RSS

LEGENDA "SUMPAH BUNIAN" - SINOPSIS & VIDEO KLIP



Sinopsis Drama Lagenda Sumpah Bunian Episode 16



Azeera: Kak Hawa, tolong Azira basuh baju-baju ini semua sebab Azeera tak sempat nak hantar ke dobi. Yalah daripada duduk kat rumah ni melepak baik kak Hawa buat kerja-kerja macam ni. Bolehkan kak Hawa?



Siti Hawa: Tak apa.
Azeera: Terima kasih Kak Hawa.

Selepas itu Hawa seterika baju-baju yang telah dibersihkan dan membuat kerja rumah seperti biasa. Neneknya kasihan melihat Hawa tapi apakan daya, dia tidak dapat buat apa-apa. Ibu Siti Hawa tanya khabar tentang anaknya dan nenek Siti Hawa kata dia berada dalam keadaan baik dan kehidupannya pun bahagia di sana. Dia minta anaknya, Siti Mariam risaukannya. Siti Mariam tanya kenapa dia tidak dibenarkan oleh Abdul Malik untuk berjumpa dengan Siti Hawa. Ibunya minta anaknya terus bersabar. Kemas kini daripada shinystar akan disambungkan tidak lama lagi.

Ibu Abdul Malik memberitahu anaknya bahawa cucunya sedang menderita dan dia dapat rasakan akan ada ancaman yang akan datang dalam hidupnya. Katanya Siti Hawa telah melakukan pengorbanan yang besar untuk Adam tetapi dia tidak menyedari bahawa pengorbanannya ini akan membawa bencana dalam hidupnya. Abdul Malik memberitahu ibunya dia telah ingatkan hal ini kepada anak mereka tetapi adakah dia mendengar nasihatnya? Tidak. Bagi Siti Hawa hidupnya terlalu mudah dan sekiranya dia tidak boleh mendapat kebolehan dan keistimewaan itu hidupnya menjadi sukar. Sebab itulah ibu Abdul Malik minta anaknya pulangkan kebolehan dan kelebihan Siti Hawa. Dan dia tidak boleh memberitahu penderitaan Siti Hawa. Abdul Malik kata dia tidak dapat melakukannya. Dia minta maaf kepada ibunya.



Azeera: Sayang, kenapa ni, rugi tau kalau tak makan. Mahal semua ni. Tak sedapke.
Adam: I dah janji nak makan tengahari dengan Hawa. Mungkin Hawa tengah tunggu di rumah.
Azeera: Sayang, you tak jemuke hari-hari makan makan masakannya. Sedap sangatke? Tak salahkan kalau sekali-sekala kita makan dekat luar. Tekak I kan dah kembang makan masakannya hari-hari. Bukan sedap sangatpun.
Adam: You jangan nak hina dia ya! Selama tiga bulan dia yang sediakan makan minum you tau. You tak berterima kasih ke? Lagi you nak hina masakannya.
Azeera: Sayang, janganlah marah-marah. Okey. I minta maaf. Tak pe sekejap lagi I akan telefon Hawa dan I akan cakap dengan Hawa kita berdua dah makan. Okeyke? Makan sayang.

Siti Hawa terus menunggu kepulangan suaminya dengan sabar. Akhirnya dia simpan makanan tersebut setelah menunggu sekian lama Adam masih belum pulang.

Azeera mengetuk pintu bilik:
Adam: Apa lagi yang dia nak ni. Hawa: Abang... ya adik.. Azeera: Minta maaf ya bang. Kak Hawa ada tak cuci baju adik Azeera.

Hawa memberitahu Azeera baju dia telah digosok dan masih berada di bilik. Adam tanya Azeera kenapa dia tidak gosok bajunya sendiri. Adam tegur Azira kerana ambil kesempatan orang. Azeera kata Hawa saja yang hendak sangat tolong sedangkan dia tidak panggil Hawa buat itu semua. Hawa mendapat tahu salah satu baju Azeera sudah rosak akibat kecuaiannya meletak seterika semalam. dan lupa kerana nak cepat sangat. Azira berasa marah dan mengadu kepada suaminya. Adam kata semua itu adalah salah Azeera sendiri. Azeera kata dia tolong suaminya di ofis dan Hawa pula senang lenang di rumah. Adam minta Azeera jaga mulutnya tetapi kata Azeera teruskan lagi mengatakan walaupun perkahwinan mereka adalah sah tetapi Adam telah anggapnya tak ubah seperti perempuan simpanan. Adam tampar isterinya kerana dia terlanjur kata.

Hawa cuba nak tengok keadaan Azeera tetapi Azeera mintanya jangan cuba nak berpura-pura baik dengannya. Adam marahkan Azeera yang telah bersikap melampau. Selepas itu Hawa minta Adam pergi tengokkan Azeera. Katanya kasihankan Azeera. Adam cuba memujuk Azeera dan minta maaf kepadanya dan dia nak ke ofis. Azeera masih merajuk dan tiba-tiba Azeera pengsan.

Doktor yang memeriksa Azeera kata Azeera telah hamil dua bulan. Doktor menasihatkan Adam agar Azeera harus berhati-hati dan banyakkan berehat. Fikiran juga harus tenang. Adam gembira dapat tahu Azeera telah mengandung. Kata Azeera Adam tidak boleh buat Azeera seperti itu lagi memandangkan dia telah mengandung. Setelah Adam beredar dari bilik tidur mereka, Azira bercakap sendirian dan kata selepas ini pasti Adam akan lebih sayangkannya dibandingkan dengan Hawa yang tak mengandung-mengandung itu. Dia ingin pura-pura sakit agar diberi lebih perhatian. Mertua dan ibu Azeera menziarahi Azeera yang sedang mengandung. Ibu mertuanya tanya apa yang hendak Azeera makan tetapi menurut Azeera dia cuma mahukan Adam lebih sayangkannya. Adam minta maaf kepada Hawa kerana sejak kebelakangan ini dia lebih menemani Azeera tetapi menurut Hawa kata dia faham dan apabila Adam bahagia dia akan lebih bahagia juga.

Azeera tidak suka suaminya berada di bilik Hawa dan dia pura-pura muntah dan rasa tidak sedap badan. Azeera minta Adam jangan pergi ke ofis dan temankannya tetapi Adam kata dia akan pulang dengan lebih awal untuk menemaninya.

