SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 31
Semua orang berasa cemas dengan keadaan Galang. Apabila doktor ingin memberi Galang suntikan lagi, Galang tidak mahu.
Galang: Saya dah baik-baik saja. Lebih baik sekarang doktor keluarkan saya kerana saya harus cepat-cepat balik ke kampung.
Doktor: Kamu di sini kerana keluarga kamu ingin mengembalikan ingatan kamu lagi.
Galang: Saya tak mahu. Saya tahu siapa saya. Saya Piyu, doktor. Dan saya mahu hidup tenang di kampung sana.
Doktor: Sekarang ini memang kamu Piyu. Tapi kamu sebenarnya adalah Galang. Bagaimana kalau ingatanmu kembali? Apakah Piyu akan kamu tinggalkan begitu saja?
- Sekarang sedikit demi sedikit ingatan kamu sudah pulih. Saya sebagai doktor tidak mengizinkan kamu pulang karna semua itu bisa membahayakan nyawa kamu.
Kirana: Doktor... gima keadaan Galang, doktor?
Doktor: Dia sudah stabil. Tapi dia mungkin menagalami serangan apabila dia teringat sesuatu. Tapi semua ini tidak perlu dicemaskan. Selama masih dalam perawatan kami, semuanya akan baik-baik saja.
Kirana: Terima kasih, doktor.
Doktor: Saya minta diri.
Benny: Mas Raka, Ibu Linda tadi mencari Mas Raka. Mas Raka baik-baik saja kan?
Raka: Saya tak tahu nak cakap saya saya tak apa-apa atau saya kurang baik. Yang pasti, sekarang ini saya terasa sakit.
Benny: Bagaimana kalau saya carikan ubat, mas?
Raka: Tak perlu, Pak Benny. Pak Benny takkan ada ubat buat saya kerana yang sakit, hati saya. Kebelakangan ini, saya kurang beri perhatian kepada hal syarikat. Kalau bapak tak keberatan, tolong bapak bantu Opi sewaktu saya tiada di pejabat.
Benny: Pasti, mas. Saya akan laporkan hal syarikat secara rutin kepada mas.
Raka: Terima kasih.
Kirana minta Raka hantarkan Nenek Sita dan Nenek Aida pulang kerana dia ingin menemani Galang di rumah sakit. Apabila Raka mahu menemani Kirana setelah menghantar kedua orang nenek Kirana pulang, Kirana kata:
Kirana: Tak usah, Raka. Kamu pulang saja. Kamu istirehat ya?
Raka terpaksa menurut kata-kata Kirana walaupun hatinya pedih kerana dia tidak dapat menemani Kirana.
Linda yang tidak berasa senang hati karna Raka tidak dapat melupakan Kirana, berniat menjodohkan Raka. Dia meminta Benny membantunya, karna Benny adalah orang kepercayaan Raka.
Linda: Saya sengaja menyuruh bapak datang ke sini sebab Raka.
Benny: Kenapa dengan Mas Raka, bu?
Linda: Buat Raka ini bukan apa-apa tapi buat saya, ini adalah masalah yang sangat penting. Saya berniat menjodohkan Raka dengan anak klien saya. Saya tahu bapak sangat dekat dengan Raka karna itu saya minta bapak datang ke sini untuk membantu rancangan saya.
Benny: Maaf, bu mungkin saya tak dapat tolong ibu kalau Mas Raka tak setuju.
Linda: Saya tak perlu persetujuan Raka. Ini semua saya lakukan untuk kebaikan dia. Pak Benny harus tolong saya dan rahsiakan hal ini daripada Raka. Pak Benny harus menemui keluarga wanita itu dan atas nama Raka. Mereka akan percaya karena mereka tahu Pak Benny adalah orang kepercayaan Raka. Apa jua dan bagaimana caranya saya harus memisahkan Raka dari gadis yang bernama Kirana.
Aida berasa sedih kerana sebenarnya dia amat berharap sewaktu Galang menolongnya, dia akan mengingati kalau Aida adalah neneknya. Tetapi Galang tidak mengingati siapa Aida.
Aida: Waktu Galang membela aku, aku fikir dia mengenali aku, Sita. Aku fikir kalau dia ingat saya ini nenek dia. Ternyata... ternyata...
Sita: Dahlah Aida. Galang pasti ingat kamu kerana kamu sangat menyayangi dia kan? Kamu jangan bimbang ya?
Kirana: Ya nek, satu saat pasti Galang akan ingat semuanya. Aku yakin.
Aida: Nenek tak mahu kehilangan Galang.
Raka cuma dapat berdiam diri dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengurangkan kesedihan mereka.
Galang memberitahu doktor bahawa dia tidak faham tentang mimpinya.
Doktor: Maksud kamu?
Galang: Saya mimpi saya sedang memandu kereta dengan tunang saya. Tiba-tiba ada seorang gadis melintas di depan kereta saya. Saya terkejut dan...
Doktor: Lalu...?
Galang: Ya, saya terkejut dan silap memandu hingga saya kemalangan dan saya melanggar pokok. Awalnya saya fikir itu hanya mimpi. Saya tak perlu memikirkannya sedalam ini. Tapi kemudian, gadis itu muncul di hadapan saya. Dia benar-benar ada di depan saya. Masa saya melihat gadis itu, saya teringat banyak perkara. Tapi kemudian, saya terlupa semuanya. Saya benar-benar tidak faham dengan mimpi saya, doktor. Tolong jelaskan mimpi saya dan gadis itu, doktor.
Doktor: Mungkin wanita itu ada hubungan dengan masa lalu kamu. sehingga.. ya bisa juga gadis itu penyebab kemalangan kamu. Saya akan bicara sama keluarga kamu. Mungkin itu bisa mempercepat untuk memulihkan ingatan kamu.
Laras berasa gembira mendengar Opi ingin mencadangkan Laras kepada Kirana menjadi bintang iklan Jamu Rama.
Laras: Laras jadi model? Maknanya nanti foto Laras ada di bungkusan Jamu Rama.
Opi: Ya, nanti tentu kamu akan jadi model iklan yang terkenal. Sekali gus tolong mas dan Kirana
bagi memajukan produk Jamu Rama.
Laras: Tapi Mas Opi tak bohong kan?
Opi: Tidak, saya ni kaki tipu ke? Kacak tak ini? Marilah. Kerja lagi.
Sandra menelefon Gary menolongnya mencari maklumat pasakit di Rumah Sakit Harapan. Kata Sandra pada Gary, nama pesakit tersebut adalah Galang Pangalila.
Sandra: Riana, tenang saja. Semuanya pasti beres.
Riana: Beres gimana, mom?
Sandra: Ya, kalau sekali pun rahsia kita terbongkar tapi tiada bukti-bukti yang menunjukkan kamu bersalah.
Riana: Mom, please deh. Galang itu bukti terbesar dan bukti yang bisa hancurkan aku, mom. Gimana aku bisa tenang?
Sandra: ya, ya... tapi kalau kau panik semuanya boleh hancur. Dahlah bertenang, jangan bimbang. Serahkan semuanya pada mama. Biar mama uruskan.
Sementara itu Fara yang begitu rindukan Piyu ingin bertemu dengannya. Dia hampir mahu mengambil kereta di bengkel dan memandu ke kota tetapi mujur Jono berhasil menahannya dan berjanji akan mencari Piyu setelah Fara sihat nanti.
Sementara itu Galang yang penasaran dengan siapa Riana sebenarnya. Galang asyik memikirkan peristiwa yang telah menimpanya tempoh hari sebelum dia pengsan.
Galang pada dirinya: Ada sesuatu dengan perempuan itu. Sesuatu yang harus aku cari tahu. Kenapa dia takut waktu dia melihat aku? Kirana kata dia bekas tunang aku. Kenapa aku boleh bertunang dengan orang yang begitu? Apa yang ada di fikiran aku?
Pak Benny menceritakan semuanya pada Raka.
Raka: Mama, mama selalu tak berhenti masuk campur hal hidup aku.
Benny: Maafkan saya, Mas Raka. Saya harus mengikut kehendak Ibu Linda.
Raka: Saya tahu. Saya lebih suka kalau mama suruh Pak Benny karna Pak Benny tak mungkin memerangkap saya. Sebaiknya sekarang Pak Benny berjumpa mama. Bilang sama mama kalau saya tak akan pergi dan malam ini juga saya tak akan pulang ke rumah.
Benny: Mas Raka mahu ke mana?
Raka: Kemana-mana saya asalkan tak jumpa mama.
Benny: Selamat Malam.
Linda: Bagaimana, Benny?
Benny: Saya dah usahakan bersama Benny, bu. Tapi Mas Raka tak mahu menemui perempuan itu.
Linda: Budak itu nak apa sebenarnya? Apa dia nak saya gila fikirkan dia?
Imran: Harusnya pertanyaan itu ditujukan pada diri kamu sendiri karna selama ini kamu telah memaksa Raka dengan kehendak kamu. Lama-lama Raka pasti gila disebabkan kamu.
Linda: Kamu jangan bicara begitu dengan saya karna kamu bukan orang tua yang baik buat dia.
Imran: Okey. Aku bukan papa yang baik tapi aku ini papa kandungnya. Aku nak kehidupannya lebih baik daripada aku. Awak patutnya sedar bahawa cara awak selama ini keliru. Akhirnya nanti, Raka akan menjauhi awak.
Linda berasa amat marah mendengar kata-kata Imran itu dan dia terus menampar Imran. Imran tidak berkata apa-apa lagi dan terus meninggalkan Linda di situ.
Setelah itu Linda menuduh itu semua terjadi pasti disebabkan oleh Kirana dan...
Linda: Sampai bila dia nak rebut Raka daripada saya? Bila Raka dapat hidup tenang tanpa dia?
Gary menelefon Sandra memberitahunya Galang tidak ingat apa-apa. Mendengar hal itu, Sandra meminta anaknya usah bimbang.
Sandra: Kata orang di rumah sakit, Galang tak ingat apa-apa pun.
Riana: Semoga dia tak ingat selama-lamanya, mom. Mama ini hebat betullah.
Sandra: Tentulah, mamanya siapa?
Riana: Mamanya Riana.
Kirana: Galang, kamu mahu ke mana? Doktor kata kau perlu berehat kan?
Galang: Saya mahu pergi. Saya mahu cari tahu tentang perempuan yang bernama Riana itu. Apa rancangannya dan semua yang dah dilakukannya. Saya harus tahu. Saya yakin, kemalangan saya ini ada hubungannya dengan dia.
Kirana: Galang...
Galang: Aku mahu pergi. Kau tak boleh halang aku.
Kirana: Aku tak akan halang kau, Galang. Aku akan ikut kau. Aku akan teman kau hadapi semua ini, Galang. Apa pun yang akan kau buat aku janji, aku akan selalu berada di samping kamu.
Kirana menceritakan semuanya kepada Galang bagaimana Riana yang telah berusaha mengagalkan pertunangan mereka tetapi dia tidak berjaya. Ini menyebabkan Riana begitu marah pada Kirana. Kirana juga menceritakan semenjak Galang hilang dan Atuk Rama meninggal, Nenek Aida sangat menderita.
Kirana: Dulu aku dan Nenek Aida tak sependapat, Galang. Dia buat semua itu kerana dia terlalu sayangkan kau. Dia tak mahu kau disakiti orang. Aku memang menderita masa kau hilang. Tapi Nenek Aida... Dia kehilangan suaminya, cucunya dan rumah yang dia tinggal sejak dulu. Rumah yang jadi saksi kasih sayang dia pada keluarganya. Nenek Aida mungkin sekarang boleh ketawa tapi aku yakin, dalam hatinya masih ada luka yang masih belum sembuh. Dia tak pernah segembira sekarang, Galang. Saat dia tahu kalau kamu belum meninggal.
Kirana: Galang, aku harap kamu berusaha mengingatai semuanya. Demi Nenek Aida dan aku. Tolong, Galang.
Galang: Kirana...
Galang: Maaf, Kirana.
Aku langsung tak ingat siapa kamu semua. Aku dah berusaha tapi aku tak ingat. Siapa kamu, Nenek Aida dan Aduk Rama. Maaf. Aku cuma berasa simpati. Dan itu cuma simpati seorang manusia pada orang lain. Aku dah berusaha tapi tetap tak ingat. Aku minta maaf.
Kirana: Galang, aku yakin... aku yakin satu saat nanti cinta Nenek Aida cinta Aku. Cinta itu akan buat kamu ingat semuanya, Galang. Aku yakin. Walaupun aku harus menunggu kamu seumur hidup aku.. aku akan lakukannya kerana bagi aku kamu adalah seorang yang sangat bererti dalam hidup aku, Galang. Aku akan tunggu kamu.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 31
Labels:
CINTA KIRANA