SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 29
Kirana terkejut dan risau kerana Fara ingin membaling dan menghancurkan foto Galang. Fara terus mengatakan Kirana ingin mengambil Piyu daripadanya. Kirana cuba mencegah Fara daripada berbuat demikian. Pada waktu itu Piyu masih berada bersama-sama Aida dan Sita di bengkel. Piyu mendapati Fara telah hilang dari pandangan lalu dia meminta diri untuk mencari Fara. Piyu akhirnya menemui Fara di ruang kantor Kirana dan dia cuba memujuk Fara untuk memberi foto itu kepadanya.
Piyu terkejut melihat foto Galang adalah wajahnya. Suara hatinya berkata adakah gambar itu adalah dia sendiri. Kirana hairan Piyu cuma selamba sahaja melihat foto itu. Kirana menjelaskan pada Fara dan Piyu bahawa itu adalah foto tunangannya, Galang. Kirana minta maaf pada Piyu kerana telah mengajak Piyu bekerja di syarikat Jamu Rama untuk mengingatkan Kirana pada Galang. Tetapi Kirana memberitahu Piyu kini dia telah sedar Piyu bukan Galang setelah mendengar cerita daripada Jono dan juga orang-orang di kampung tempat Piyu tinggal bahawa Piyu memang telah tinggal di kampung tersebut sejak kecil lagi. Piyu tahu Jono tidak berterus terang dengan Kirana tentangnya. Piyu bingung dan dia segera membawa Fara meninggalkan tempat itu.
Kirana menyusul Piyu ke kampung itu tidak lama kemudian itu meminta maaf pada Piyu. Kirana berkata pada neneknya:
Kirana: Aku boleh mengatasi perasaan saya. Nenek jangan bimbang, ya.
Setelah Kirana pergi, Sita berkata pada Aida:
Sita: Semoga Kirana tak melakukan hal yang bodoh di sana, Aida.
Setelah mereka sampai di kampung, Fara memberitahu Jono bahawa dia tidak mahu Piyu bekerja di Syarikat Jamu kerana semua orang di sana jahat. Piyu memaksa Jono untuk memberitahunya hal yang sebenar tentang dirinya.
Piyu: Kau sengajakan suruh aku pergi. Sebab kau tahu gadis itu akan cari aku, kan?
Jono: Piyu, aku benar-benar tidak tahu yang gadis itu nak datang. Sumpah, Piyu. Aku betul-betul suruh kau kerana aku memang tak boleh. Aku tak sedap badan.
Piyu: Selama ini aku selalu menghargai kau macam saudara aku. Dan aku selalu menganggap kau sebagai abang kandung aku sendiri. Kalau kau juga anggap aku begitu, tolong jangan bohongaku.
Jono: Piyu...
Piyu: Aku tahu kau sembunyikan sesuatu daripada aku. Aku tak akan paksa kau untuk memberitahu aku. Tapi aku nak kau tahu yang aku akan tetap siasat siapa diriku yang sebenarnya. Dan demi persahabatan yang kau selalu ucapkan tolong hargai aku.
Piyu: aku lakukan ini semua kerana Fara. Aku tak mahu kau tinggalkan Fara kerana Fara tak akan boleh hidup. Aku tahu kau ada hak untuk tahu siapa diri kau sebenarnya. Sebenarnya ada rahsia yang selama ini aku simpan. Sebelum itu aku minta maaf. (towards the shinystar)
Jono: Ini dompet yang aku jumpai pada saat kau kemalangan.
Piyu seakan tidak boleh mempercayai bahawa selama ini dirinya adalah Galang.
Kirana muncul dan dia ternampak dompet Galang yang sedang dipegang oleh Piyu. Kirana berasa amat gembira mengetahui Piyu adalah Galang. Lalu Kirana mengajak Piyu untuk pergi bersamanya Pada mulanya Piyu enggan tetapi setelah mendengar penjelasan daripada Aris dia akhirnya mengiyakan permintaan Kirana kerana dia juga ingin mengetahui lebih lanjut siapa dirinya yang sebenar.
Kirana membawa Piyu pulang dan memberitahu Sita dan Aida bahawa selama ini apa yang difikirkan adalah benar iaitu Piyu adalah Galang. Kirana dan Aida cuba sedaya yang boleh mengembalikan ingatan Piyu dengan menunjukkan foto-fotonya sewaktu kecil dan Kirana juga cuba imbas kembali waktu dan bagaimana Kirana dan Galang mula bertemu. Namun begitu, semua usaha mereka sia-sia belaka kerana Piyu berasa semakin tertekan dan dia tidak dapat ingat apa-apa tentang dirinya dan juga siapa mereka.
Sementara itu Raka dan Baim berasa amat sedih dan patah hati kerana pada mereka, cinta Kirana hanya untuk Galang sahaja.
Opi tanya Kirana adakah Piyu adalah benar-benar Galang. Kirana minta Opi jangan cakap terlalu kuat kerana dia khuatir akan didengar oleh Piyu nanti.
Opi: Maaf sangat. Tapi saya amat terkejut.
Kirana: Tapi memori Galang belum pulih. Sebab itu aku minta seorang pakar psikiatri/psikiater untuk periksa Galang.
Opi: Pasti kamu sekarang senang banget dong sebab dah boleh jumpa Galang. Ayuh mengaku.
Pada ketika itu Galang lalu di situ tanpa diketahui Kirana dan Opi. Dia terdengar perbualan mereka.
Opi: Selama ini kau yakin sangat yang Galang belum mati. Dan kau yakin sangat kalau Galang itu masih hidup. Sampai aku dan nenek fikir kau tak waras.
Sita: Ya Opi. Nenek risau sangat masa itu.
Aida: Nenek juga berdoa terus berdoa buat kamu, Kirana agar kau tak apa-apa.
Kirana: Aku sendiri juga tak tahu, nek. Tapi aku selalu yakin kalau Galang akan pasti kembali. Dan aku juga selalu percaya aku pasti boleh lihat senyumannya lagi.
Sita: Ya, karna kamu sangat mencintai Galang, Kirana.
Suara hati Galang/Piyu berkata bahawa Kirana mempunyai perasaan yang kuat padanya... tetapi Galang hairan kenapa dia tidak ingat sama sekali siapa Kirana.
Piyu: Semua ini buat aku bingung.
Tiba-tiba Piyu teringat pada Fara dan dia ingin tahu bagaimana keadaan Fara.
Di kampung, Fara tanya ibunya di mana Piyu berada. Fara risau apakah Piyu sudah meninggalkannya. Ibunya minta Fara bertenang. Tetapi menurut Fara dia tidak akan tenang selagi ibunya belum menjawab pertanyaannya tadi. Jono juga minta Fara bawa bertenang.
Fara: Mas Jono, kembalikan Piyu. Kembalikan Piyu sama Fara.
Piyu mana, bu...
Fara terus menangis minta mereka kembalikan Piyu padanya.
Kirana yang telah meminta bantuan seorang psikater yang bernama Doktor Harsha untuk menyembuhkan Piyu berkata pada Sita, Aida dan Kirana:
Doktor Harsha - Ada beberapa hal yang boleh kita boleh lakukan untuk mengembalikan ingatan seseorang yang menagalami amnesia. Kita bisa membawa dia ke tempat-tempat yang biasa dia kunjungi. Atau juga kita juga bisa melakukan hal-hal yang menjadi kegemarannya. Ada baiknya juga untuk dia untuk berjumpa dengan orang-orang yang dikenalinya sebelum dia hilang memorinya. Itu akan sangat membantu dirinya.
Kirana: Apa doktor tidak bisa memperkirakan kapan memorinya Galang akan kembali?
Doktor Harsha : Hal itu sukar dikirakan sebab setiap kes berbeza dari segi penyembuhannya. Memang prosesnya tidak akan mudah. Oleh itu, kesabaran dan perhatian dari orangyang rapat dengan dia diperlukan. Apa saya boleh melihat Galang sekarang?
Kirana: Boleh, doktor.
Sewaktu Kirana membawa Doktor Harsha berjumpa dengan Galang, Aida terfikir sesuatu.
Kirana: Galang, ini Doktor Harsha. Dia nak periksa keadaan kau. Tak ada masalah kan? Saya tunggu di luar, doktor.
Sita: Kirana, doktor dah perkisa Galang?
Kirana: Mudah-mudahan ingatan Galang cepat kembali, ya.Nenek kenapa?
Aida: Mungkin perkara ini sukar, Kirana. Tapi nenek rasa kita harus melakukannya demi Galang.
Kirana: Maksud nenek?
Aida: Kamu ingatkan kata-kata doktor itu tadi? Kita mesti temukan Galang dengan orang-orang yang dia kenal supaya ingatan dia pulih kembali jadi nenek rasa kita harus temukan Galang dengan... dengan Riana.
Courtesy of Towards The Shinystar
SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 29
Labels:
CINTA KIRANA