Hawa masakkan bubur untuk Azeera tetapi Azeera tidak mahu dan dia minta Hawa masakkan bubur ayam untuk dia walau dengan apa cara sekalipun. Hawa minta bantuan Pak Karim untuk masakkan bubur untuknya. Hawa amat berterima kasih atas budi baik Pak Karim yang sudi menolongnya.

Setelah makan bubur ayam itu dia kata kepada Hawa tak baik tau masak kawan sendiri. Kata Azeera lagi bubur itu memang sedap dan mintanya masak lagi bubur ayam untuknya. Apabila Adam ingin jengukkan Hawa dan menemaninya, Azeera cemburu dan ingatkan suaminya, dengan mengatakan bahawa Adam dah lupakah dia sedang mengandung. Azeera ugut Adam minta dia jangan sampai buat Azeera mengambil keputusan untuk gugurkan kandungannya.

9 bulan kemudian, Azeera selamat melahirkan anak.Hawa melihat bayi Azeera dari jauh.

Adam: Hawa, marilah tengok baby.
Hawa: Tak apalah. Lagipun Hawa banyak kerja dekat bawah.
Adam: Masuk. Marilah Hawa. Cuba Hawa tengok. Muka baby macam abang ke macam Azeera.
Hawa: Comel, macam mama dia.


Azeera: Dah... dah jangan sentuh anak aku. Kalau ingin sangat nak sentuh, nak dukung beranak lah sendiri. Tak payahlah dukung-dukung anak orang.
Adam: Zira, apa salahnya Hawa nak dukung baby?
Azeera: Abang.... comel tak anak kita?

Adam tidak menjawab pertanyaan Azeera tetapi dia terus keluar dari bilik mereka dan minta maaf kepada Hawa. Adam minta Hawa jangan ambil hati tetapi Hawa minta Adam usah risau kerana dia tak kisahpun tentang hal itu lagipun Azira sayangkan anaknya dan Azeera bimbangkan anak dia. Hawa faham kerana kata Hawa semua ibu macam itu.

Hawa: Abang risau sangat....

Kisah Drama Lagenda Sumpah Bunian akan bersambung pada 28 Oktober 2009 dalam Episode 17 pada waktu yang sama.. sekian, kemas kini daripada shinystar untuk semua.. semoga terhibur..


Sinopsis Drama Lagenda Sumpah Bunian Episode 17:















Azeera memberitahu ibunya, dulu Hawa guna-gunakan Adam, lepas tu keluarga Adam dan kini baby pula. Ibunya tanya guna-guna apa pula? Kata ibunya baby Azeera masih kecil jadi selesa sekiranya didukung.

Azeera: Mama, agaknya mama pun terkena guna-guna si Hawa. Apa yang dia buat semuanya betul. Zeera buat semuanya salah. Sekarang ni mama nak menyebelahi siapa. Anak mamake musuh anak mama?
Kasmah: Mama tak ada nak sebelahkan siapa-siapa. Tapi secara logik lah kan. Budak kecil memang suka didukung.
Azeera: Okey sekarang ni mama fikir pula secara logik. Masa mama pegang baby, baby nangis. Adam pegang baby, baby nangis. Zeera pegang baby, baby nangis kenapa pulak bila Hawa pegang baby, baby senyap. Itu jampilah kat baby tu.
Kasmah: Jampi apa pulak. Tak de jampi jampi. Memang baby suka di dukung. Nak buat macam mana?
Azeera: Zeera tak boleh lah mama. Kenapa baby tak selesa dengan mak dia sendiri. Kenapa dia boleh selesa dengan Hawa tu?

Kasmah, mamanya tidak membenarkan Azeera cakap sebegitu. Kata mamanya, dia malas nak layan Zeera lalu dia meninggalkan Zeera sendirian di biliknya.

Hawa tanya Azeera adakah Kabil sudah tidur tetapi Azeera minta Hawa jangan sibuk-sibuk tanya hal tentang anaknya. Azeera pula kemudiannya tanya Hawa kenapa dia berpakaian cantik. Ke mana Hawa nak pergi tetapi Hawa kata dia tidak pergi ke mana-mana. Cuma abang Adam nak balik. Adam beritahu Hawa dia pulang awal kerana Fikir tak sabar nak melihat Kabil.

Adam minta Hawa borak dulu dengan Fikri sementara dia bawa Kabil turun ke bawah. Fikri tanya khabar Hawa. Hawa kata dia sihat saja.

Adam beritahu Fikri bahawa Kabil memang manja dengan Hawa.

Kasmah: Pakai stokin ni nanti masuk angin. Pakai ini sekali. Ini moden moden jugak tapi rawatan tradisional ni janganlah ditinggalkan. Ini busuk-busuk manapun banyak tau khasiatnya. Azeera: Mama ni kan suka paksa-paksa Zeera. Mama ingat ini zaman apa. Nenek kebayan. Nak pakai benda-benda ini, makan apa.. kayulah daunlah ...ini busuklah mama. Kasmah: Degil.. tak tahu khasiatnya jangan nak banyak cakap.

Azeera minta Hawa letakkan anaknya semula dan jangan sentuh anaknya. Azeera beri amaran kepada Hawa dan kata dia tak suka dia pakai cantik-cantik di depan Adam. Katanya lagi selepas itu dia tidak mahu Hawa make up langsung dan pakai cantik-cantik.

Azeera: Kau dengar sini. Kau jangan basuh selagi aku cakap.. jangan basuh. Kau dengar tak? Aku bukan apa... sebenarnya abang Adam tu teringin sangat tengok kau pakai macam ni. Macam apa yang aku pakai. Hah... dia teringin nak tengok kau mengandung... bersalin lepas tu berpantang,, tapi sayang... mandul!!
Azeera: Faham tak! jangan basuh ya! ( Selepas itu Hawa meninggalkan bilik dan Azeera berkata sendirian "Sedihnya".

Hawa sedih kerana Azeera tetap bencikannya sedang dah macam-macam dah Hawa lakukan tetapi Azeera tetap nak sakitkan hatinya dan Hawa sedikitpun tidak berdendam dengannya kerana Hawa sayangkan Azeera macam adiknya sendiri. Kata Hawa kepada Mutiara, nasib baik Mutiara sayangkannya.

Abdul Malik dan Siti Mariam sedih melihat nasib anak mereka. Ibu bapa Adam melawat cucu mereka. Hawa membuka pintu dan ibu Adam tanya kenapa dengan muka Hawa. Kata Hawa mukanya begitu kerana kemaskan dapur. Ayah Adam tegur anaknya agar tidak berlaku adil dan dia tidak suka melihat apa yang berlaku dalam rumah itu.

Ibu Adam: Bang, abang tau tak apa Zeera cakap? Dia kata dia tak sengaja buat Hawa macam tu.
Saya malas nak cakap banyak-banyak tentang dia. Takut dia merajuk pulak nanti. Adam... mama tak suruh kau seksa Hawa tau walaupun dia tak dapat melahirkan anak untuk kau. Mama suruh Adam kahwin dengan Zeera supaya dapat lahirkan anak untuk kau bukan seksa Hawa. Faham tak, Adam? Bang.. jom lah kita balik. Biar Adam selesaikan masalah rumah tangga dia. Jom kita balik.. bang.

Hawa: Bang, abang kenapa ni? Bang jangan risaukan Hawalah bang.
Adam: Abang minta maaf sayang.. kenapa Hawa tak beritahu apa yang Azeera dah buat pada Hawa?
Hawa: Ala.. abang. Perkara kecik aje. Gaduh adik-beradik. Tak kan itupun Hawa nak mengadu.
Adam: Abang kenal sangat Azeera tu. Kalau dia gaduh dengan Hawa dia bukan gaduh sikit-sikit. Dia pukul Hawakan?
Hawa: Tak...
Adam: Dia masih anggap Hawa macam orang gaji dia?
Hawa: Tak.. bang.. semua kerja tu Hawa yang nak buat sendiri. Lagipun mak cik Kasmah tu baik tau bang. Dia banyak tolong Hawa terutama yang berkaitan dengan Azeera dan Kabil.
Adam: Hawa dah pandai berbohong dengan abang.
Hawa: marahkan Hawa. Abang.. abang janganlah risaukan Hawa bang. Kalau Hawa sedih, itu bukan kerana ZeeraKalau Hawa menangis, itu bukan kerana Zeera memarahi Hawa. Kalau Hawa gelisah, itu bukan kerana Zeera cemburukan Hawa. Itu semua tanda kesyukuran Hawa kepada Allah, bang.. kerana mengizinkan Hawa bersama abang. Kerana memberi Hawa untuk menyintai abang sepenuh hati Hawa.
Hawa: Abang.. cinta abangkan.. menghilangkan semua sengsara menghilangkan semua derita Hawa.. abang.

Azeera: Abang.. kan Zeera dah minta maaf, Zeera tak sengaja, tau tak, tak sengaja. Takkan itupun abang tak faham.
Adam: Ya, masalahnya papa dengan mama yang you selalu kenakan Hawa.
Azeera: Ya, Zeera dah tahu dah. Mama dah membebel kat Zeera. Tak tahan telinga nak dengar. Zeera tak fahamlah kenapa dalam rumah ini semuanya nak melebihkan dia. Zeera ingat bila Zeera dah lahirkan anak, abang akan lebih sayangkan Zeera. Abang akan ceraikan Hawa. Ini tak.
Ini nak lebih-lebihkan dia. Nak sayangkan dia. Kadang-kadang Zeera rasa diri Zeera ni macam seolah perempuan upah yang beranakan anak untuk abang lepas tu abang dengan keluarga abang sama-sama pakat gunakan Zeera untuk dapatkan zuriat. Betulkan abang. Betulke apa yang Zeera fikir ni? Hah?
Adam: Zeera...
Zeera: Bang, selama ni Zeera sangka yang abang betul-betul cintakan Zeera. Seikhlas hati abang.
Tapi tak sangka kan... abang cuma pergunakan Zeera.
Adam: Zeera.. awak salah Zeera... abang berterima kasih dengan you sebab lahirkan zuriat untuk abang. Dengan kelahiran Kabil ini, abang lebih menghargai, lebih mencintai, lebih menyayangi awak.
Azeera: Itu cuma kata abang. Tapi dalam hati abang.. Hawa... Hawa... Hawa.. Baik, kalau abang betul-betul cintakan Zeera, abang ceraikan Hawa. Buat apa lagi abang nak simpankan dia. Semuanya Zeera boleh bagi dekat abang.

Mendengar kata-kata Azeera itu, Adam rasa geram dan keluar dari bilik itu meninggalkan Azeera..

Kasmah: Zeera, apa hal tu? Azeera: Entahlah dia tu. Bukan minta apa. Orang cuma minta ceraikan Hawa itu aje. Itu pun nak marah.
Kasmah turut rasa geram mendengar kata-kata Azeera.

Tidak lama selepas itu, Azeera mengandung lagi.
Kasmah: Kabil baru nak masuk tiga bulan. Dah dapat adik.

Beberapa tahun kemudian.

Adam dan Hawa membawa Kabil dan Qistina berjalan-jalan di hutan, mandi air sungai dan tengok burung. Adam tanya adakah tempat itu di mana Hawa berasal tetapi Hawa tidak ingat lagi dan cuma mengingati mereka saja.

Hawa sedang menggoreng ikan di dapur dan dia tidak dengar Azeera minta dia pesan Mualib ambil Kabil dan Qistina. Azeera geram apabila Hawa tidak dengar apa yang dipesannya. Oleh itu dia pun pergi ke dapur. Sewaktu Hawa menyediakan minuman untuk Azeera, Azeera terfikir sesuatu dan berniat jahat.

Azeera: Kau tak dengar ke aku panggil kau?
Hawa: Tak dengarlah dik. Adik nak apa nak makan? nak minum?
Azeera: Hmm.. Nak minum.
Hawa: Kak sediakan ya!
Azeera: Hmm..

Azeera sengaja jatuhkan balang kaca ke lantai. Sewaktu Hawa ingin kemaskannya tiba-tiba Azeera ambil kuali yang mengandungi minyak panas dan dari dapur gas dan tuangkan ke arah Hawa. Minyak yang panas itu terkena muka Hawa dan Hawa jerit kesakitan dan Hawa tidak sedarkan diri lagi. Azeera cepat-cepat beredar dari situ. Adam menelefon Azeera memberitahunya tentang Hawa.



Azeera: Hi, sayang.. Zeera baru saja habis meeting dengan.. dan mereka telahpun...
Adam: Azeera, you dengar sini. Mama baru call I tadi. Hawa kena minyak panas. I nak pergi hospital sekarang.
Azeera: Ya... okey abang. Apa???? Hawa kena minyak panas? Macam mana boleh jadi macam tu? Kesiannya dia. Bye. (Setelah Azeera matikan panggilan itu, dia tergelak sendirian kegembiraan. katanya.. kesiannya kena minyak panas.... Puas hati aku...dah dah dah kita pergi tengok orang sakit ye! Hmm... kesian kat dia...)

Di hospital:

Azeera: Abang Adam.. macam mana kak Hawa.. sayang?
Adam: Tak tau lagi keputusannya.
Azeera: oh, takpe lah bang. Abang bawa bertenang ye! Abang duduklah dulu. Abang jangan lah sedih. Kalau abang sedih... Zeera lagi sedih. (Azeera pura-pura menangis kesedihan memikirkan tentang Hawa)

(sinopsis di ambil dari petikan Episode 18 dan diedit oleh shinystar sewaktu menonton Drama Lagenda Sumpah Bunian pada 29 Oktober 2009)

Doktor: Awak berdua sudah bersedia ya! Adam: Ya. Doktor: Sekarang saya akan bukakan balutannya.

Doktor: Adam, awak betul-betul sudah bersedia ya?
Adam: Saya dah bersedia doktor.

Hawa terasa kesakitan di mukanya sewaktu doktor buat "dressing" ke muka Hawa.

Adam memberi layanan penuh kasih sayang kepada Hawa di hospital

Azeera berkata sendirian: Aku ingatkan satu badan terbakar. Tapi separuh muka saja? Hei... takpe lah separuh muka pun dah memadai. Janji muka aku lebih cantik dari muka dia. Dan lepas ni nampak gayanya Adam akan memandang aje wajah aku yang cantik ini. Ha..ha..ha.. Agak-agaknya dia tahu kot ini semua gara-gara aku. Tapi tak apa lah dia tahu pun tak apa. Tak kisahpun.

Azeera: La.. laa.. la..

Ibu Adam: Apalah malang si Hawa ni bang.. Dah lah sebatang kara. Musibah pula menimpa. Macam manalah Hawa nak menghadapi ini semua bang?

Ayah Adam: Dahlah tak payah nak fikirkan lagi. Benda dah berlaku. Dah takdir. Nak buat macam mana. Kita kan ada. Adam pun ada. Kita semua boleh jaga dia.
Ibu Adam: Macam mana minyak boleh tumpah atas kepala dia? Ini yang saya hairan. Kalau tak ada siapa yang curahkan atas kepala dia benda ini tak kan berlaku lah bang. Saya pelik lah bang.

Kasmah: Eh.. eh... kau tuduh aku ya? Untuk pengetahuan kau.. aku tak ada kat rumah tau. Aku baru pergi kedai, aku balik aku tengok dekat dapur, Hawa dah pengsan. Jangan main tuduh-tuduhlah.
Ibu Adam: Bang....
Ayah Adam: Dah lah sudah lah tu... Tak payahlah kita nak gaduh pasal benda ini pula.

Sekian kemas kini shinystar - sambungan Drama Lagenda Sumpah Bunian Episode 17...


Sinopsis Drama Lagenda Sumpah Bunian Episode 18













Adam: Kabil, Qistina Mama Hawa dah balik. Salam dengan mama Hawa.
Hawa: Mama Hawa rindu dengan Kabil dan Qistina.
Kabil & Qistina: Ahh... hantu...hantu.. Mama Hawa hantu.. nenek nenek tolong...
Ayah Adam: Kenapa ni... itukan Mama Hawa..
Ibu Adam: Abang.. bawa budak-budak tu keluar mereka belum biasa tengok Hawa macam ini.
Ayah Adam: Mari ikut atuk..

Ibu mertua Hawa minta Hawa jangan ambil hati tentang Kabil dan Qistina. Hawa kata dia faham. Ibu mertuanya ingin melihat wajah Hawa tetapi Hawa khuatir dia akan terkejut tetapi kata ibu mertuanya tak apa Hawa tetap cantik dan dia tetap menantunya.

Kasmah ingin tahu rupa Hawa tetapi ibu Adam kata rupanya biasa saja dan tak ada apa-apa. Azeera pengsan melihat Hawa.

Siti Mariam sedih mengenang nasib anaknya. Adik Hawa minta ibunya terus bersabar. Nenek Hawa juga menasihati Siti Mariam bersabar banyak-banyak. Kata neneknya lagi sekurang-kurangnya Siti Hawa masih diberi kesempatan untuk kehidupan seterusnya. Siti Mariam kata apalah gunanya hidup kalau dalam kesengsaraan dan kenapa Siti Hawa mendapat hukuman sebegini.

Di rumah Adam:

Adam: Maafkan abang sayang.. Abang dah banyak menyusahkan hidup sayang. Maafkan abang. Hawa: Abang.. jangan cakap macam tu bang.. Selagi Hawa masih lagi bersama abang, Hawa tak pernah menyesal bang.

Siti Hawa kata selagi dia masih boleh bersama Adam dia tidak akan menyesal. Adam janji akan pulihkan rupa Hawa seperti sediakala.



Siti Mariam minta Abdul Malik kesiankan anak mereka. Siti Mariam minta Abdul Malik selamatkan Siti Hawa. Tapi menurut Abdul Malik Siti Hawa bukan lagi Siti Hawa yang dulu dan bukan sebahagian daripada mereka lagi. Adik Siti Hawa minta neneknya tolong kakaknya dan sembuhkan kakaknya ke wajah asal.

Di rumah setelah Azeera sedar, dia kata Hawa adalah hantu. Kasmah minta Azeera jangan merepek dan Hawa bukan hantu. Azeera pura-pura tanya maknya adakah Hawa sudah cacat. Kasmah menjelaskan kepada Azeera bahawa ya, sebab minyak panas tumpah ke mukanya. Masa dia nak kutip balang yang jatuh tu, Hawa tak sedar yang di atas kepala dia ada kuali yang ada minyak panas dalam tu. Hawa pun bangun dan minyak itu habis tumpah di mukanya. Azeera pura-pura baru tahu tentang bagaimana Hawa boleh jadi begitu. Kasmah tanya Azeera adakah muka Hawa teruk sangat ke? Azeera kata memang teruk sangat muka Hawa dan sekiranya mamanya tengok muka Hawa tengok mukanya mesti mamanya pengsan. Azeera terus tanya bagaimana minyak panas itu boleh tumpah di mukanya dan mesti Hawa tak berhati-hati.

Apabila ditanya Adam bagaimana boleh berlaku kejadian itu, Hawa kata tiada siapa-siapa berada di rumah pada masa itu dan kesilapannya sebab tak nampak minyak panas itu. Adam kata dia tidak mahu paksa Hawa tapi dia minta Hawa siapa yang buat semua itu. Tetapi Hawa tetap kata tiada siapa yang buat. Dia yang cuai kerana tak perasan di situ ada kuali yang mengandungi minyak panas.

Adam beritahu Fikri bahawa Hawa bukan seperti rupa Hawa yang dulu lagi. Fikri kata dia cuma boleh berdoa saja. Kata Fikri macam mana rupa Hawa sekalipun tetapi hatinya tetap sama. Adam kata dia tahu Hawa kecewa dan sedih tapi dia tak pernah tunjuk perasaannya yang sebenar. Adam kata dia rasa bersalah sangat dan dia telah aniaya Hawa.

Fikri: Macam mana perbincangan kau dengan doktor pakar? Ada harapan?
Adam: Buat masa sekarang ni tak ada jaminan dari mana-mana pakar. Semuanya nak tunggu perkembangan kulit tisu Hawa tapi aku harap Hawa akan pulih macam biasa.
Fikri: Kalau susah sangat, kau pergilah cari pakar kat overseas sana tu.

Adam menunjukkan Fikri gambar wajah Hawa sekarang. Suara hati Fikri kata kenapa Hawa terpaksa melalui semua ini. Fikri turut sedih mengenangkan nasib Hawa.

Fikri: Adam, kalau macam inilah rupa Hawa, baik kau cepat cari rawatan.

Azeera minta Hawa duduk di biliknya saja sebab Hawa selalu buat dia terkejut. Azeera kata nanti orang dalam rumah itu semuanya terkejut tengok muka Hawa dan minta Hawa jangan tengok mukanya dengan cara begitu. Atau Hawa dah sedar Azeera lebih cantik daripadanya. Azeera kata nak buat macam mana dan minta Hawa terima sajalah hakikat yang muka Hawa tu menakutkan macam hantu. Lepas itu dia arah Hawa masuk ke biliknya. Hawa tetap bersabar. Kasmah naik ke tingkat atas dan Azeera minta dia jangan naik sebab kalau mamanya tengok muka Hawa pasti dia akan pengsan. Azeera juga pesan mamanya jangan bagi Qistina dan Kabil tengok muka Hawa sebab nanti budak budak itu akan trauma.



Kasmah: Kenapa ni? Dia kan ada dalam bilik lagipun mama tak bagi budak-budak tu dekat dengan dia. (Kemudian, Azeera bisik sesuatu di telinga Kasmah)

Hawa tanya Adam dia tak takut tengok mukanya ke sebab semua orang dalam rumah takut tengok mukanya. Adam minta Hawa sabar sebab dia sedang usahakan untuk pulihkan mukanya dan dia yakin Hawa akan pulih. Hawa kata mustahil sebab mukanya tidak akan pulih macam dulu lagi. Adam kata mereka berusaha dan berdoa dan dengan itu semoga Hawa akan pulih. Hawa kata semua itu adalah balasan daripada kedegilannya. Hawa kata ayahnya pernah berpesan padanya tapi dia... Adam kata itu semua adalah pengorbanan Hawa terhadap cinta mereka dan kata wajah Hawa tetap cantik malah lebih cantik dari dulu. Kecantikan Hawa bukan dari wajah tapi kecantikan Hawa nampak terus dari dalam hati dan dia seorang saja yang nampak kecantikan itu.

Kasmah pesan kepada pembantu rumah mereka yang baru iaitu Adam dan Hawa tak makan daging. Tak makan benda-benda yang hidup tapi yang lain semuanya mereka makan. Kabil dan Qistina biar Kasmah sendiri yang uruskan saja. Yanti cuma buat kerja rumah saja termasuk bilik-bilik semua. Kalau Yanti tak tahu apa-apa nanti dia minta Yanti tanya dia.

Hawa ke dapur hendak masak tetapi Kasmah kata Azeera dah ada orang gaji baru. Nanti dia akan buat semua kerja rumah dan Kasmah minta Hawa duduk dalam biliknya saja. Bila Yanti dah habis masak nanti dia akan hantar ke bilik Hawa. Kasmah minta Hawa pergi balik ke biliknya sebab nanti Qistina dan Kabil akan pulang dan mereka akan takut tengok Hawa. Sewaktu Hawa ingin naik ke tingkat atas, Kabil dan Qistina pulang dan mereka tak berani nak lihat Hawa. Hawa sedih tengok mereka begitu. Hawa menangis melihat mukanya di cermin dan berlinangan air mata. Neneknya tidak dapat berbuat apa-apa.

Kabil dan Qistina jerit melihat Hawa. Azeera dan Adam terus ke tingkat atas melihat apa yang telah berlaku. Azeera tanya adakah dia telah menakutkan anak-anaknya.

Adam: (Dengan nada yang tinggi)Hawa dah berapa kali abang pesan kalau Kabil dan Qistina ada kat rumah jangan keluar bilik. Susah sangatke nak faham. Kenapa degil sangat ni. Hawa sedar tak budak-budak tu takut tengok muka Hawa. Dah masuk bilik.. Errh...
Azeera: Padan muka engkau. Aku dah agak dah. Suatu hari nanti abang Adam mesti akan benci kau.
Azeera: Kabil, Qistina... takut dengan Mama Hawa ya... takut tak apa.. nanti mama akan suruh papa hantar Mama Hawa pergi ke tempat dia ya..

Qistina: Dekat mana?
Azeera: Dekat kubur.
Qistina: Hah?
Kasmah: Azeera.. kau cakap apa ni..? Cakap apa depan budak-budak ni?
Azeera: Mama.. nak pergi mana lagi kalau ke mana saja dia pergi semua orang tak suka. Jadi pergi kuburlah jawabnya.
Kasmah: Eh... engkau rosakkan fikiran dia orang kau tahu tak?
Azeera: Anak saya takutlah mama.

(Azeera memeluk kedua orang anaknya dan minta mereka jangan takut kerana dia ada bersama mereka)

Hawa: Nenek, Fatimah... Hawa minta maaf. Sekarang Hawa tahu kenapa walid halang Hawa datang ke sini. Hawa tak kan menyesal. Cinta Adam memberi kekuatan kepada Hawa. Maafkan Hawa umi. Hawa anak yang tak mendengar kata. Nenek, Hawa rindukan nenek.

Kasmah terdengar perbualan Hawa dan dia segera pergi memberitahu Azeera bahawa dia rasa Hawa dah tak betul sebab dia cakap seorang diri.

Azeera: Mama, si Hawa tu memang gila. Dulu dia pernah hilang ingatan tau. Rasa-rasanya kan otak dia lagi teruk rosak.
Kasmah: Mama bukan apa. mama risau. Kalau kita biarkan dia hah.. nanti semakin lama semakin teruk. Bahaya untuk anak-anak Zeera.
Azeera: Tak apa, tak apa.. Zeera tahu apa yang patut Zeera buat.

Azeera: Hello 911, tolong hantarkan ambulan ke rumah saya sebab di sini ada orang gila lah. Alamatnya....

Azeera: Abang... abang tahu tak. Hawa.. dia ahh...
Adam: Kenapa apa yang dia dah buat?
Azeera: Dia nak terjun ke veranda bang.. Dia tu memang dah gilalah bang. Dia cakap apa. Dia nak mati dia tak nak hidup lagi. Takut.
Fikri: Adam, bkau sabar Adam. Aku rasa Hawa cuma tension saja.
Adam: Tak mungkin. Tak mungkin Hawa buat benda bodoh tu.
Azeera: Itulah.. Zeera pun dah agak tak mungkin kak Hawa akan buat macam tu. Tapi Zeera takut tiba-tiba dia ubah fikiranke.. Daripada sebelum dia ubah fikiran baik Zeera ambil tindakan sendiri. Zeera tak nak nanti kan anak-anak Zeera yang terbunuh.
Kasmah: Betul tu Adam. Biarlah Hawa tinggal di sini. Tak apa kan? Eh.. doktor.. doktor.
Adam: Doktor, bagaimana keadaan Hawa?
Doktor: Hawa dia sihat. Sebenarnya dia tidak ada apa-apa tekanan ataupun trauma. Dia sihat.
Adam: Maksud doktor Hawa tak alami gangguan, doktor?
Doktor: Tak dia tak ada apa-apa. Encik Adam boleh bawa dia balik hari ini. Dia sihat. Dia lebih selesa berada di rumah. Encik Adam boleh bawa dia balik.
Kasmah: Tapi doktor, saya nampak dia cakap seorang diri.
Azeera: Ya...
Adam: Terima kasih, doktor.
Fikri: Terima kasih doktor.
Azeera: Terima kasih.......... doktor... (nada yang kurang senang hati)

(sinopsis di ambil dari petikan Episode 18 dan diedit oleh shinystar sewaktu menonton Drama Lagenda Sumpah Bunian pada 29 Oktober 2009)

Azeera geram kerana dia tidak berjaya masukkan Hawa di hospital. Azeera berkata sendirian bahawa Hawa tak habis-habis menyusahkannya.

Azeera: Duduk Fikri... kesian betullah Hawa tu. I betul-betul tak sangka orang sebaik Hawa tu dapat musibah macam ni. Ya memang betul Hawa tu madu I. Memang patut I rasa cemburu. Tapi bila tengok nasibnya macam ini, I rasa lebih baik musibah itu kena pada diri I bukan dia.
Fikri: Tuhan memang Maha Adil. Walaupun Hawa dah kena musibah macam ini tapi dia masih beruntung sebab Adam masih cintakan dia lagi. Dan you pun sayangkan dia juga kan! So I tak nampak apa-apa pun kekurangan pada Hawa.

Adam: Cepat makan, papa nak balik tengok Mama Hawa. Qistina, makan elok-elok. Jangan main-main.
Azeera: Abang ni boleh ke.. masa makan anak-beranak jangan sebut nama dia. Hilanglah selera makan.
Adam: Zeera, dah enam tahun kau madu dengan Hawa, you nak cemburu apa lagi? Sudah-sudahlah tu.
(Azeera terus beredar dari situ meninggalkan Adam dan dua orang anak mereka)

Azeera: Amboi, amboi, amboi.... bersenang-lenang nampak.
Hawa: Ada apa..ke?
Azeera: Adik nak..

Azeera masuk ke bilik Hawa dan ambil gunting hendak guntingkan rambut Hawa kerana kata Azeera semalam Hawa kurungkan Adam walaupun adalah gilirannya.

Nenek Hawa minta bantuan Mutiara untuk menolong Hawa tetapi Azeera bunuh Mutiara dengan kerusi.

Nenek Hawa minta maaf kepada Hawa kerana tidak dapat membantu.

Adam: Hawa kenapa... sayang..
Hawa: Bang.. abang tanamkan Mutiara. Abang tanamkan Mutiara ya...
Adam: Hawa, siapa yang buat ni Hawa?
Hawa: Adik.
Adam: Kamu memang manusia kejam Azeera. Azeera... (Adam pergi mencari Azeera)

Azeera: Azeera nak hukum dia. Dan itu juga pengajaran untuk abang. Kalau abang nak tahu, abang dah lupa segala peraturan dan perjanjian. Adam: Perjanjian apa? Perjanjian apa? Azeera: Maknanya abang dah lupalah segala perjanjian kita itu? Abang dah lupake semalam adalah giliran Zeera. Abang ingat ya. Sikit saja abang buat kesilapan, sikit aje abang lupa segala perjanjian kita, Hawa yang akan terima hasabnya. Adam: You memang tak berperikemanusiaan. Hei you tak ada hati perutke hah? You memang kejam tau? Aku benci manusia macam kau.

Zati: Sekarang baru aku tau. Sebenarnya awak bukan cintakan saya pun kan? Patutlah selama ini bila saya jawab kahwin aje, awak asyik tangguh saja. Macam-macam alasan awak bagi. Awak cintakan Hawa kan?

Zati: Isteri Adam, sepupu awak sendiri.
Fikri: Ya, memang saya cintakan dia. Memang saya cintakan Hawa. Puas! Tapi Zati, cubalah awak fikir, Hawa tu isteri pada Adam. Adam itu sepupu saya. Logik ke saya nak rampas dia? Saya sayangkan awak, Zati. Kita masih boleh cuba lagi. Dan saya akan cuba sayangkan awak.
Zati: Apa? Cuba? Cuba.. eh dah lah Fikri. Saya dah tak ada perasaan dengan awak. Saya dah tawar hati. Tujuh tahun tau tak saya tunggu awak. Ingatkan awak cintakan saya. Rupanya awak cintakan Hawa. (Dengan nada yang tinggi Zati sebut nama Hawa) Heh,.... (Zati meninggalkan Fikri di situ)

Azeera: Nampak gayanya aku akan dapat Adam sepenuhnya. (Azeera ketawa kegembiraan seorang diri)

Qistina: Ahhhhhh... hantu. (Qistina pengsan selepas itu)
Hawa: Sayang, sayang.... Mak cik.. mak cik...
Kasmah: Qistina... Mualim... Mualib, telefon tuan dan Azeera. Beritahu Qistina pengsan, cepat... (Kasmah minta Hawa ke ketepi) Sebab engkau, cucu aku pengsan tau! Aku dah cakap jangan keluar dari bilik. Masuk.

Kasmah: Qistina... Qistina.. bangun sayang.. (Neneknya memeluknya dengan risau..)

Adam: Hawa... Hawa....
Dengan marah Adam terus panggil Hawa.
Adam: Hawa, kenapa degil sangat ni hah! Dah berapa kali abang dah cakap? Kalau Kabil dengan Qistina ada dekat rumah jangan keluar bilik. Jangan keluar bilik.

Hawa: Maafkan Hawa abang. Hawa... nak pergi melawat kubur Mutiara.
Adam: Ahhhhhhh... semua itu mengarut. Semua itu alasan. Hawa tak sedar ke? Hawa dah menakutkan dia? Bukan dia saja. Semua orang takut tengok muka Hawa yang buruk dan cacat tu. Tak sedar lagi? (Hawa memeluk kaki Adam)
Hawa: Abang..... maafkan Hawa bang. Hawa tak sengaja bang.
Adam: Maaf.... maaf.. maaf... Tak ada gunanay minta maaf. Hah... kalau tak dengar cakap orang. Kau degil. Ingat Hawa kalau apa-apa jadi pada Kabil dan Qistina abang tak akan maafkan Hawa. Ingat... (Adam keluar meninggalkan Hawa sendirian dalam bilik dengan perasaan marah)

Fikri pergi ke rumah Adam.
Azeera: I tak sangka pula you nak datang.
Fikri: I singgah sekejap aje. Nak tengok Qistina. Macam mana dia? Qistina tak apa-apa. Dia cuma pengsan sikit je. Itu pun sebab dia terperanjat tengok muka Hawa. Itulah I pun kesal apa yang terjadi, Fikri. You tau tak abang dah betul-betul marahkan Hawa. Dia tak pernah pun macam itu sebelum ni. Apa lagi Hawa pun nangislah minta maaf. You nak pujuk Hawa ya! Eh I rasa bagus juga kalau you pujuk. Kesian Hawa tu. Sekarang ni pun dia tengah merajuk dengan abang Adam.
Fikri: Boleh ke I jumpa dia sekejap?
Azeera: Eh.... boleh sangat. Tapi sekarang ni Hawa dekat dalam bilik dia. I rasa memang baguslah elok you pujuk dia, bagi dia nasihat, minta dia banyak-banyak bersabar. Kalau orang lain siapa lagi yang boleh pujuk. Dia bukannya ada kawan. Dia cuma ada you aje. Naik atas ya. Tak payah malu-malu tau. Hawa tu bukan orang lain, sepupu awak juga. Jom..

Di bilik Hawa:

Azeera: Kak Hawa, Fikri datang. Fikri nak tengok kak Hawa. Sambil itu juga nak tengok Kabil. (bukankah Qistina yang pengsan, kenapa agaknya Fikri nak tengok Kabil) Tak apa Fikri, masuklah. Sembang kat dalam tu takut budak-budak nampak ya... Tak apa sembang aje kat dalam.
Hawa: Kenapa awak datang?
Fikri: Saya singgah sekejap aje. Saya nak tengok Kabil. Adam marah awak ya!
Hawa: Tak pernah Adam marah Hawa macam itu sekali tak pernah.

Azeera : Bang.. nasib baik abang balik cepat. Fikri datang tu.
Adam: Abang tahu, abang nampak keretanya dekat luar. Ahh mana dia?
Azeera: Fikri dekat........ bilik kak Hawa... Zeera dah suruh dah kak Hawa tadi sembang kat luar kat hall depan ke, tapi kak Hawa cakap dia tak nak nanti budak-budak nampak itu yang kak Hawa ajak Fikri sembang kat bilik tu. Abang... abang okey ke? Itulah sebenarnya Zeera dah lama dah nak bagi tau abang hal ini. Sebenarnya Fikri cintakan kak Hawa. Ahh... kalau.. kalau abang tak percaya, abang boleh call Zati. Mesti Zati boleh confirmkan. Itulah... sebenarnya Zeera pun dapat rasa yang dia orang memang ada scandal. Macam hari ini Fikri datang bukannya nak tengok Kabil sangat pun. Nak jumpa Hawa. Nanti kan kalau Zeera cakap lebih-lebih abang tuduh Zeera pula kan? Ahh tengok sekarang. Ahh. abang nak tau pasal Zati tu. Zati sampai sekarang tak kahwin kahwin dengan Fikri pasal inilah. Kesiannya Zati tu.

Dengan rasa geram dan marah, Adam terus menuju ke bilik Hawa dan menjerit nama Fikri dan marahkan Fikri kerana dia percaya dengan apa yang dikatakan oleh Azeera sepenuhnya. Walaupun Fikri cuba nak kata tiada apa di antara dia dan Hawa tetapi Adam yang sedang naik marah terus memukul Fikri. Adam terus kata kepada Fikri yang dia tahu Fikri ada hati dengan Hawa.

Hawa: Abang, apa abang buat ni? (Adam tolak Hawa ke lantai dan kata:)
Adam: Kau ke tepi. Perempuan tak guna. Kau memang tak sedar diuntung. (Fikri cuba menghalang dan membela Hawa tetapi dia dihalau oleh Adam)
Hawa: Abang, dengar dulu pendapat Hawa abang.
Adam: Aku tak nak dengar apa-apa benda daripada engkau...Perempuan tak tau diuntung, perempuan tak sedar diri. Kau tau tak, kau dahlah mandul, muka buruk. Kau pergi berambus, balik ke tempat bunian. Berambus.
Hawa: Abang, sampai hati abang. Sampai hati abang.

(Selepas Adam melepaskan kata-kata itu kepada Hawa tiba-tiba sesuatu aneh berlaku tetapi apakah tandanya semua ini?)

Adam terus keluar dari bilik Hawa. Hawa mengejar Adam.

Abdul Malik: Mariam, ada sesuatu pasti berlaku pada Adam dan Hawa. Ini semua merupakan satu petanda umi.
Nenek Hawa: Petanda apa yang berlaku agaknya... Mungkinkah Siti Hawa...

Hawa: Abang, jangan pergi abang.



Hawa: Abang..... abang..... (Bersambung dalam Episode Akhir Drama Lagenda Sumpah Bunian Episode 19 pada hari Isnin. 2 November 2009 pukul 4.30 petang di TV3. Jangan lupa untuk mengikuti kesudahan episode cerita lagenda yang amat mencemaskan ini bersama shinystar)

Sekian, kemas kini daripada shinystar untuk semua.


SINOPSIS SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (TERAKHIR)

Nenek Hawa: Apa yang sedang berlaku dengan Siti Hawa, Abudl Malik?
Abdul Malik: Adam sudah melanggar sumpah dan janji. Sekarang dia sedang menerima balasannya. Dia sedang menerima balasannya di atas segala perbuatannya.

Azeera: Perempuan tak guna... Ini semua salah engkau...
Azeera: Sepatutnya bukan muka Adam yang kena petir. Sepatutnya engkau yang patut kena. Perempuan tak guna.. ( Azeera terus menuduh semua apa yang berlaku adalah disebabkan oleh Hawa. Walaupun mamanya cuba memujuk Azeera dan minta mereka pergi hospital dulu, tetapi Azeera terus menjerit dan kata dia ingin bunuh Hawa.)

Nenek Hawa: Maksud kamu Adam mengungkit asal usul Siti Hawa? Oh Adam.. kenapa dia sanggup melanggar sumpah dan janji?
Abdul Malik: Sifat manusia. Lebih banyak membawa keburukan kepada manusia itu sendiri, umi. Sifat hasad dan dengki mengatasi akal fikirannya. Cemburu pula menutup segala kebaikan... Akibatnya Adam tidak teguh pada sumpah dan janji.
Nenek Hawa: Abdul Malik, umi rasa sudah sampai masanya kita bawa dia pulang ke mari. Kita tak boleh membiarkan dia menderita dan sengsara di sana. Tolonglah anakku.

Siti Mariam: Abang, tolonglah bawa Siti Hawa balik, bang. Kalau tak, dia akan mati, bang.. Tolonglah bang, tolong. Bawalah Siti Hawa balik, bang.

Selepas itu, Abdul Malik pergi membawa Siti Hawa pulang.

Azeera: Ma.. Hawa.. Hawa dah matike? Zeera bunuh Hawa ke ma..
Kasmah: Mama tak tau. Wei.. Hawa...
Azeera: Tak.. tak Zeera tak bunuh Hawa. Zeera tak bunuh..

Kasmah: Parut dia hilang. (Selepas itu Kasmah dan Azeera terperanjat melihat Hawa terus hilang dari situ dan akibat terlalu takut dan terperanjat, mama Azeera tidak sedarkan diri.)

Azeera: Mama kenapa ni ma.. ma.. Mama, mak tengok ma.. Hawa dah hilang. Hawa dah hilang.. Ma.. ma.. Hawa dia buat magic.. Tadi muka dia dah tak buruk lagi macam hantu. Muka dia dah cantik, ma..

Azeera mulai jadi gila selepas itu dan ketawa dengan sekuat hatinya.. Azeera sudah tidak siuman lagi dan dia dihantar ke rumah sakit jiwa.

DI DUNIA BUNIAN - Siti Hawa beransur pulih

Di hospital, Fikri meminta maaf kepada Adam yang dalam keadaan parah. Fikri mengaku kepada Adam bahawa dia memang sayangkan Hawa tetapi tidak terlintas dalam hatinya untuk merosakkan cinta Adam dengan Hawa. Fikri mengatakan lagi bahawa dia amat sayangkan dan menghormati Adam. Fikri dan Hawa tidak pernah ada sebarang hubungan di luar pengetahuan Adam. Lagipun Hawa memang tidak mengetahui selama ini Fikir sayangkan dan cintakannya. Fikri menjelaskan kepada Adam bahawa Hawa memang tidak bersalah dalam hal ini.

Azeera dihantar ke rumah sakit jiwa.

Penghujung Episode 19 Drama Lagenda Sumpah Bunian:

Nenek Siti Hawa: Izinkanlah biar seketika Abudl Malik, tidak tertanggung kerinduan Siti Hawa terhadap Adam. Kalaupun Adam bersalah maafkan lah dia, ya... Abdul Malik. Dia hanya makhluk Allah yang tidak terlepas membuat kesilapan. ya... Abdul Malik. Janganlah kau membiarkan Siti Hawa terseksa. Kelak kita juga yang menyesal nanti.

Abdul Malik: Baiklah umi tetapi tetap dengan bersyarat umi. Siti Hawa hanya boleh melihatnya sahaja. Tetapi tidak boleh berkata-kata. Apatah lagi bersentuhan dengan Adam. Kehadiran Siti Hawa dan kewujudannya tidak diperlihatkan sama sekali kepada Adam. (Nenek Adam setuju dengan syarat tersebut asalkan Siti Hawa diizinkan berjumpa dengan Adam untuk seketika)

Fikri: Adam, aku tahu mungkin kau tak boleh datang ke majlis perkahwinan aku dengan Zati tapi aku nak kau doakan aku, Zati bahagia. Aku sentiasa doakan kau, Adam semoga kau cepat sembuh dan semoga Hawa cepat pulang ke pangkuan kau.

Zati minta Adam terus tabahkan hati dan kuatkan semangat dan semoga Hawa akan pulang ke pangkuannya. Selepas itu, Fikri memberitahu Adam mereka terpaksa meminta diri dan Fikri memberi Adam kad jemputan perkahwinanya dengan Zati. Fikri memberitahu Zati: Siapa yang akan sangka nasib Adam akan menjadi begitu. Zati minta Fikri untuk sama-sama doakan kebahagiaan untuk Adam. Setelah itu, Fikri dan Zati beredar dari kediaman Adam.

Sementara itu, Azeera masih tidak siuman dan berada di hospital sakit jiwa.

Adam tetap berharap Siti Hawa akan memaafkannya dan pulang ke pangkuannya. Tetapi Siti Hawa tidak dapat berbuat demikian. Dia cuma dapat melihat Adam untuk seketika dan meninggalkan tempat itu. Sekian, kisah Lagenda Sumpah Bunian yang mengandungi 19 Episode.

SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (TERAKHIR) B.1



SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (AKHIR) B.2



SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (AKHIR) B.3



SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (AKHIR) B.4



SUMPAH BUNIAN EPISOD 19 (AKHIR) B.5



TEMA SUMPAH BUNIAN




Terima kasih kepada helloskyblu.blogspot & sayangsayangku channel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS