RSS

SINETRON "SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA" EPISODE 16 - 20


SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16

Kisahnya bersambung dari Episode 15 di mana Warti diberi ubat bius disaksikan oleh Encik Marten dan Romy. Warti tidak sedarkan diri lagi selepas itu. Romy kata biarkan Warti tidur dan minta orang-orang suruhannya mengupah doktor dan jururawat palsu untuk merawat Warti. Arjuna difitnah lagi kerana ingin membunuh Warti. Romy kata mereka sengaja tidak serahkan Arjuna ke polis kerana mereka pasti Arjuna akan larikan diri lagi. Romy cuba pastikan Tia Arjuna telah bunuh Kendil. Romy kata Tia ada di situ. Tia kata bagaimana apa yang dikatakan Arjuna adalah benar iaitu dia adalah Kendil. Romy membawa Tia bersamanya untuk menyaksikan sendiri.

Romy kata dia yang menyelamatkan Warti dari dibakar hidup-hidup. Tia sekali lagi percaya Arjuna adalah seorang yang merbahaya. Arjuna telefon Tia. Arjuna kata dia ingin bertemu dengan Tia. Tia setuju menemui Arjuna pada malam itu. Tia bingung dan tidak tahu untuk mempercayai siapa lagi. Tia pura-pura gembira melihat Arjuna sewaktu temu janji. Arjuna menjelaskan kepada Tia bahawa Romy membakar rumah ibunya jadi dia bakar rumah Romy.

Tia kata Arjuna adalah pembohong dan kata Arjuna cuba membunuh Warti dan membakar rumah Warti. Tia kata dia menyesal kerana telah menyelamatkannya. Tia mahu Arjuna buktikan dia adalah Kendil. Tia terus menerus kata Arjuna adalah pembohong. Arjuna gigit Tia dan larikan diri dari situ. Tia pengsan dan apabila dia sedar, tangannya berbulu. Tia terkejut melihat tangannya jadi begitu. Encik Marten minta Tia tenang kerana dia akan bantunya. Romy diminta untuk membawa Tia ke rumah sakit. Encik Marten menelefon isterinya membertiahu Tia dimasukkan ke rumah sakit dan minta isterinya pergi ke rumah sakit saja. Doktor kata sukar untuk dipercayai apa yang menyebabkan Tia jadi begitu. Orang-orang kampung berkata tangan Tia berbulu seperti Kendil setelah digigit Arjuna. Pak Lurah juga mendengar berita itu. Adakah mereka juga akan mengusir keluarga Encik Marten seperti mereka lakukan atas Kendil? Berita mengenai Arjuna adalah Kendil tersebar di kampung dan Encik Marten risaukan hal ini. Malaikat memberitahu Arjuna bahawa cinta sejati mereka harus diuji semula. Kisahnya bersambung...


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16 P4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 16 P5




SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 17

Tia kata Arjuna adalah Kendil dan Tia ingin segera pergi mencari Arjuna tetapi dihalang oleh ibu bapanya kerana keadaannya. Tia kata dia tidak perlu sebarang perubatan untuk mengubati tangannya seperti sedia kala apa yang dia inginkan cuma untuk pergi mencari Arjuna. Tia diberi suntikan ubat penenang kepada Tia. Encik Marten tanya adalah Romy masih ingin menikahi Tia sekiranya rupanya tidak seperti dulu lagi. Warti ingin keluar dari tempat kurungan orang-orang berpenyakit kusta untuk pergi ke kubur Kendil. Warti terus berdoa.

Doktor memberitahu Encik Marten suami isteri bahawa dia tidak pernah melihat kes seperti Tia. Tia masih boleh bercakap seperti manusia biasa tetapi dia tidak yakin Tia akan menjadi seperti manusia biasa lagi. Mama Tia berasa sedih mendengar tentang apa yang telah dikatakan doktor. Romy bersetuju dengan doktor yang mahukan Tia diperiksa di makmal. Mama Tia kata Tia bukan haiwan dan dia tidak bersetuju. Doktor meminta Encik Marten dan isterinya menghubunginya sekiranya mereka ingin bantuannya. Tia sedih dengan keadaan dirinya.

