SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 26
Romy menunjukkan kepada Arjuna dan Dina bahawa Tia juga berada di salah satu bilik di tempat di mana mereka berada. Di belakang jendela di tempat Tia duduk terdapat pistol yang mengacu ke arah Tia. Romy minta Arjuna menyerah diri saja ataupun Tia akan berada dalam keadaan bahaya. Dina minta Romy lepaskan Tia. Arjuna berjaya melepaskan diri dan romy akhirnya menghantar Tia pulang. Tia terdengar sesoerang memanggil namanya. Tetapi Romy kata Tia salah dengar dan mereka teruskan perjalanan pulang.
Warti ternampak buah jambu di pokok tetapi dia tidak sedar di situ juga a da seeokor ular yang besar dan bisa sedang menantinya. Sewaktu Warti ingin memetik jambu itu Warti menjerit ketakutan melihat ular itu. Warti menjerit sekuat hati dan Arjuna terdengar jeritan itu. Arjuna menembak mati ular tersebut. Arjuna gembira melihat ibunya tetapi Warti kata dia adalah Arjuna dan bukannya Kendil. Warti enggan menerima keadaan Arjuna adalah Kendil. Kata Warti Kendil berwajah buruk sementara wajah Arjuna begitu berlainan dengan Kendil dan tidak ada seorang pun yang boleh menggantikan tempat Kendil.
Arjuna sedih ibunya tidak mahu menerimanya. Arjuna cuba yakinkan ibunya dan minta ibunya tenung matanya dan akhirnya Warti percaya bahawa Arjuna adalah Kendil anaknya. Warti begitu terharu kerana dapat bersatu dengan anaknya semula. Mama Tia ingin pulang ke Jakarta kerana dia khuatir tentang keselamatan Tia. Tia beritahu ibu bapanya terdapat sesuatu yang aneh tentang Romy tetapi mamanya menegurnya dan mintanya jangan berfikiran begitu tentang Romy yang telah begitu baik kepadanya. Warti minta Arjuna tidak mendekatinya kerana takut penyakitnya akan berjangkit pada Arjuna tetapi Arjuna kata dia akan menjaga ibunya. Kisahnya besambung....
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 26 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 26 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 26 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 26 P4
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27
Kisahnya bersambung di mana Tia terpaksa pulang ke Jakarta bersama ibu bapanya. Rakan-rakan kecil Tia, Sakti, Sandi dan Puji cuba menghalang kereta mereka dari keluar tetapi mereka tidak dipedulikan oleh Encik Marten dan mereka terjatuh di tepi jalan. Arjuna mendapat tahu Tia dalam perjalanan pulang ke Jakarta. Warti tumpang sedih melihat Arjuna yang dalam kesedihan tanpa Tia di sisinya.
Warti beritahu Arjuna cinta itu memerlukan pengorbanan dan dia yakin Tia adalah pasangan yang dicipta oleh Tuhan untuk Arjuna. Arjuna terlalu rindukan Tia dan dia menjerit sekuat hati nama Tia. Tia seperti terdengar suara namanya dipanggil. Apabila dia menuju ke jendela, kepalanya terasa amat sakit dan tidak lama selepas itu dia tidak pengsan dan waktu itu dia mimpi ternampak apa yang tleah terjadi tentang silamnya sewaktu dia bersama Arjuna/Kendil. Tia sedar dan dia memanggil nama Arjuna/Kendil.
Arjuna memberitahu ibunya dia tidak dapat melupakan Tia. Warti kata sekiranya dia benar-benar cintakan Tia dia minta Arjuna pergi mencari Tia tetapi Arjuna kata tidak mungkin dia dapat berjumpa Tia di kota yang besar.
Sekali lagi Arjuna meminta pertolongan Malaikat untuk berjumpa dengan Tia. Malaikat bersetuju dengan syarat di akhir perjalanan Arjuna nanti dia akan kembali menjadi Si Buruk Rupa. Arjuna bersetuju. Malaikat akan membuatnya tidak dikenali polis. Kisahnya bersambung...
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27 P4
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 27 P5
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 28
Romy beritahu mamanya dia dapat merasakan penderitaan mamanya dan dia akan membalas segala apa yang dilakukan oleh Encik Marten. Imbas kembali ketika Romy masih kecil. Ibu Romy dihalau oleh Encik Marten dan juga Romy sewaktu Romy masih kecil. Romy berasa amat marahkan Encik Marten dan membaling sebilah pisau ke gambar Encik Marten. Encik Marten sedang melintas jalan dan dia nyaris dilanggar motosikar tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Somad(Arjuna). Romy kecewa tidak berjaya melanggar Encik Marten. Warti ditangkap semula oleh Pak Lurah dan orang-orang suruhannya. Warti haus dan ingin minum air tetapi orang-orang suruhan Pak Lurah mempermainkan Warti dengan pura-pura menuangkan air ke mulut Warti.
Sakti, Sandi dan Puji nampak kejadian ini dan mereka memberi Warti minuman. Mereka bercadang ingin membuka pasung di kaki Warti tetapi mereka harus mencari jalan bagaimana hendak melakukannya. Tia sedang berjalan dan dia terserempak dengan Somad(Arjuna). Tia terjatuh dalam kolam renang dan Somad menyelamatkannya. Akhirnya Sakti, Sandi dan Puji berjaya mendapatkan kunci pasung dan melepaskan Warti tetapi Pak Lurah dan orang-orang suruhannya tiba pada waktu itu.
Romy memberitahu ibunya tidak lama lagi dia ada suatu rancangan besar untuk menghancurkan keluarga Encik Marten dan semuanya pasti akan berjalan dengan lancar. Sewaktu Romy sedang berkata-kata dengan ibunya, tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil nama Arjuna. Mujur sewaktu Romy keluar, Arjuna sudah tidak berada di situ lagi. Suara hati Romy berkata tidak mungkin Arjuna berada di rumah sakit jiwa. Dia pasti sedang bersembunyi dalam hutan dari dikejar oleh polis.
Panji, Puji dan Sakti terus berdoa untuk keselamatan Warti.
Somad ingin menukar bunga dalam pasu Tia di bilik tidurnya tetapi dengan tidak sengaja dia terpijak kasut tumit tinggi Tia dan dia tersadung lalu jatuh atas katil Tia. Tia yang sedang tidur pada waktu itu terjaga dan Somad kata dia bertujuan untuk memberi kejutan kepada Tia tetapi Tia menghalau Somad keluar dari biliknya atau dia akan mengadu kepada papanya yang Somad cuba buat benda yang tidak baik terhadapnya. Somad kata semua itu adalah tidak sengaja dan dia cuba menjelaskan kepada Tia tetapi Tia terus halau Somad keluar dari biliknya. Somad bersedia untuk meninggalkan kediaman Encik Marten kerana dia berpendapat bahawa dia telah menghancurkan segalanya dan Tia pasti tidak akan mempercayainya lagi.
Tia memanggil nama Somad dan meminta maaf kepadanya kerana telah salah sangka terhadapnya dan dia mempercayai bahawa Somad tidak berbohong tadi sebab kaki Tia juga tersadung juga akibat terpijak kasut tumit tingginya. Tia minta kepada Somad agar tidak pergi kerana mereka juga senasib. Kata Tia mereka sama-sama terasing dan sendirian. Sekiranya Somad pergi, Tia tidak akan mempunyai kawan lagi. Tiba-tiba Romy muncul dan memukul Somad. Tia cuba minta Romy berhentikan semua itu. Kisah Si Cantik dan Si Buruk Rupa akan bersambung pada 16 November 2009 pada waktu yang sama.
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 28 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 28 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 28 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 28 P4
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29
Somad fikir dia telah hancurkan semuanya dan dia bercadang untuk meninggalkan rumah Encik Marten sahaja. Sewaktu dia hendak pergi, Tia memanggil namanya. Romy tiba-tiba muncul dan dia memukul Somad hingga muka Somad lebam akibat tumbukan Romy. Tia ingin membantu Somad yang telah cedera tetapi dihalang oleh Romy. Romy minta Tia jauhi daripada Somad. Tia rasa marah terhadap tingkah laku Romy lalu menamparnya. Tia kata dia menyesal mempunyai tunang seperti Romy. Tia lap lebam pada muka Somad dengan air dan tuala. Sewaktu Tia merawat Somad, ibunya memanggilnya dan Tia keluar dari bilik Somad.
Ibu Tia tanya kenapa dia keluar dari Somad. Kata Tia Somad tercedera dan mukanya bengkak dan dia cuma bantu Somad tuam bengkaknya. Tetapi ibunya kata Somad cuma seorang tukang kebun dan Tia tidak perlu menolongnya kerana mereka tak setaraf. Ibunya tidak suka Tia mendekati Somad.
Dina akhirnya sedar setelah diselamatkan oleh seorang nenek tua. Katanya sudah berhari-hari Dina tidak sedarkan diri semenjak dia jatuh dalam gaung. Waktu itu juga Dina imbas kembali dan teringat apa yang telah berlaku. Dina minta nenek tua itu menghantarnya pulang kerana dia ingin pastikan Kendil selamat. Somad mimpi tentang ibunya dan sewaktu dia sedar dia menjadi Arjuna semula, dia ingin tahu keadaan ibunya. Arjuna menelefon Pengacara Ana. Pengacara Ana tanya kepada Arjuna adakah dia telah mengetahui bahawa ibunya dipasung oleh penduduk kampung. Kata Arjuna, sebab itulah dia menelefon Pengacara Ana.
Kebetulan Santi, Sakti dan Puji berada di situ dan mereka meminta Arjuna jangan pulang dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Warti. Kata mereka lagi, Arjuna cuma berusaha memenangi hati Tia kembali. Arjuna memberi mereka nombor telefon tempat dia bekerja. Arjuna minta mereka hubunginya sekiranya penduduk kampung lakukan hal buruk kepada ibunya dan Arjuna akan segera pulang. Arjuna juga meminta Santi, Sakti dan Puji jangan cari Somad dan bukan Arjuna apabila membuat panggilan.
Romy menghadiahkan kalung kepada Tia. Romy mengaku dia telah bersalah kepada Tia dan dia tidak sepatutnya marah seperti itu semalam. Tia minta Romy minta maaf kepada Somad sahaja dan bukannya. Menurut Romy, Tia pasti kesal kerana menganggp Romy sebagai lelaki yang kasar dan kuat marah tetapi semalam dia bukan dirinya yang sebenar dan dia hanya begitu kerana terlalu mencintai Tia dan dia ingin memliki Tia sehingga dia berasa marah apabila melihat lelaki lain merapati Tia. Tia tanya adakah dia tahu bahawa dia bersalah dan Romy mengaku dia salah besar dalam hal itu. Romy minta maaf dan berjanji perkara sebegitu tidak akan berulang lagi. Tia akhirnya bersedia untuk memaafkan Romy.
Dina pulang ke rumah dan Bram berasa begitu gembira dan amat bersyukur mengetahui Dina terselamat. Penyakit kulit Warti bertambah teruk. Santi, Sakti dan Puji khuatir tentang Warti dan mereka bercadang untuk memujuk Pak Lurah supaya membebaskan Warti dan ubati sakit kulitnya. Mereka terus pergi ke rumah Pak Lurah dan memohon agar Nenek Warti dibebaskan kerana dia sedang menderita dan penyakit kulitnya makin teruk dan perlu diubati dengan segera. Namun begitu, Pak Lurah kata mereka pasti gila dan dia enggan membebaskan nenek Warti. Katanya Nenek Warti adalah buruan kampung tetapi menurut mereka, Pak Lurah harus jaga kesihatan penduduk kampung termasuk Nenek Warti. Pak Lurah minta mereka usah berlagak pandai. Pak Lurah kata dia adalah ketua kampung dan dialah yang menjaga kesihatan penduduk kampung. Kemudian, Pak Lurah menolak mereka dan halau mereka dari situ. Walaupun Santi, Sakti dan Puji terus merayu kepada Pak Lurah, tetapi katanya dia tidak akan rasa sayu dengan semua rayuan mereka.
Santi, Sakti dan Puji bercadang untuk pergi ke rumah Mak Cik Inam dan dengan diam-diam ke tempat Nenek Warti dan ubatinya. tetapi di manakah mereka hendak mendapatkan wang untuk mengubatainya?
Suara hati Tia berkata walaupun Romy telah meminta maaf kepadanya dan dia juga telah memaafkan Romy tetapi Tia tidak tahu kenapa dia rasa sesuatu yang aneh dalam dirinya. Tia tidak percaya bagaimana dia boleh mencintai Romy dulu hingga bertunang dengannya. Ketika Romy memakai kalung itu padanya, jantungnya tidak berdebar-debar langsung. Tia berasa hairan kenapa begitu.
Sedang Tia mengelamun, Somad muncul dan Tia minta dia duduk bersamanya. Somad tanya kenapa dari tadi Tia termenung saja. Tia memberitahu Somad seperti biasa dia rasa kesepian dan putus asa kerana masih tidak ingat apa-apa. Somad kata dia ada sesuatu boleh menghiburkan Tia.
Somad: Saya tahu itu tidak ada nilainya. Tapi saya buat itu dengan hasil tangan saya sendiri. Saya buat dengan sepenuh hati tetapi saya tidak tahu jika cik mahu menerimanya.(Somad ternampak kalung yang dipakai oleh Tia)
Somad: Ternyata Cim Tia dah ada kalung yang lebih mahal. Bagus lagi. (Selepas itu Somad terus mengambil kembali kalung yang baru diberinya kepada Tia)
Tia: Kembalikan kalung itu kepada saya.
Somad: Tapi inikan kalung murah.
Tia: Kamu tahu, barang yang telah diberikan
hadiahkan kepada orang, tidak boleh diminta semula.
Tia: Sekarang kamu tolong tanggalkan kalung ini.
Kemudian Tia minta Somad pakaikan kalung pemberiannya. Bagaimanakah perasaan Tia setelah kalung itu dipakai dilehernya?
Di penghujung Episode 29, Tia ingat semula siapa Arjuna.
Tia: Arjuna, kekasihku. Akhirnya aku dapat bersamamu.
Arjuna: Kamu masih ingat padaku?
Tia: Ya sayang, aku ingat sama kamu. Kamu adalah cinta sejati aku. Kamu adalah orang yang paling aku cintai.
Arjuna berasa syukur kepada Tuhan kerana telah sembuhkan Tia.
Malaikat: Masa kau dah tamat. Kau temui Tia dan sedarkannya... bahawa kalian saling mencintai. Maka ini tibalah saatnya kau menepati janji kau padaku. Arjuna teringat semula janji-janjinya kepada Malaikat sewaktu dia minta Malaikat menolongnya menemuikannya dengan Tia.
Arjuna berubah menjadi Kendil semula.Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Terus menonton Episode 30 pada 17 November 2009 di TV3 pada waktu yang sama.
Credits and thanks to shinystar for synopsis and video clips
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P4
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P5
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 29 P6
SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 30
Kendil pulang ke rumah ibunya. Ibunya begitu bersyukur apabila dia dapat bersatu dengan Kendil semula dan Kendil sudah boleh bercakap seperti manusia biasa. Tia minta Kendil agar tidak meninggalkannya lagi. Tetapi Kendil memberitahu ibunya dan Tia bahawa dia terpaksa meninggalkan tempat itu supaya dapat mengembalikan rupanya semula. Kendil mengajak Tia pergi bersamanya tetapi Tia rasa berat untuk pergi bersama Kendil kerana sekiranya dia pergi, dia terpaksa meninggalkan semua kehidupannya di sana iaitu, papa, mamanya dan kehidupannya yang selesa. Ingatannya pun baru saja pulih, walaupun dia amat mencintai Kendil, tetapi sanggupkah dia tempuhi perjalanan yang tiada penghujungnya? Bagaimana pula seandainya dia tidak dapat kembali?
Apabila Kendil tanya Tia apakah keputusannya, Tia jawab dia tidak tahu dan dia tidak dapat ikut Kendil. Waktu untuk meninggalkan kampungnya sudah tiba dan dalam hati Kendil, dia berkata tidak mungkin Tia akan datang. Warti , Sakti, Santi dan Puji mengucapkan selamat jalan kepada Kendil. Tiba-tiba Tia muncul dan memberitahu Kendil bahawa dia hendak ikut Kendil pergi. Kendil berasa gembira dengan keputusan Tia.
Dalam perjalanan:
Malaikat: Kendil, jangan anggap ini sebagai hukuman. Ini adalah ujian kedua kau untuk mencari kehidupan sempurna, sekali gus untuk menguji cinta sejatimu.
Kendil: Ujian kedua?
Malaikat: Benar, ujian ini akan berakhir jika kau dan Tia dapat cari tempat aku di sana. Aku akan ubah rupa kau kembali menjadi Arjuna. Satu lagi, kau tiada kekuatan luar biasa lagi tapi kau masih memiliki ketajaman panca indera dan suara Arjuna.
Arjuna: Di mana tempat itu?
Malaikat: Ikut saja langkah kau. Dalam perjalanan, kau berdua akan bertemu dengan perbagai masalah yang berbeza-beza. Mungkin termasuk dalam dunia lain yang tak pernah manusia lain bayangkan...
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 30 P1
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 30 P2
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 30 P3
SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 30 P4
Courtesy of strawberry2406