RSS

SINETRON "SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA" EPISODE 21 - 25



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 21

Sewaktu pertukaran antara Warti dan Tia Arjuna terkejut mendapat tahu wanita tua itu bukan ibunya. Dia telah ditipu oleh Romy. Tia juga terkejut akan sikap Romy. Romy kata sekarang Tia dan ibunya berada di tangannya. Orang-orang suruhan Romy mengacukan pistol ke arah Romy. Tia tidak sangka Romy akan menyerahkannya kepada Dr Jehan untuk dibuat kajian. Tia beritahu doktor itu gila dan dia memohon agar Arjuna menolongnya tetapi Arjuna tidak dapat berbuat apa-apa. Dr Jehan mengugut akan menyuntik Arjuna dengan ubat yang akan buat dia lumpuh sekiranya dia berani berbuat apa-apa. Tia tidak sangka Arjuna akan meminta Dr. Jehan bawa Tia dan membebaskan ibunya. Arjuna mohon terus kepada Romy agar melepaskan ibunya dan mengembalikannya ke pangkuannya. Arjuna berjanji akan pergi jauh dari situ tetapi Romy cuma mentertawakan Arjuna. Arjuna berusaha membebaskan Tia kembali, tapi

Sewaktu Arjuna mencium dahi Tia, Dr Jehan cuba mencegahnya dan keluarkan jarum penyuntik obat berbahaya, yang bisa menyebabkan kelumpuhan syaraf, termasuk syaraf otak..

Namun akhirnya Arjuna berhasil menjatuhkan Dr Jehan. Jarum suntikan itu terlepas dari tangan Dr Jehan. Polisi yang kebetulan tiba di situ. Tia telah sembuh kembali dan meeka ingin melaporkan kepada polis tetapi Romy mengambil suntikan DR Jehan yang terjatuh ke tanah dan menyuntikkannya ke Tia. Dr Jehan dan anak buahnya telah melarikan diri pada waktu itu. Romy pergi ke hospital dan memberitahu Encik Marten bahawa dia telah berjaya menyelamatkan Tia dan dia telah sembuh kembali normal tetapi katanya Arjuna telah merosakkan semuanya dan Romy fitnah Arjuna lagi berkata semua itu adalah angkara Arjuna.

Arjuna cuba menyakinkan polis bahawa apabila Tia sedar semuanya akan terbukti dan kebenaran akan diketahui. Encik Marten setuju tunggu Tia sedar semula. Romy harap ubat suntikan Dr Jehan akan berjaya menghalang daripada Tia membertiahu apa yang telah berlaku tetapi malangnya Tia hilang ingantan sewaktu dia sedar. Tia tidak kenal Arjuna lagi. Walaupun Arjuna cuba memastikan Tia bahawa dia adalah Kendil/Arjuna tetapi Tia tidak ingat kepada Arjuna lagi. Doktor memberitahu Encik Marten bahawa Tia telah hilang ingatan.

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 21 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 21 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 21 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 21 P4



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22

Doktor memberitahu Encik Marten suami isteri bahawa Tia bukan sahaja lupa ingatan sepenuhnya tetapi dia tidak boleh membaca dan menulis. Suara hati Tia bertanya pada dirinya siapakah dirinya sebenarnya. Pengacara Ana kata Dina sebagai saksi juga amat penting selain daripada Tia. Dia kata Dina harus membawa saksi untuk membuktikan Arjuna tidak bersalah. Bapa Dina dan Dina kata mereka ada masalah iaitu ada orang-orang suruhan yang menunggu mereka di luar pejabat peguam. Pengacara Ana meminta mereka memandu keretanya sahaja. Apabila ditanya kenapa pemilik kereta itu di mana pengacara Ana cuma berkata kereta itu baru dijual kepadanya. Orang-orang suruhan Romy menelefon Romy bahawa sasaran mereka telah melarikan diri. Romy minta mereka pergi ke rumah sakit waktu itu juga. Romy geram mendapat tahu Dina telah mengupah pengacara dalam kes Arjuna.

Dewi dan Sally melawat Tia di rumah sakit tetapi Tia tidak mengingati mereka. Novi juga melawat Tia tetapi Tia langsung tidak tahu siapa mereka. Doktor mengatakan, satu-satunya cara untuk mengembalikan ingatan Tia adalah dengan menyetrumnya dan memberikan kejutan listrik di kepalanya. Tapi risikonya, Tia dapat meninggal selama proses kejut listrik. Sewaktu menjalankan kejut listrik ia amat menyakitkan Tia dan dia cuma dapat menjerit kesakitan. Dina menyamar sebagai jururawat di situ untuk melihat Tia dan dia terkejut melihat keadaan Tia. Romy dan orang-orang suruhannya tiba di pintu wad Tia. Dia tidak mahu sesiapapun yang tidak dikenali melawat Tia. Di penjara, Dina memberitahu Arjuna dia akan cuba menolong Tia sedaya yang boleh.

Sementara itu, Arjuna memohon kepada Malaikat agar diijinkan menengok Tia sebentar saja. Malaikat setuju, dan membebaskan roh Arjuna dari tubuhnya. Roh Arjuna pun pergi menengok Tia.

Roh Arjuna sangat terkejut melihat kondisi Tia yang mengenaskan. Tiba-tiba saat itu, Romy masuk, dan memberikan kejutan listrik tegangan tinggi kepada Tia, sampai Tia pingsan dalam kondisi mengenaskan. Roh Arjuna tidak bisa menolong Tia, karena sebagai roh, dia tidak bisa dilihat, didengar, juga tidak bisa menyentuh sesuatu. Roh Arjuna sangat sedih.

Sementara itu, Encik Marten mimpi Romy membunuh Tia tetapi isterinya kata semua itu adalah mustahil. Tia tidak sedarkan diri setelah diberi kejutan listrik tegangan tinggi tersebut. Malaikat memberitahu Arjuna tidak dapat menolong Tia dan semua di luar kuasa Malaikat untuk menolong Tia. Malaikat meminta roh Arjuna kembali ke tubuhnya. Roh Arjuna meminta Tia bertahan demi mereka. Kisahnya bersambung...


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22 P4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 22 P5



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23

Encik Marten ingin pergi ke balai polis tetapi Romy ugut untuk menembak Encik Marten dengan pistol. Encik Marten kemudiannya disuruh Romy menembaknya dan bunuhnya saja kerana tidak mempercayainya. Romy kata dia kecewa kerana dia lebih percayakan wanita yang tidak tahu asal usulnya dibandingkan diri Romy yang mencintai Tia. Romy ugut untuk bunuh diri daripada dianggap jahat. Encik Marten mencegah Romy daripada dibuat demikian. Romy kata biarkan dia mati sahaja. (Sungguh pandai Romy berlakon di depan Encik Marten).

Encik Marten percayakan Romy dan tidak mempercayai apa yang dikatakan Dina. Dina kata Romy cuma pura-pura tetapi Encik Marten kata dia lebih mengenali Romy dan dia usir Dina dari rumahnya. Romy minta Encik Marten suami isteri bersiap-siap untuk pergi ke rumah sakit sahaja kerana Tia masih perlukan kejutan listrik sekali lagi. Doktor kata tidak tahu kenapa anak mereka, Tia mengalami kerosakan mental yang sangat parah. Dia tidak memberi tindak balas langsung terhadap kejutan listrik yang telah dilakukan dan pihak hostpital tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Doktor meminta Encik Marten bawa Tia pulang saja dan berdoa semoga Tia boleh sembuh. Dina menempuh jalan lain. Atas saran dari pengacara Ana, Dina mengumpulkan warga desa yang mau bersaksi membela Arjuna. Dina sangat senang, karena sebagian besar warga mau membela Arjuna. Romy dan anak buahnya tidak senang melihat hal itu.

Romy ingin tahu dimana Dina tinggal dan culik anaknya. Orang-orang suruhan Romy berjaya culik anak Dina. Romy juga mengancam akan membunuh anak Dina jika Dina tetap membela Arjuna di pengadilan. Dina terpaksa mengalah demi nyawa anaknya. Arjuna pun mendukung Dina, meski risikonya, dia akan tetap berada di penjara. Dalam hati, Arjuna berharap bisa memperoleh kekuatannya sebagai Kendil kembali.

Warti yang disekap di gua akhirnya berhasil melarikan diri. Tapi dia malah tersesat di hutan dan nyaris ditemukan oleh para penghuni gua. Tia tidak ingat kepada papa dan mamanya lagi. Tia tanya kenapa dia dan Encik Marten menjelaskan bahawa Arjuna yang menyebabkan Tia begitu dan kini dia dipenjarakan. Dina melawat Arjuna di penjara dan menangis. Dina menjelaskan kepada Arjuna Romy dan orang-orang suruhannya menculik bayinya dan mengancamnya. Arjuna tidak rela lihat Dina dipergunakan dan dia minta Dina batalkan saja tujuannya untuk menolongnya. Dina menelefon Romy berkata dia tidak akan menjadi saksi kepada Arjuna lagi dan dia akan pastikan tiada satu warga di desa akan menjadi saksi untuk Arjuna. Dina berasa amat sedih dan meminta maaf kerana tidak dapat menolong Arjuna.

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23 P2a



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23 P2b



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 23 P4



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 24

Romy pura-pura baik dan mengajak Tia berkeliling untuk memancing ingatan Tia. Tak sengaja, mereka tiba di depan gorong-gorong Kendil. Tia merasa dekat dan mengenali tempat itu. Tia beritahu Romy semuanya aneh kerana dia seperti terasa sangat dekat apa yang dilihatnya. Tiba-tiba Tia menyebut nama Kendil dan tanya Romy Kendil seperti apa rupanya. Romy tampak cemas dan buru-buru mengajak Tia pergi. Tapi saat mereka mau meninggalkan tempat itu, tiba-tiba gubuk Kendil terbakar… Tia seperti melihat Kendil keluar dari dalam gubuk itu sambil membawa seorang anak… Kepala Tia sangat sakit… dan Tia pun pengsan.

Warti terus melarikan diri dan dia terjumpa balak terapung di sungai lalu mengguna balak itu untuk membantu dia berenang mengikut arus sungai. Romy membawa Tia pulang ke kotej Encik Marten. Apabila Tia sedar semula dia beritahu Romy dia melihat kebakaran dan dia seperti mengalami semua itu sebelum itu. Romy khuatir ingatan Tia akan kembali dan dia tidak mahu membiarkannya berlaku.

Malaikat menolong Arjuna sekali lagi. Roh Arjuna nampak apa yang berlaku kepada anak Dina dan di mana dia disembunyikan. Dina merindui anaknya. Romy menelefon Dina. Dina kata dia akan melakukan apa saja tetapi jangan sakiti anaknya. Romy minta Dina tenang dan anaknya akan selamat selagi dia tutup mulutnya. Roh Arjuna begitu marah dan cuba memukul Romy dan orang-orang suurhannya tetapi dia tidak dapat buat begitu kerana roh Arjuna tidak dapat menyentuh mereka. Orang-orang suruhan Romy minta dia lakukan sesuatu tetapi Romy kata apa yang harus dilakukan. Romy merancang untuk membunuh Tia sahaja.

Tia memberitahu mamanya sekiranya Romy adalah orang yang mencintainya dia akan mendengar kata-kata mamanya untuk menurut segala apa yang dikatakan Romy. Arjuna cuba menghalang Tia tetapi Malaikat kata waktu Arjuna sudah cukup dan rohnya harus kembali ke tubuhnya. Tia beritahu Romy mamanya terus memujinya katakan bahawa Romy seorang yang baik. Tia mengucapkan terima kasih kepada Romy dan Tia ajak Romy makan tengahari di kotejnya. Tia beritahu Romy dia rindukan Romy. Romy bersetuju dan kata dia pasti akan pergi. Walau bagaimanapun Romy masih ingin teruskan rancangannya untuk membunuh Tia kerana tidak mahu ambil sebarang risiko. Kisahnya bersambung...


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 24 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 24 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 24 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 24 P4



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 25

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 25 P1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 25 P2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 25 P3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 25 P4




Courtesy of strawberry2406

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS