SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 36
Kilumbar berasa geram apabila dia melihat Tia dan Kendil semakin mesra. Kilumbar, ahli sihir itu minta adiknya supaya dia dapatkan Tia. Apabila adiknya tanya bagaimana caranya, dia mengarahkan adiknya gunakan otaknya saja iaitu intip dan ikut ke mana mereka pergi.
Adik Kilumbar terus terpikat dengan rupa Kendil yang sebenar apabila dia lihat mukanya melalui cermin ajaibnya.
Kata adik Kilumbar sendirian lagi bahawa di sebalik wajahnya monyetnya itu, dia adalah seorang pangeran yang tampan sekali.
Adik Kilumbar: Pasti dia jodoh aku. Laki-laki itu pasti jadi jodohku..(dia tersenyum sendirian)
Sekembalinya di rumah, Kilumber tanya adiknya bagaimana hasil intipannya.
Adik Kilumbar: Saya sudah ekori mereka.
Kilumber: Terus, terus bagaimana? (Kilumbar memuntah keluar nasi yang baru dimakannya sebentar tadi dan tanya adakah dia masak untuknya atau meracuninya).
Adik Kilumbar: Kenapa?
Kilumbar: Nasi hangit. Ini pastinya petanda kau ingin kahwin. Kau dah jatuh cinta ya? Jatuh cinta pada siapa? Nanti aku bantu kau.
Adik Kilumbar: Sama Kendil, Lumber... (Kilumbar terkejut mendapat tahu adiknya jatuh cinta pada Kendil)
Tia tanya Kendil ke mana perginya pari-pari Mili. Katanya nak hantar mereka ke tempat selanjutnya tetapi kini dia masih belum muncul lagi. Kendil kata pada Tia mungkin pari-pari Mili mempunyai masalah yang belum lagi selesai. Kilumbar beritahu adiknya sekiranya gadis itu jadi miliknya, Kendil pula akan menjadi milik adiknya pula. Kendil dan Tia berasa lapar dan mereka singgah di suatu gerai dan diberi air. Setelah minum air itu Tia dan Kendil berasa mengantuk dan kemudian mereka tidak sedarkan diri lagi. Sebenarnya Kilumbar dan adiknya menyamar sebagai penjaja dengan berubah rupa untuk mengaburi Tia dan Kendil. Kisah selanjutnya bersambung... Bagaimanakah agaknya kesudahan episode ini. Apakah rancangan dua adik-beradik ini selanjutnya?
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 36 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 36 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 36 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 36 P4
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 37
Tia diminta beristirehat dahulu sementara Kendil mencari makanan. Tia ternampak kupu-kupu yang cantik berjalan mengikuti arah kupu kupu hingga ia terperosok dan jatuh ke sebuah lubang. Kendil tidak tahu di mana perginya Tia. Kencil panik mencarinya dan menjerit nama Tia. Tia memanggil-manggil nama Kendil dan dia tersesat dalam hutan. Kendil di halau apabila dia cuba bertanyakan tentang Tia. Semua orang di desa itu takut melihat Kendil dan mintanya pergi dari situ.
Di desa itu, semua warga panik, diantara mereka seorang peramal dan kepala suku. Terjadinya padi-padi yang hangus terbakar serta sawah yang mengering dan hal lainnya membuat warga semakin yakin akan ramalan sang peramal tentang kutukan Dewi Bulan.
Sang peramal menawarkan solusi untuk mencegah kutukan itu, yaitu dengan menikahkan Dewi Bulan dengan Datu, putra kepala suku yang sudah mempunyai kekasih bernama Inar.
Ternyata dibalik semua bencana di desa itu. Sang peramallah yang merancangkan semua ini. Demi meningkatkan kesaktiannya, dia harus menikah dengan gadis tercantik di desa itu, pilihannya jatuh pada Inar, kekasih Datu. Untuk memisahkan mereka Datu harus dijodohkan dengan orang lain, Sang Peramal pun mencari orang untuk dijadikan Dewi Bulan seperti rencananya.
Tepat saat bulan purnama, yang diramalkan Dewi Bulan akan muncul, Ayah Datu, kepala suku dan Sang Peramal melihat seorang wanita tertidur di sebuah batu besar, dibawah bulan purnama. Sang Peramal memanfaatkan saat itu, dia mengatakan bahwa itulah Dewi Bulan. Padahal itu Tia yang tersesat. Mereka lalu menyambut dan membawa Tia ke rumah kepala suku. Tia cuba menjelaskan bahawa dia bukan Dewi Bulan tetapi mereka tidak mempercayainya. Tida tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Datu pergi menemui Inar dan mintanya jangan menangis. Mereka tidak mahu kehilangan satu sama lain. Sang peramal muncul dan Inar ditangkap. Inar disebat dengan teruk. Datu cuma dapat melihatnya dan tidak terdaya untuk membuat apa-apa. Sang Peramal kata kepada Inar sekiranya dia bernikah dengannya semuanya pasti tidak akan terjadi dan dia tidak akan diseksa tetapi Inar kata lebih baik dia mati daripada harus bernikah dengannya.
Kendil terjumpa Inar dan Inar menceritakan apa yang sedang berlaku. Kendil pergi ke rumah kepala suku dan menjumpai Tia di situ tetapi amat merbahaya untuk Kendil menyelamatkannya pada waktu itu. Tia minta Kendil datang kembali lagi untuk selamatkannya pada waktu yang lebih sesuai. Sewaktu kepala suku hendak menikahkan Datu dengan Tia, Sang Dewi Bulan asli datang dan membongkar rancangan Sang Peramal. Kisahnya bersambung...
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 37 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 37 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 37 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 37 P4
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 38
Kendil dan Tia meminta tolong apabila mereka diburu dan cuba dibunuh oleh seseorang dengan keris bertuah. Sebuah keluarga membuka pintu dan membenarkan mereka masuk. Wanita itu berkata sebenarnya lelaki itu adalah abang Badu dan dia merupakan seorang yang baik.
Anggani menceritakan apa yang telah berlaku sebelum Badu menjadi begitu. Mereka hidup sangat bahagia tetapi pada suatu hari malapetaka menimpa kampung mereka. Sesiapa yang pegang keris itu akan menjadi gila dan akan membunuh siapa saja yang berdekatan dengannya. Ramai orang cuba hendak mendapatkan keris itu. Badu dan Damar tidak tahan ramai orang yang terkorban dan memutuskan untuk berjumpa dengan bomoh.
Satu-satunya untuk menghapuskan keris itu adalah dengan membuang di kawah gunung berapi. Tetapi akhirnya Badu terkena sumpahan dan dia telah membunuh abang kandungnya. Malah dia hampir membunuh Anggani. Hingga sekarang Badu terlus berkeliaran membunuh orang. Oleh itu dia berpindah ke rumah ibu bapanya dan bersembunyi di situ. isteri Badu amat merindui suaminya.
Kendil dan Tia diminta kunci pintu apabila mendengar loceng berbunyi kerana itu tandanya Badu telah mula mengamuk lagi. Tia diberi loceng untuk berjaga-jaga. Kendil kasihani penduduk di kampung itu, bagaimana mereka dapat hidup dengan tenang. Tia ternampak seorang anak gadis bermain layang-layang seorang diri. Loceng kedengaran dan ibu Nuri mencari anaknya yang masih bermain.
Nuri lari keluar seorang diri dan dia terserempak dengan Badu. Badu cuba membunuh Nuri tetapi sempat diselamatkan oleh Kendil. Ibu Nuri mendapat tahu Badu ingin membunuh Kendil dan Tia. Dia minta suaminya bahawa perkara itu diberitahu kepada Anggani. Ayah Nuri menemui Anggani di rumah dan berkata kepadanya bahawa Badu telah mengamuk dan hampir membunuh Nuri.
Anggani mohon suaminya agar tidak basahi tangannya dengan darah. Badu tidak mahu mendengar apa yang dikatakan oleh Anggani dan dia menikam Anggani dengan keris itu. Sebelum pengsan, Anggani memberitahu Badu dia amat mencintainya. Badu terasa kepalanya amat sakit dan imbas kembali bagaimana dia mendapatkan keris itu. Badu amat menyesal dengan perbuatannya terhadap isterinya. Badu menangis kesedihan kerana telah menikam Anggani. Anggani masih belum sedar. Badu terus berdoa agar isterinya terselamat. Badu minta Anggani bertahan. Kendil ingin mengambil keris itu dan dia memberitahu petunjuk telah membawa mereka ke situ jadi dia terpaksa menyelesaikan masalah itu. Kendil juga terkena sumpahan itu apabila dia memegang keris itu. Tia mohon kepada Kendil agar tidak berudah. Kendil serba salah. Akhirnya Kendil berjaya melepaskan keris itu dan Kendil bersama bomoh membuang keris itu di kawah gunung berapi. Hanya orang yang tulus hati berjaya membuang keris itu. Bomoh itu berkata di sebalik wajahnya yang begitu dia mempunyai wajah yang berkasih sayang dan merupakan seorang yang mulia.
Badu sedih atas kematian Damar, abang kandungnya yang dibunuh dengan tangannya sendiri. Katanya kepada Anggani ramai orang yang terkorban di tangannya. Cinta Anggani telah membuatnya sedar dan dia amat bersyukur kerana Anggani masih hidup. Anggani percaya cinta dia terhadap suaminya boleh mengalahkan segalanya. Semua penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Kendil dan Tia kerana telah menyelamatkan mereka. Episode 38 berakhir di sini. Episode seterusnya akan mula siarannya pada keesokan hari, waktu yang sama.
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 38 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 38 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 38 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 38 P4
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39
Anak Pak Dahang Mentari sudah dewasa tetapi dia tidak pernah mengenal siapa ibunya. Pak Samad kata Mentari lebih cantik dari arwah isterinya. Pak Dahang akan menikahi anaknya minggu depan. Mentari hairan kenapa Pak Boncal mencampuri urusan anaknya. Pak Dahang membawa gaun Matahari sepertimana yang dimintanya. Mentari hairan bagaimana dia dapat cari gaun Matahari itu.
Tia dan Kendil pergi menemui Mentari. Mentari beritahu Kendil bahawa dia tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana dia takut berdosa menikahi ayahnya sendiri. Mentari minta ayahnya membuat baju labuh daripada kulit Oying kuda kesayangan ayahnya sekiranya dia tekad hendak bernikah dengannya. Pak Boncal terus minta orang membunuh kuda kesayangan Pak Dahang. Kendil dan Tia hairan kenapa Pak Boncal sejahat itu. Mentari sedih apabila baju labuh daripada kulit Oying sudah siap. Tia dan Kendil minta Mentari ikut mereka keluar dari situ. Mentari pakai baju labuh itu sepertimana yang diminta oleh mereka dan rupanya bertukar rupa menjadi hodoh untuk mengaburi orang lain. Mentari ternampak seorang pangeran(Tuan Raden) yang sedang menaiki kuda lalu di situ. Mentari berharap dia dapat mengenali pangeran itu.
Konco-konco Pak Boncal akhirnya mendapat tahu tempat persembunyian Mentari. Peri Mili memberi Tia ramuan penawar untuk diberikan kepada Pak Dahang. Pak Boncal dapat tahu ramuanya telah ditukarkan kepada penawar. Semua ini adalah dengan pertolongan Peri Mili yang telah menukarkannya. Tuan Raden sakit dan dia rindukan Mentari. Raden mahu bernikah dengan Mentari.
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39 P4
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 39 P5
Sinopsis Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 40
Seorang jejaka bernama Tarup terpikat dengan seorang bidadari bernama Kirana sewaktu dia mandi. Dia mengambil selendang putih kepunyaan Kirana dan Kirana mendapati selendang hilang apabila dia ingin pulang . Kirana menangis. Enam bidadari yang lain pergi meninggalkannya. Tarup akhirnya berkahwin dengan Kirana Tarup ingin menyentuh nasi itu tetapi dilarang Kirana katanya dia akan menyesal.
Tarup, Kirana dan Fajar mengajak Kendil dan Tia tinggal di rumah mereka. Padi di desa itu semuanya kering. Kirana ingin membantu mereka dengan membahagikan beras dalam simpanan mereka dengan penduduk di desa itu. Tarup risau selendang yang disembunyikannya akan ditemui oleh Kirana apabila membahagikan beras itu kepada penduduk desa. Kirana, Tia dan Kendil membahagikan nasi yang telah dimasak kepada semua orang. Salah seorang daripada saudara jahat Kirana menyamar sebagai seorang wanita tua dan dia tanya Tarup di mana dia mendapat beras seperti itu sementara tempat itu kekurangan beras. Wanita tua itu cuba menghasut pemikiran Tarup dengan bertanyakan kepadanya tidakkah dia pernah mencurigai Kirana kerana beras mereka tidak pernah kekurangan.
Tarup membuka bekas nasi itu dan ia terbakar. Kirana sedih kerana mereka tidak boleh menanak nasi lagi dengan sebutir beras tanpa bekas itu. Tarup kata kepada Tia dan Kendil dia risau isterinya akan meninggalkannya apabila dia menjumpai sayapnya semula. Tarup menceritakan bagaimana dia menemui Kirana hinggalah mereka bernikah dan mempunyai seorang anak bernama Fajar.
Kirana ternampak sayapnya(selendang) disembunyikan di tempat menyimpan beras dan dia berasa begitu kecewa dengan Tarup yang telah sorok selendangnya. Kakak Kirana berasa lega apabila rancangannya berhasil dan katanya sendirian, gelang itu akan membuat Kirana lupa dan benci Tarup buat selamanya. Kakak Tarup minta Kirana pulang kerana selendangnya telah dijumpai. Kirana tidak sanggup pulang dan dia tidak mahu meninggalkan Tarup dan anaknya begitu saja.
Kakak Kirana memakaikan gelang sakti itu ke lengan Kirana. Kakaknya berbohong kepada Kirana katanya dengan memakai gelang itu akan sentiasa ingat kepada keluarganya sendiri. Kirana berasa marah kepada Tarup kerana dia telah mencuri dan menyembunyikan selendangnya. Katanya kenapa Tarup sanggup memisahkannya daripada kakak-kakaknya dan ibunya. Fajar dan Tarup minta Kirana jangan tinggalkan mereka tetapi katanya satu-satunya impiannya adalah bertemu dengan keluarganya sendiri dan Tarup telah menghancurkan impinanya. Kirana mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan pulang semula ke kayangan. Sewaktu ketiadaan Kirana, Tarup amat rindukannya. Leya muncul di depan Tarup. Leya beritahu Tarup dia sanggup menggantikan tempat Kirana. Leya berikan selendangnya dan minta Tarup simpankannya agar dia tidak dapat kembali ke kayangan.
Fajar tanya ayahnya di mana ibunya. Tarup kata mulai hari itu, Leya akan menggantikan tempat ibunya menjaga Fajar tetapi Fajar tidak mahu dan melarikan diri. Semua orang mencari Fajar. Leya pura-pura turut risau dengan kehilangan Fajar. Penduduk di desa semuanya membantu Tarup dalam pencarian Fajar. Tarup salahkan dirinya, seorang lelaki yang tidak berguna kerana isterinya meninggalkannya dan kini anaknya pula hilang. Adakah isterinya, Kirana akan pulang ke pangkuan Tarup dan di manakah Fajar? Adakah dia akan ditemui semula?
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 40 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 40 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 40 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 40 P4
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 40 P5
Courtesy of emeraldL08 & helloskyblu.blogspot