RSS

SINETRON "SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA" EPISODE 41 - 44



SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41

Sekar menerima lamaran daripada Bara, yang tinggal di kampung sebelah.

Tetapi Sekar enggan menerima lamarannya dan kata Sekar Bara harus mencerminkan dirinya. dulu. Mendengar apa yang dikatakan Sekar, ayahnya berasa marah dan minta Sekar jangan sombong. Sekar beritahu ayahnya orang seperti Bara patut diajar. Berani dia melamarnya dengan barang kemas murahan. Apakah dia tidak mampu beli barang kemas yang mahal? Sekar minta wakil wanita itu memberitahu majikannya bahawa dia tak akan menerima lamarannya.

Sekar begitu sombong dan menolak barang kemas itu ke lantai.

Ayah Sekar: Sekar, apa kamu buat? Sekar, ayah tidak suka dengan sikap kamu. Apa kamu mahu sebenarnya? Meskipun kamu cantik, tetapi kamu tidak boleh sombong seperti itu? Menolak semua lamaran dengan kasar.
Sekar: Ayah mahu bagaimana lagi? Setiap orang yang melamar aku kekampungan.
Ayah Sekar: Ayah sudah salah mendidik kamu. Dari kecil, kamu dimanjakan dan membesar jadi gadis yang kurang sopan. Esok, ayah akan kahwinkan kamu dengan pengemis. Biar kamu serik dan faham erti kehidupan.

Sekar terkejut dengan keputusan ayahnya dan tanya adakah ayahnya serius tentang hal itu. Ayahnya kata dia serius tentang hal itu.

Setelah Sekar dikahwinkan dengan Bara:

Sekar terpaksa menjual tempayan di pasar apabila Bara tidak berasa sihat. Semua orang di kampung mentertawakan Sekar. Kata mereka anak penghulu menjual tempayan pula. Tia dan Kendil menemui Sekar. Sekar memberitahu mereka dia bukan lagi anak seorang penghulu kampung tetapi dia cuma seorang yang telah berkahwin dengan pengemis.

Sekar mengajak Tia dan Kendil tinggal di rumahnya sekiranya mereka tidak keberatan. Sekar memberitahu Bara tadi dia tersadung dan semua tempayan itu pecah. Bara kata tidak mengapa asalkan dia telah berusaha. Bara kata kini dia harus mengaja Sekar kerana dia telah menjadi isterinya walau dalam keadaan apa pun.

Semua penduduk kampung tidak mahu Sekar berniaga di kampung itu dan mereka menghancurkan gerainya. Tia beritahu Sekar pasti Bara akan faham. Bara dipukul di rumah dan dia disuruh menjelaskan semua hutang-hutangnya. Pemiutang dan orang suruhannya memberi amaran kepada Bara untuk membayar semua hutangnya. Tia memberi ubat untuk disapukan
kecederaan Bara. SEkar sedih apabila sayur-sayurannya tidak laris. Penduduk kampung tidak menghiraukan Sekar dan enggan membeli daripadanya. Sekar sedih tidak dapat menolong Bara. Kendil minta Sekar usah putus asa kerana semua yang terjadi pasti ada penyelesaiannya. Jaka kata sayang sekali puteri bangsawan seperti Sekar berkahwin dengan Bara. Jaka minta Sekar tinggalkan Bara dan hidup bersamanya kerana pasti hidupnya akan menjadi lebih bahagia bersamanya. Sekar menolak dan Jaka kata dia tidak suka ditolak. Mereka pergi selepas itu.

Bara hilang. Sekar risau di mana dia berada. Tiba-tiba ayah Sekar pergi ke rumah Bara dan Sekar meminta maaf kepada ayahnya kerana selama ini dia telah berdosa dengan ayahnya. Sekar terkejut melihat Bara yang telah berubah menjadi kaya.. Ayah Sekar kata nampaknya anaknya sudah berubah baik. Bara menjelaskan kepada Sekar kenapa dia harus menyamar sebagai orang miskin untuk bernikah dengannya. Jaka pergi ke rumah Bara dan membawa dia pergi secara paksa. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Semuanya terjawab dalam Episode 41(Episode Akhir) Si Cantik dan Si Buruk Rupa.


SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41 PART 1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41 PART 2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41 PART 3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41 PART 4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 41 PART 5





SINOPSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42

Seorang sihir mengutuk puteri yang baru dilahirkan apabila dia tidak diundang di majlis kelahiran. Kata nenek sihir itu ketika jarinya terusuk di jarum pemintal dia akan mati pada usia 16 tahun. Salah seorang peri itu berkata puteri itu tidak akan mati tetapi akan tidur panjang apabila tertusuk jaruk pemintal dan putri akan bangun kembali apabila seorang pangeran yang datang kepadanya. Cuma pangeran yang akan membangunkannya daripada tidur panjangnya.

Arjuna hairan kenapa kenapa dia dan Tia masih berada di tempat asing sedangkan wujudnya telah dikembalikan dan pasti ada jawapan di sebalik semua ini. Mereka menemui peri Mili. Peri Mili kata pertolongan mereka masih diperlukan.

17 tahun sudah berlalu:

Tuanku memberitahu tiga peri itu bahawa walaupun 17 tahun sudah berlalu, tetapi masih belum terjadi apa-apa. Mereka berfikir sudah tiba masanya mereka membawa putri mereka pulang ke istana kerana mereka amat merindui putri mereka.

Nenek sihir: Tidak terlalu cepat, raja yang bodoh. Sekarang aku cuma tunggu waktu yang tepat untuk melaksanakan rancanganku. Kutukanku itu belum berakhir!
Nenek sihir berkata kutukannya belum berakhir dan dia akan laksanakannya.

Tia dan Arjuna lalu di situ dan mereka diberitahu tuanku dan permaisuri pergi menjemput pulang putri meeka yang telah disorokkan dari nenek sihir yang jahat itu. Tuanku memberitahu permaisurinya bahawa putri mereka begitu cantik tetapi permaisuri masih tidak tenang dan tanya adakah semua alat pemintal telah disingkirkan dari istana mereka. Imbas kembali bagaimana putri mereka diberikan kepada tiga orang peri untuk dijaga. Pada saat itu juga semua alat pemintal telah dibuangkan dalam negeri itu. Berjayakah tuan putri terlepas dari kutukan itu walaupun 17 tahun sudah berlalu? Kisahnya bersambung...

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 5



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 42 PART 6





SINOPSSIS SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43

Rupa Kania menjadi buruk setelah nenek Wara iaitu seorang yang mengetahui ilmu sihir melakukan kutukan atas Kania. Kutukan itu akan menjadi kekal apabil Runa menyatakan cintanya kepada Wara. Nenek sihir itu akan kabulkan semua permintaannya iaitu membuatnya berubah menjadi Kania.

Tia dan Arjuna diminta bersiap-siap kerana mereka diperlukan untuk menolong orang di desa lagi. Kania bertembung dengan Tia dan Arjuna yang hendak ke sungai. Kania hairan mereka berdua memanggilnya nenek. Kania terkejut melihat rupanya menjadi hodoh. Kania tidak tahu kenapa rupanya berubah seperti itu. Dia memberitahu mereka bahawa dia tidur dengan nyenyak hingga dia terjaga seperti biasa. Arjuna kata ada seseorang yang membuat Kania begitu dan mereka harus selidik tentang hal itu.

Runa sangkakan Wara adalah Kania yang sebenar dan kata dia ada hal penting yang ingin dikatakan padanya. Runa tidak dapat melafazkannya pada waktu itu dan mereka buat temu janji dengan Kania/Wara pada waktu malam.

Kania terkejut melihat KaniaWara yang menyerupai rupanya. Wara(Kania palsu) berkata sungguh kasihan kini Kania sudah menjadi hodoh. Tia dan Arjuna memberitahu Kania mereka sentiasa berada di sisinya untuk menolongnya. Kania palsu ketawa sendirian mengatakan Runa akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Arjuna beritahu Tia dan Kania dia terdengar Wara berkata Kania akan menjadi hodoh buat selama-lamanya setelah Runa melafazkan cintanya kepada Wara. Runa pergi ke rumah Wara tetapi Kania tiba di situ dan cuba menghalang dari sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kania berkata kepada Runa dia adalah Kania. Wara membawa Runa pergi dari situ. Runa tanya kenapa nenek tua itu mengakui dia adalah Kania.

Pada waktu Runa ingin melafazkan cintanya kepada Wara(Kania Palsu) Nenek kepada Wara berjaya mencegah Arjuna, Tia dan Kania daripada menghalang Runa. Nenek Wara mengikat Tia dan Arjuna dan membawa dia pergi bersamanya.

Wara(Kania Palsu) sungguh gembira dan lega apabila Runa telah melafazkan cintanya kepadanya. Arjuna minta Runa sedar bahawa Wara bukannya Kania yang sebenar. Tetapi Runa memberitahu mereka dia percaya Wara adalah Kania. Nenek sihir itu membawa Kania dan mengikatnya di sebuah rumah di pohon. Runa menghantar Wara pulang dan memberitahunya dia akan bertemu dengannya pada hari esok. Wara memberitahu neneknya bahawa Runa telah meluahkan perasaannya kepadanya dan Kania akan menjadi hodoh buat selmanya.

Arjuna cuba menceritakan hal yang sebenarnya kepada Runa tetapi Runa serba salah. Akhirnya Runa bersetuju. Mereka bertiga mencari Kania. Kania cuba dengan sedaya upaya melepaskan dirinya dan akhirnya dia berjaya dan menjerit nama Runa. Kania tanya di mana Runa berada. Tia terdengar suara Kania. Runa percaya dia adalah Kania. Malangnya Kania berkata semua itu sudah terlambat. Dah pukul 12.00 malam dan Kania membeirtahu Runa dia akan menjadi hodoh buat selamanya. Tetapi kutukan itu hilang pada tepat 12.00 tengah malam. Ini bermakna kutukan itu gagal. Kutukan itu gagal disebabkan Runa benar-benar mencintai Kania dengan hati yang ikhlas. Wara dan neneknya sudah menyakiti Kania kata Runa. Dia ingin melakukan sesuatu kepada mereka. Nenek Wara kata setelah dia minum ramua yang dibuatnya, Runa akan terus mencintai Wara. Wara terkejut melihat Kania yang telah pulih rupanya. Kisahnya bersambung...

SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43 PART 1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43 PART 2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43 PART 3(



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43 PART 4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 43 PART 5





SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 44 PART 1



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 44 PART 2



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 44 PART 3



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 44 PART 4



SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA EPISODE 44 PART 5





Courtesy of strawberry2406

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS