asyik pergi ke belakang. Adakah Tejo mahu buat pengesuaian kamar mandi?
Tejo:  Bukan ma... perut saya asyik memulas. Agaknya saya mesti buat  aduan  pada Kirana. Gara-gara minum jamu Kirana saya jadi begini.
Surti: Kan jamu Kirana sudah habis.
Tejo: Apa? Dah habis? Jadi yang papa minum di dalam botol itu apa?
Surti  menjelaskan pada Tejo bahawa yang diminum Tejo adalah sebenarnya  ubat  pencuci perut Surti. Surti faham kenapa Tejo asyik mundar-mundir ke   belakang. Tejo tanya Surti kenapa tidak cakap dari tadi menyebabkan dia   tersilap minum. Ingatkan jamu dari Kirana.

Opi memberitahu Nenek Aida bahawa dia telah menemui gadis idamannya.
Opi:   Ceritanya pagi tadi. Saya ke pasar dan bertemu dengan gadis itu. Dia   cantik sangat. Macam bidadari. Suaranya lembut. Anggun. Opi bingung nak   menjelaskannya lagi, nek. Tak boleh luahkan dengan kata-kata.
Nenek Aida: Opi, nenek gembira tengok kau bersemangat mengejar gadis impian kau. Kau teruskan usaha, ya?
Opi:  Itu dah pastilah nek. Opi akan buat semua cara untuk dapatkan gadis   itu. Kalau perlu, nek saya akan ke pasar setiap hari. Siapa tahu nanti   Opi akan bertemu dengan gadis itu. Walaupun Opi tak tahu siapa namanya.
Nenek Aida: Opi... Opi kamu ni bersemangat betul. Kau hebat. Nenek suka sangat tengok kau macam ini.
Opi  minta kebenaran daripada Nenek Aida untuk tidur di rumahnya sebab  dia  malas nak pulang ke rumah, di rumahnya sendiri dia akan berjumpa  dengan  mommynya. Kata Opi akan pening apabila mendengar suara mommynya. Nenek  Aida memberi kebenaran Opi untuk bermalam saja di rumahnya.
Jono: Piyu, aku boleh minta tolong tak? Kau kenal Pak Rasyid teman Pak Ade Handoko kan?
Piyu: Kalau tak salah, yang ada kebun di Sukabumi, kan?
Jono:  Ya, betul. Dia minta baiki generator dia. Cuma masalahnya saya ada   banyak kerja di sini. Saya mesti siapkan kereta Amat. Jadi aku nak   minta kau gantikan aku di sana. Kalau kerja aku dah siap akan akan terus   ke sana.
Piyu: Jono.. Jono jangan kan generator, pesawat pun aku boleh baiki.
Jono  minta Piyu pergi ke sana pada hari itu juga kerana kerja pembaikian   generator tersebut memerlukan selama tujuh hari lamanya. Jono berjanji   pada Piyu dia akan terus ke sana juga setelah kerjanya siap nanti. Jono   mencadangkan Fara mengikut Piyu ke sana.
Setelah Piyu dan Fara  bersiap sedia untuk pergi ke Sukabumi, Jono  berkata pada dirinya bahawa  tiada sesiapapun yang boleh tahu siapa Piyu  sebenarnya.

(Jono melihat Raka dan Kirana secara diam-diam)
Raka  dan Kirana sampai di bengkel tetapi dia diberitahu oleh salah  seorang  daripada mekanik di sana  bahawa Piyu sudah pergi sejak pagi  tadi.

Courtesy of TOWARDS THE SHINY STAR
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 25
Labels:
CINTA KIRANA