Arjuna mahu tahu di mana ibunya. Tetapi orang suruhan Romy enggan memberitahunya. Arjuna mencari Warti di rumah itu tetapi tidak berjumpa. Romy kata dia yang menyelamatkan Warti dari kebakaran. Romy menipu Arjuna bahawa setelah Warti sembuh, dia telah meninggalkan tempat itu. Warti yang berada di kurungan tempat terbuang berasa terseksa dengan kehidupan di situ dan dia menangis kesedihan. Encik Marten bercadang untuk menghantar Tia ke makmal untuk dibuat kajian tetapi isterinya membantah. Encik Marten kemudiannya menelefon doktor dan dia memberitahu tentang persetujuannya untuk menghantar Tia ke makmal. Arjuna teruskan pencarian Warti di merata tempat tetapi tiada siapa yang menemui ibunya. Arjuna tidak putus asa begitu saja dan terus tanya orang-orang kampung samada mereka pernah melihat Warti.

Arjuna terdengar perbualan mengenai Tia yang akan dijadikan bahan kajian makmal. Tia diberitahu ayahnya bahawa Doktor Jehan akan merawatnya di makmal. Tia tidak mahu tetapi apakan daya. Sewaktu mereka ingin memaksa Tia ke makmal, Arjuna muncul di hospital. Adakah Arjuna berjaya menyelamatkan Tia? Kisahnya bersambung...


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 17 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 17 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 17 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 17 P4



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18

Tia menolong seorang kanak-kanak daripada lemas di sungai tetapi ibu kanak-kanak tersebut marahkan anaknya dan menuduh Tia yang melemaskan budak itu. Romy tanya Encik Marten adakah dia tidak yakin dengan Arjuna? Encik Marten tanya Romy sekali lagi adakah dia masih mahu kahwin dengan Tia walaupun Tia tidak dapat disembuhkan? Dalam hati Romy dia tidak akan mengahwini Tia yang bertangan bulu. Lalu Romy menjawab pertanyaan Encik Marten dengan mengatakan bahawa Arjuna pasti akan menyembuhkan Tia.

Tia ingin tahu sampai bila dia harus menderita tetapi dia bersyukur kerana adanya Arjuna yang masih menemaninya pada waktu begini. Arjuna menyesal dan sedih kerana orang yang dicintainya harus menanggung derita ini. Malaikat memberitahu Arjuna bahawa ada khabar baik untuknya. Malam esok, bulan purnama dan Arjuna harus menciumnya pada malam esok di bawah purnama dan Tia mesti memakai gaun putih. Cuma esok saja yang boleh membantu Tia mendapatkan wujudnya kembali. Arjuna minta izin untuk mencium Tia pada malam esok. Tia bersetuju. Tia minta Arjuna hantarkan dia pulang kerana menurutnya papa dan mamanya sudah pasti akan menunggunya.

Sewaktu menghantar Tia pulang, dua orang satpam berasa kurang selesa melihat keadaan tangan Tia. Arjuna minta Tia jangan ambil hati tentang hal itu. Tia memegang tangan mamanya tetapi mamanya cuba mengelaknya. Mamanya minta Tia jangan sentuhnya dengan tangannya yang berbulu dan dia belum biasa dengan keadaan Tia dan minta Tia masak sendiri saja. Tia sedih memikirkan kejadian tadi dan khuatir adakah mamanya sudah tidak sayangkannya lagi. Tia juga imbas kembali waktu siang tadi di mana dia tidak disenangi orang kerana tangannya yang berbulu. Sementara itu, Dr Jehan berencana menculik Tia untuk kepentingan penelitiannya. Dr Jehan memberikan uang yang sangat banyak kepada Romy untuk membantu rencananya.

Arjuna terus berdoa kepada Tuhan untuk melindungi ibunya walaupun di mana ibunya berada. Warti mendapati tangannya juga mengidapi penyakit seperti orang-orang dalam kurungan bersamanya. Tia terjaga pada keesokan hari dan dia pasti semuanya akan berakhir ketika Arjuna ciumnya. Kawan-kawan Tia yang melawat mama Tia pada pagi itu terus meminta diri apabila mereka melihat Tia. Mama Tia berasa kurang gembira melihat Tia pada waktu itu kerana kawan-kawannya pergi sejurus melihat Tia. Tia sedih kerana mamanya tidak menerima keadaannya seperti sekarang. Encik Marten harap Arjuna dapat membantu Tia. Tia minta Arjuna berangkat dengan segera. Dalam kereta, Tia katakan kepada Arjuna mamanya yang telah melahirkannya turut bencikannya. Arjuna menasihati dan memujuk Tia dengan berkata selepas malam itu semuanya akan berakhir. Encik Marten beritahu Romy dia tidak mahu Arjuna dekati Tia lagi selepas dia berjaya disembuhkan. Romy mengetahui rencana Arjuna untuk mengembalikan wujud Tia. Romy minta Dr. Jehan tangkap Tia sebelum tengah malam sekiranya dia masih perlukan Tia.


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18 P4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 18 P5



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 19

Arjuna dan Tia ke tempat di mana ayahnya berada dan dia dijerat di situ. Tia menjerit meminta tolong dengan sekuat hati tetapi Arjuna dipukul dengan teruk apabila dia cuba membebaskan Tia. Dr. Jehan memberi suntikan kepada Tia. Tia tidak sedarkan diri. Romy dibayar dengan wang yang banyak kerana berjaya menolong Dr. Jehan perangkap Tia. Ayah Bram dan Dina sedang dalam perjalanan dan kereta yang dibawa mereka tidak sengaja terlanggar Arjuna di tengah jalan dan mereka tolong Arjuna. Setelah Encik Marten sedar semula, Romy reka cerita tentang Arjuna dengan mengatakan Encik Marten adalah seorang pembohong dan dia bukan Kendil. Arjuna telah memukul Encik Marten dari belakang mengikut cerita Romy lagi.

Arjuna memberitahu Dina dia pasti Romy adalah dalang dalam semua ini. Arjuna kata mereka harus bertemu dengan Romy sebelum terlambat. Dina kata mereka harus cari bantuan dan Arjuna dikehendaki menyamar untuk keluar mencari Tia.

Ayah Bram, Arjuna dan Dina berjaya menyamar sebagai pemandu ambulan dan membawa ambulan tersebut untuk menyelamatkan Tia. Sewaktu pemeriksaan polis, Dina pura-pura hamil dan kesakitan ingin bersalin. Akhirnya mereka diizinkan meneruskan perjalanan. Arjuna dan ayah Bram panik kerana kereta polis sedang mengejar ambulan yang dibawa mereka dan akhirnya mereka berjaya terlepas dari dikejar, mereka ingin ke tempat Romy. Dr. Jehan membawa Tia ke pelabuhan untuk membawa Tia dengan niat untuk membawa Tia ke lab Amerika. Sewaktu Tia sedar dan mendapati dirinya berada di atas kapal dalam kurungan. Dina menyamar sebagai Lucy dan masuk ke rumah Romy. Romy dapat rasakan seperti dia kenal Lucy. Tetapi Lucy(Dina) kata belum dan setiap lelaki yang telah bertermu dengan dia tidak akan lupakannya. Tanpa disedari, Dina memukul kepala Romy hingga pengsan.

Arjuna memaksa Romy memberitahunya di mana Tia berada. Lucy yang sebenar tiba tetapi dua orang suruhan Romy kata tidak mungkin kerana Lucy sedang berada di dalam melayan bos mereka, Romy. Romy kata Dr. Jehan membawa Tia ke pelabuhan dan ingin membawa Tia ke Amerika. Romy, ayah Bram dan Dina meninggalkan tempat itu dengan memandu jeep Romy. Tia minta Dr. Jehan melepaskannya kerana dia bukan binatang. tetapi Dr. Jehan kata dia ingin Tia menjadi bahan kajian mereka. Tia takut dan khuatir. Sewaktu Arjuna tiba di pelabuhan, kapal itu telah belajar di tengah lautan. Dengan penuh perjuangan dan perahu seadanya, Arjuna berjaya sampai ke tengah laut. Arjuna minta Dina dan ayah Bram pergi ke balai polis. Dr. Jehan ternampak Arjuna di atas kapal dan mengacukan pistol ke arah Arjuna. Bersambung dalam episode 20 pada hari keesokan, 29 Oktober 2009 pada waktu yang sama.

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 19 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 19 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 19 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 19 P4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 20 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 20 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 20 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 20 P4





Courtesy of stramwberry2406 & helloskyblu.blogspot

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS